mereka

Wednesday, October 23, 2013

bercakap pasal hidup berdua-nikah kawen

Assalamualaikum wbt, 

Alhamdulillah hampir separuh sem perjalanan hidup aku dah redah di bumi Kuantan nan indah ini. 

Malam ni tengah study, rehat jap, tengok fon, rehat jap, buka facebook, tetiba tringat nak usha blog aku yang sedia dah malap ini. Duhai blog, tuanmu sedang mengalami konflik diri, sama ada mahu menutup akaun blognya, mengubah tema penulisan atau hanya membiarkan saja. Tapi bila difikirkan semula, teruskanlah, cuma upgradekan isi penulisan, kurangkan cakap- cakap kosong. Insha Allah semoga bermanfaat, setidaknya untuk diri sendiri. 

Kembali kepada tajuk. Minggu sudah, semasa balik ke rumah cuti raya haji seminggu, penuh mesej di fon cerita pasal nikah. Dari cerita sahabat seperjuangan mendirikan masjid, alhamdulillah semuanya selamat sehinggalah cerita tersendiri sahabat sekuliah. 

Rupa- rupanya diam- diam ubi berisi sahabat- sahabat aku ni. Ada yang dah tak available, ada yang di'reserved', cuma belum ada yang sah dimiliki saja lagi. Wahh, aku doakan semoga kita semua dipertemukan dengan jodoh yang baik- baik belaka.

Satu malam, aku tinggalkan fon di rumah, senaja. Malas nak bawa fon, sebabnya Mak hanya ajak untuk pergi ke rumah Nenek, dekat saja pun. Pulang dari rumah. Ada satu mesej dari teman sekuliah.

'Assalamualaikum Bel. Sibuk tak? Nak tanya sikit ni.. Tapi agak personal la sikit. Hehe.'

Lebih kurang begitulah mesej darinya. Wah terpempan seketika, apa yang personalnya? Boleh jadi pokoknya apa saja. Terus aku balas mesej Syifa(bukan nama sebenar).

Bual punya bual, rupanya dia mahu merisik tentang latar belakang seorang muslimin/brother/lelaki sahat UIA jugak yang boleh dikatakan aku kenal agak baik dari sudut gerak kerjanya.

Fuhh memang tidakku sangka, betulkan Syifa? Kau tak main- main? Atau brother tu yang main- main? Bermacam soalan berlegar dalam kotak fikiranku. Sembang punya sembang (untuk memendekkan bicara) sahlah hal ini bukan main- main, bukan simulasi. Si brother tu siap minta tanya, jika dah ada jawapan dan dapat lampu hijau, tahun kedua nanti nak datang rumah jumpa orang tua. Eh ni tak boleh dibawa 'syura' berdua ni. Kena siasat betul- betul apa Syifa ni dah buat. Istisyarah tengah buat, istikharah?

'Syifa, aku hepi la kalau betul jodoh kau dengan dia. Tapi aku nak tanya, kau dah buat istikharah belum? Pastu sekarang ni apa kau rasa? Ada tak rasa 50-50? Ke kau rasa kosong, tak tau nak cakap camna, ke dah berbunga sikit, hehe. Atau kau sebenarnya memang tak suka gila mamat tu? Kalau tak suka betul, tak kpayah teruskan. Nanti buyers, berat sebelah.'

Laju tangan aku menaip membalas mesejnya. 

'Ha tulah Bel, aku sebenarnya xda rasa apa- apa pun. Just anggap dia macam kawan biasa, tp memang la terkejut. Aku memang x suka sangat dia pun, bukan benci la. Tapi kawan- kawan aku beriya suruh aku buat jugak dulu.Haa yes dapat point best dari kau, kalau x suka tak payah la teruskan. Hehe.'

Buntu. Eh kejap, aku rasa salah ni, bukan caranya nak menolak sebelum dapat satu 'hint' yang pasti dari Dia. Ish tak boleh jadi. Terus aku teringatkan seorang sahabat aku yang banyak membantu aku sebelum ni. Kak Long Medcy ku :)

Cepat benar Kak Long ku ini membalas, antara ayat menusuk dan masih aku ingat darinya,

'Ustaz muhadir pernah sebut, kalau lelaki yg soleh dtg melamar, wajib kita terima..melainkn ada sbb2 tertntu la. Jgn simply judge org based on 1st impression. Sbb tu islam bnrkn taaruf bkn couple. Taaruf dulu dgn lelaki tu lebih baik. Drpd tolak tanpa kenal. Melainkn kwn Bela tu dh ada org lain.'

Ibrah dari kisah simple ini.

Jangan cepat melatah, hakikat kejadian penciptaan alam pun Allah sembunyikan sejuta hikmah disebaliknya. Apatah lagi soal jodoh, kan? Mungkin sekarang kita benci, tetapi mungkin yang dibenci tu akan dirindui? 



*CREDIT TO LANGITILAHI.COM*


*Antara buku yang best untuk diteroka, dunwori tak tebal buku Bio pun*
0217,
Talhah 2,
IIUM Kuantan,
Study anatomy (take rest)


Thursday, August 22, 2013

travelog driver kental

Assalamualaikum wbt, a quick post mengenai pengalaman si driver kental semalam, penuh liku dan hikmah yang sungguh besar. Allahuakhbar!

'Scene' yang paling tak dapat dilupakan dan sangat bermakna, lepas ambik Mama di tempat kerja, habis urusan kat bank singgah di Petronas Kubang Semang nak isi minyak.

"Ramainya manusia kat sini. Eh ada makan2 pulak, jamuan raya ka?"

Dipendekkan cerita mmg ada, dan rupa2nya dari bulan Ramdhan lagi setiap hari Rabu ada buat jamuan kecil-kecilan kat situ sampailah Syawal ni. Subhanallah, pemurah sungguh tokei Petronas Kubang Semang ni, buat amal jariah untuk orang ramai tak kira agama & bangsa (non muslim pun ada).

Dalam hati, "Moga Allah murahkan rezeki tokei stesen minyak ni."

Habis makan, masuk dalam nak beli prepaid, tengah tunggu cashier tu buat kerja, terpandang ke luar, nampak satu figura yg dikenali, siap pakai baju korporat ada lambang Petronas.

"Dik, tu Ust Afnan kan??"
Trus tanya cashier tu.


"Ya kak, dia la tokei tempat ni." Tersengih kerang busuk adik tu.

Allahuakhbar, senyum. Ustaz rupanya, terdetik rasa bangga dgn ustaz, method dakwah yg mantop! Moga Allah permudahkan segala urusan ustaz. Balik tersenyum, dlm kereta borak sakan dgn Mama. 


"Mama, yang kakak tunjuk tadi tu, tokei kedai tu, mak ingat tak siapa dia?" Cuba pancing Mama.


"Muka macam pernah tengok, tak ingat la kakak."

Okay, mula la dengan semangatnya aku bercerita, ustaz Afnan tu salah seorang ahli politik kawasan Kepala Batas, kalau tak silap dia bertanding lawan DUn Kepala Batas masa PRU13 tu. Beliau jugak sebenarnya salah seorang pimpinan PAS Pulau Pinang, S/U Pemuda.

Eh, camna ko tau? Ko join politik ea?

Cakna isu semasa, biarlah tau kat mana pun, hak asasi seorang manusia, lagipun pernah hadiri program2 sekitar Penang ustaz pernah terlibat sama. Ustaz penah bagi tazkirah Ramadhan masa bulan puasa di taman perumahan. Dan paling tak boleh belah. Abahku. 


Tett tett. Bergegar handphone yang dalam mode silent. Mesej masuk. Open.


'Suara ustaz ni macam surau DSAI la kak...' -Abah.

Eh? Terus bangun intai kot tingkap, laa patutlah macam kenal, nampak sangat tak fokus betul- betul orang bagi tazkirah. =='

POINT SEBENAR yang nak dilontarkan ialah nak cakap tak kira siapa pun kita, doktor, engineer, cikgu, ustaz/ah, ahli bomba, polis, usahawan, pelajar dan sewaktu dengannya, tugas mengajak orang buat baik tu kerja semua. DAIE' is fulltime working. Cara berdakwah tu tak 'sempit' macam kita biasa fikir. Dok surau masjid bagi ceramah. Besedekah dan memberi makan kepada orang lain pun satu method dakwah jugak kalau difikirkan.

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.” (Al-Baqarah, Ayat 261)





Nota kaki-
credit Ust Afnan Hamimi Taib Azamudden, post yang di'copy paste' dari wall facebook sendiri, dan edit sikit2 saja. Lama jari tidak menari panjang di atas keyboard, yeke? Tajuk macam x sesuai dengan isi, tapi tak apalah sebab memang nak cerita pasal hikmah kembara semalam, ada lagi. Kembara lah sangat kan...

Salam Syawal, merindui Ramadhan penuh barakah.


Saturday, July 20, 2013

19.7.2013

#10 ramadhan 1434H

Bismillah..

Dulu ketika kami berempat, saya rasa dia yg paling, ayu, 'sweet' gitu :)
Kalau cakap dgn Mamanya memang cair abis suara, anak bongsu lah katakan. Tapi bongsu2 dia pun she's indepent. Boleh buat semua sendiri.

Hobinya suka menyanyi, er lagi dua dalam bilik kami pun suka menyanyi jgk, tp tak sesedap suara dia. Sedap ooh, kalau dgr dia nyanyi lagu Yuna orang cakap kembar rasanya :)
Tak kira tempat, kalau dia study sorang2 senyap terkutik di mejanya, pasti akan disumbat earphone putih di telinganya dan mulalah suara merdu berkumandang di bilik kami. Free radio :)

Satu lagi hobi menarik dia ni, suka melukis. Yang bestnya dia akn lukis je kat mana2, tu tandanya, dia bosan. Kan kan kan. Tapi mashaa Allah lukisannya comei2, macam tuan ni. Saya suka sebab bg saya lukisan dia unik, seunik tulisan tangannya, comel. Ada satu gambar tu dia lukis time last meeting Medcy, dia lukis mata wanita berpurdah, tergoda saya lihat, eh?

Si cantik manis ni suka bangat sama kucing, ngak percaya? Walaupun duduk kat negara orang tp still lagi bela kucing, pendek kata dia memang peminat no 1 kucinglah! Kalau dia x rindu kat parnts dia di Melaka, mesti dia tenung gambar2 kucingnya di skrin toshiba putihnya :)

Satu hobi yang saya share dgn dia is- blogging. Saya suka baca blog dia, silent readers (silent la sgt), rasa mcm dia ni one day boleh jadi a good writer kot, kalau publish buku English ataupun dalam Bahasa Melayu mesti laku, inshaAllah. Dari situ saya jumpa satu titik persamaan saya dengan dia. Moga kami sama2 istiqomah menulis benda2 yang berfaedah, xde2 merapu kedana caci sini sana, na'uzubillah!

Cik kak ni persamaan dia dengan cik Sarah is diorang sama2 pandai melukis, sama2 kreatif, suka penyanyi yang sama, minat pada orang yang sama? Hahaha ok yang last tu sekadar gurauan, kakak2 berdua jangan marah ya ;) Dia kalau dengan Sidah plak sama2 sangat2 nak jadi doktor muslimah yang berjaya. Asalnya sahabat saya ni kos Farmasi di Uia, sudah tertulis di Luh Mahfuz dirinya berkelana di bumi Mesir akhirnya demi segulung ijazah untuk perubatan.

Dia sangat2 tabah, kadang2 dia x percaya dia boleh, asalnya dia tahu dia boleh, tp dia letak satu tembok di depannya utk dia mencuba, itu apa yang saya lihat tentang dirinya dulu. Tapi dia dah mula berubah, berubah ke arah yang lebih baik.

Before she might just a normal cutie girl studying but after all she had proven she has the talent. She show what she have and what she can do. I'm proud for her, sincerely.

Bukti?

Dia yang sebelum ni tak berani nak cakap kat depan bebudak Medcy yang hebat2 tu telah menyandang jawatan Head of bureaus of Publication and Information Medcy 12/13. Saya pun maha terkejut kerana pada asalnya selepas berjaya mengajak dia menyertai Medcy dia berhasrat untuk menjadi subcomm atau Asst Head sahaja. Allah Maha Mengetahui kan, cantik perancangan Allah.

Walauapun dia hanya sempat utk beberapa bulan sahaja, saya sebagai sahabat, rumate setahun setengah amat2 bangga dengannya! Siapakah dia eh?

 Nur Syahirah bt Md Tahir aka Sya, Yayah, Ira, Syera
20 tahun

Post khas ini saya tujukan buat sahabat saya, rumate saya di CFS selama 1 tahun setengah, Yayah,,

Selamat hari lahir3x
Yayahhhhhh...
Sanah Helwa ya ukhti habibati wa sodiqi!
20 tahun sudah umurmu, may Allah bless!
Be a good girl, a nice daugther, a sweet friends and a smart doctor-to-be inshaaAllah!

Walaupun tempoh kitorang bersama sebilik x lama dengan Sidah n Sarah, tp ukhuwah tu masih terasa sampai sekarang. Mungkin ni kot orang ckp "ukhuwah fillah", bersahabt semata2 kerana Allah, nice kan.
Teringat yayah teringat Ore0 4+1 ;)
May Allah bless keyh!

oreo 4+1
Sincerely from Penang with love

Saturday, July 13, 2013

RAMADHAN 1434H #2

# 2 Ramadhan 1434H
   11 July 2013



Hari ini tak sempat nak 'cari idea', malam tarawih saya sakit kepala, alhamdulillah boleh jugak buat, taklah sampai nak pengsan, cuma kepala berat nanang. Tempias kena hujan lepas tu mandi tak basah kepala, sapa suruh..huhu.

Hari ni cuti berniaga, sebab? Hari pasar malam, only kepada mereka yang memang menjual semasa pasar malam saja boleh. Jadi masa dihabiskan dengan menjadi suri rumah yang berjaya. Kerja biasa duduk rumah la, malas nak bebel di sini.

Hari kedua ni kurang sikit aktiviti aktiviti 'best' untuk ramadhan, pastu saya terfikir,

'Kalau duduk je tunggu buah jatuh bergolek takdak maknanya.. Jangankan bintang, beras kat dapur pun belum tentu jadi nasi!'

Faham- fahamlah bahasa rojak, ni kes malas nak tulis, Allahurabbi.

Doakan kita sama- sama istiqamah dalam bulan mulia ni. Balighu 'anni walau ayah!


Thursday, July 11, 2013

DIARI RAMADHAN 1434H

# 1 Ramadhan 1434H
   Rabu, 10 July 2013



Usai sudah hari pertama tolong Maksu di bazaar. 2.45 ptg Maksu dah ajak pergi ke tapak bazaar, katanya kalau lambat takut tapak tu orang dah ambik, tak pasal- pasal kena ke hujung sekali, lokasi hampeh, tak strategik. Taktik orang berniaga, so silalah tambah ilmu keusahawanan ye, 9 daripada 10 punca rezeki itu datang dari perniagaan kan?

Pengalaman, erm nak kata kekok tu tak kot. Sebab cuti- cuti ni dah biasa tolong Maksu niaga goreng pisang dengan keropok lekor. Hari ni  keropok lekor x ada, cucur udang pun x ada.

''Nak meniaga apa ni Cu?"

Heran pelik bin ajaib, ada nuget ayam, bebola ayam & sotong dengan koktel sosej ja. Pastu dadih ciptaan Cu (panggilan mesra Maksu) dan agar- agar kelapa. Best ni makan sejuk- sejuk. Eh puasa la!

"Hari ni pemula, Cu tak mau buat lagi, kita tgk dulu orang macam mana ramai ka tak, tempat ni agak- agak boleh jalan ka dak."

Tukas Cu, aku hanya mampu angguk- angguk jelah, asam garam berniaga, Cu lagi hebat. Dah lama berpengalaman. Sampai tapak bazaar, tolong Cu set up apa yang patut, buka meja, buka payung, lap- lap meja. Selesai.

Pendekkan cerita lepas asar sekitar pukul 5.00ptg baru kami p semula untuk mula operasi. Fuhh! Hari pertama pun panas terik. Ujian dari Allah. Kat Mesir rakyat sanggup berhimpun seharian di Dataran Tahrir, takkan panas kat Malaysia tak tahan kot, kan...

Kesimpulan jualan hari pertama, nuggets the gang (ntah betul ke tidak ejaan) tinggal sebatang. Dadih ada dalam 10 cawan lagi, boleh tahan. Esok boleh mula dengan kopok leko dan cucur! Nak berniaga ni muka kena murah dengan senyuman, dengan 'jiran' pun tak boleh sombong, kena tegur sapa.

CERITA DI SURAU- TARAWIH KE 2

Penuh sesak lagi surau taman perumahan yang saya tinggal ni, alhamdulillah, bahagian luar kawasan solat muslimat, penuh dengan kanak- kanak. Riuh, suara imam jadi tenggelam, alamat siapa lambat jadi geng 'kanak- kanak ribena' la.

Usai solat sunat tarawih 4 rakaat, diselangi dengan tazkirah. Saya kira tazkirah malam ini agak panjang, tapi menarik. Ada dua hadith yang imam tu bacakan tadi. Sayangnya saya tidak membawa sebarang alat mencatat. Nasib2.

Antara input menarik masa tazkirah tadi,ustaz bercerita mengenai dua jenis golongan manusia zaman sekarang. 1-orang yang reti (tahu) 2- orang yang faham. Ada beza antara orang yang TAHU dan orang yang FAHAM. Bak kata ustaz, kalau orang yang tahu belum tentu dia faham, tapi kalau orang yang faham dia akan cuba untuk tahu. Contoh ustaz sebut tadi,


"Cuba p tanya Mak Ngah (bkn nama sebenar), Mak Ngah, tutup aurat tu wajib dak??? Mesti Mak Ngah jawab : Wajibbbb. Sat lagi Mak Ngah tu keluaq rumah p sidai kain pakai kain batik berkemban saja. P tanya dia balik. Mak Ngah, awat keluaq rumah tak tutup aurat, kata tadi tutup aurat tu wajib??? Mak ngah mesti jawab :  Hehehehe (sengih panjang)"

Nampak macam normal kan? Sebab memang biasa berlaku dalam kehidupan seharian kita. Ustaz tu tekankan supaya Ramadhan kali ni kita ubah sikap dari hanya TAHU tapi TAK FAHAM kepada TAHU & FAHAM.

Ustaz kata, Ramadhan bulan penuh berkat, kejarlah keberkatan yang ada di dalamnya. Sebab berkat dalam bahasa arab iaitu barakah, membawa maksud "penuh dengan kebaikan", au kama kol sekadar yang saya dapat dengar dan ingt ketika slot tazkirah tadi.

Panjang lagi perbahasan ustaz, seperti yang saya katakan ada 2 hadith ustaz kupaskan tadi tapi saya kurang ingat :( Peringatan untuk hari esok, sediakan pen dan buku nota sebelum ke surau!

Jom sama- sama ceklist diri, apa yang dah kita buat sepanjang hari pertama berpuasa? Sedekah? Quran berapa juzu'? Berapa page? Solat sunat?

Jom! Fighting, lumba sama- sama di bulan ni. Fastabiqul khairat!

Kepada yang membaca, doakan saya istiqamah untuk beribadah dan sempurnakan 'target Ramadhan' saya kali ini. Tangan yang menaip itu lebih dekat dari tangan yang membaca. Allah uji setiap apa yang kita tulis dan kata! Selamat berpuasa!!

~IKLAN

Omar The Series

Ada sahabat share di FB, boleh tgk video pasal Saidina Umar al Khattab, 30 series kesemuanya, boleh la tengok kat youtube, selalu dok baca je kan pasal sahabat Nabi SAW ni, layan video ni pulak. Kredit kat diorang yang buat video ni sempena Ramadhan :)

Sunday, July 7, 2013

mentaliti salah

Assalamualaikum wbt.

Mentaliti klise orang kita. Yang biasa saya dan siapa2 lalui.

#1- remaja belasan tahun

Duduk rumah asyik kena bebel. Tengok tv salah, dengar lagu salah, keluar pi surau, pastu melencong sat, salah. Baca buku? Sejam boleh la. Tension duduk rumah! Bosan study kat rumah, duduk dgn kawan2 baru best study (study 5 min, sembang ja lebih...)

#2- kes surau masjid

Malas nak pergi surau, nanti ada la mulut mengata, bulan puasa baru nampak muka. Gotong royong jarang datang. Masjid tu karut, orang2 *** dia ja banyak. Imam tu kalau keluar kalam, terasa sampai tulang hitam.

#3- tanam anggur, angan2 yang berbuah

Cuti lama ni, 3 bulan. Plan macam nak buat program, pung pang pung pang. Apa pun tak jalan. Angan2 mat jenin. Buku berkotak bersepah belum 'dikaji'. 

Ayat menusuk hati sendiri, tak perlu selak kain orang, kita sama-sama cek diri. Saya mengharapkan situasi di atas dapat saya jauhi, inshaAllah.

Ahlan wasahlan wa marhaban bikum


Alhamdulillah dapat berpuasa sebulan di rumah, berbeza dari tahun2 sebelum ni, puasa di kampus, di asrama, manfaatkan sebaiknya, oyeah!!

Checklist target ramadhan kali ni:
-khatam Quran inshaAllah (doakan!)
-full tarawih (inshaAllah)
-'mentor' mangsa PMR (Nabil trial hujung bulan ni)
-sedekah tiap2 hati, walaupun dgn senyuman (target baru tahun ni)
-berniaga di bazaar, tlg maksu inshaAllah
-model uswatun hasanah di rumah (plg susah nk bt, tp Allah tahu kemampuan tiap2 hambanya)
-rapatkan ukhuwah dgn kwn2 lama (CBM, SAKBA), sahabat2 UIAM, the least is via SMS brtny khabar :)
-siapkan draft cerpen (2 cerita tergendala, ayoo-.-)
-stay in fit walaupun puasa (jogging? heheheh)

Apa lagi ya? Allah terhad memori mampu dicatit hanya ini.

Apa target ramadhan  kali ni? Ada beberapa hari lagi, semoga Allah masih panjangkan umur kita.

Allahumma balighna ramadhan~

Monday, June 24, 2013

khas untuk kamu

Salam alaik!

Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang oleh Maha Pencipta untuk menghirup Oksigen di muka bumi walaupun indeks udara di Malaysia agak tidak memberangsangkan. Jerebu sedang menyerang tanah air!
Moga Allah turunkan rahmatNya pada kami :'(

Hari ni 

23.6.2013
23 JUN 2013

Bersamaan 

15 Syaaban 1434H

Salam Nisfu Syaaban. 15 hari lagi kita bakal bertemu dengan Ramadhan, sempatkah kita?
Allahumma balighna fi ramadhan.



Dan....
tidak dilupakan jugak sempena dengan tarikh masihi ini merupakan hari istimewa buat seseorang.
Seorang sahabat yang istimewa jugak buat saya, iaitu roomate + katilmate + studymate + biromate + abmate dan segala mate yang boleh saya label.

SARAH SHAFINAZ MD HISHAM

*sarah/pinnah/kak ngah/angoh*

Sanah helwa ya ukhti habibati!! Moga bertambahnya umur ini selari dengan pertambahan amalmu. Jadilah muslimah yang menyumbang untuk agama Allah walau dengan apa cara termampumu. Buatkan Islam bangga denganmu, bukan manusia bangga denganmu.

Sayang Angoh fillah! Maap sbb kak Teh lambat wish, memang di senaja kan pun. Hehehehe.

Menyingkap tirai perkenalan kami, sewaktu pertama kali saya menjejakkan kaki dibumi CFSIIUM & kemudiannya Allah takdirkan saya di bilik 703 mahallah Khadijah, saya sudah terpandang akan wajah- wajah yang bakal menjadi teman sebilik untuk 2 tahun di bumi itu, Rasidah, Syahirah dan Sarah.

Pandangan pertama saya padanya,

'Hmm nampak mcm senyap je dia ni, wah pakai tudung labuh diaa, boleh ke nak kawan ngn aku? Ish segan2.'

Tapi fasa- fasa kemudian barulah ku kenali insan ini. Orang yang paling heboh di bilik kut! Hehe, senang kata, kalu takde Sarah, sepi la bilik sebab aku, Sidah n Yayah bkn tak banyak cakap cuma kami x se'bising' Sarah, kut (Kak Ngah pasni boleh sembelih ambe :P)

 *abaikan tgn itu*

Alhamdulillah sepanjang 2 tahun perkenalan dan berkongsi bilik, saya bersyukur kerana Allah mengurniakan insan- insan hebat sebagai teman sebilik. Walaupun seorang dari kami telah berlepas ke Mesir, namun ruh ukhuwah fillah itu sangat kuat, kuatnya aura terasa hinggakan hari ni. Itulah indahnya bersahabat kerana Allah.

To Kak Ngah aka Shafinaz Hisham,,

terima kasih kerana menjadi roomate yg ohsem,
terima kasih kerana menjadi sahabat yg sejati,
terima kasih kerana menjadi teman study yg dedicated,
terima kasih kerana menjadi shbt biro yg semangat,
terima kasih kerana menjadi adikbradik yg sgt2 care pada saudaranya :')

tidak cukup wadah ini untuk saya ukirkan betapa bersyukurnya mempunyai insan sepertimu dalam hidup,
walaupun tempoh persahabatan kita baru mencecah 2 tahun lebih,
saya tidak ingin persahabatan ini rapuh ditelan dek zaman, dimamah dek usia, 
luput kerana kejauhan, biarpun kamu dentist, sy belum pasti apa yg Allah takdirkan,
ingatlah sy dalam doamu.

mekasih sbb selalu kejutkan tido, bersabar dgn rumate yg slalu 'kalah' di medan studi, stido je kerja,
mekasih sbb slalu dgr sy bebel bila ada masalah dlm keje,
mekasih sbb awk sanggup korbankan katil awk utk sy, sbb kesian sy penat balik meeting nak panjat2,
mekasih sbb slalu pinjam tuto, nota2 sbb sbuk tlampau sgt,
mekasih sbb awk sgt dedikasi buat keja, walaupun ketua busy, pic pun sama tapi awk masih teguh buat keje, follow up anak buat,
mekasih utk makanan, kek, minuman, tudung, jubah & segalanya lah yg penah kita kongsi sepanjang 2 tahun perkenalan.

smoga kita still cenggini bila kita di Kuantan nnti ye, 
walaupun awk akan sibuk gila2,
kuliah kte dekat tau,
kawen, tunang jgn lupe rumate! hehehe

Lastly, taktahu nk tulis ap dah, iAllah apa yg ditulis ni lahir ikhlas dari sudut hati, tak plan, draft apa2 trus taip je ni. Heee.

Sayang awk kerana Allah.

Till then, let the pictures speak,,







 




*tgk jari kita, 23 :D*

sehingga itu, wasalam.

ikhlas from Pulau Pinang with love!

Friday, June 21, 2013

coretan hati insan

assalamualaikum wbt

Fuhh, agak jarang blog ini dikunjungi tuan tanahnya, 
maafkan penulis wahai blog, tuanmu hilang fokus sebenar sejak2 hujung sem lepas.
Banyak perkara yang tiba2 timbul sampaikan penulisa sendiri tak jangka dan tak tahu macam mana nak hadapi. Cis, bajet penulis lah sgt.

Banyak sangat benda yang jadi sejak dua menjak ni, rasanya tak mampu aku harungi tanpa teman disisi, tanpa petunjuk Allah, sungguh memang aku rebah! Lagi- lagi jika ianya berkaitan MEMBUAT KEPUTUSAN.

Aku akui aku bukanlah yang terbaik dalm membuat penilaian, siapalah diri kita ingin membuat penilaian itu? Diri yang pernah penuh dengan dosa yang belum tentu sudah habis Allah ampuni. (Ohh ayat, biarkan aku melayan perasaan seketika)

Amat sukar untuk diri ini membuat keputusan, tidak kira berkaitan cita- cita, masa depan, pilihan hati atau apa saja. Formula mudah untuk atasi masalah ni = ISTIKHARAH. Minta petunjuk dari Allah, sensungguhnya Dia Maha Mengetahui.

Allah, sudah ku lalui fasa itu, sudah aku lakukan. Tapi...........
Jawapan yang tenang belum aku temui!! Pedih kot. Pedih. Aku rujuk teman- teman yang punya ilmu, merisik jawapan. Ya, mungkin disebabkan dosa- dosa aku, Allah tutup hijab, belum tiba masanya aku mendapat jawapan. 

Kata seorang sahabat. 

'Allah bersedia tatkala kita bersedia.'

Mungkin aku yang belum cukup bersedia untuk mempunyai jawapan. Bersedia yang bagaimanakah? 
Belum bersedia dari segi rohani, mungkin zahirnya dilihat seida, hebat, bagus, baik. Tapi dalamannya masih lagi belum utuh, masih rapuh, masih tidak mampu 'menangggung' jawapan yang Allah bakal bagi. Dia tahu segala kemampuan hambanya.

Ya, aku sangat- sangat buntu, mengharap satu jawapan. Memang penantian itu satu penyeksaan. Kadang- kadang hati aku pernah tanya,

'Kenapa Allah selalu suka hamba Dia dalam dilema, kenapa kita perlu buat keputusan?'

Hamba ni memang teruk! Bila Allah tidak memberi pilihan, kita akan kata, Allah tak sayang kita! Tak beri kita peluang memilih apa yang kita suka. Bila kita diberi pilihan, kita tetap masih salahkan Alllah sebab meletakkan diri kita dalam keadaan bingung, dilema. Sungguh kejam kan manusia! Asyik mengeluh!

Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila dia ditimpa kesusahan, ia berkeluh kesah. Dan apabila mendapat kebaikan dia jadi kikir. - Al- Ma'arij : 19-21

Betul, itu adalah sunatullah, hakikat penciptaan manusia kita tak akan dapat lari dari sikap mengeluh. Apa yang kita mampu buat ialah kita cuba elak dari mengeluh! Sebab itu secara sunatullah manusia memerlukan Allah utk disembah, tempat bergantung, tempat meminta tempat mencurahkan bakti tenaga dan segala- galanya yang abadi!

Allah2, apa yang sedang aku merapu ni? Maafkan andai yang ditulis itu melalut melebihi had, tiada ni, bila mula mencoret rasa hati, mula aku 'over' sedikit. Point entri kali ni aku hanya nak meluahkan kekesalan aku dalam membuat keputusan. 

Aku akui kadang- kadang yang kita dah putuskan tu, yang kita rasa terbaik untuk setakat ni belum tentu enjadi yang terbaik seperti yang kita sangkakan. Contoh mudah praktikalnya:

Memilih antara dua bidang.

Hati kita tak dapat putuskan yang mana satu harus dipilih, maka kita pun istikharah & istisyarah. Sehinggalah di saat keputusan perlu dibuat, kita yakin (walaupun bukan 100%) untuk cakap A. Selang 2 3 minggu kemudian, hati kita kembali tak tenang. Macam- macam berlaku dalam perjalanan kehidupan, menyebabkan kita rasa pilihan B yang lebih sesuai. Sedangkan kita dah pun membuat pilihan.

Persoalan yang sering berlari- lari di benak otak-

'Masihkah ada peluang untuk kita ubah keputusan?'

'Adakah ini hanya mainan syaitan, yang hanya nak menggoyahkan pendirian kita?'

Bila dicek diri balik, aku memang silap, silap sebab salah teknik. Teknik apa pulak? Istikharah ni bukan benda petik jari boleh dapat lepas tu dah ok tak perlu lagi. Kita kena konsisten buat sampailah keputusan yang kita ambil tu betul- betul berlaku/jadi kenyataan. Mudah nak kata kalau bab kahwin, selagi mana kita belum bernikah dengan pilihan yang dibuat kita kena terus istikharah lah. Allah, benda mudah. tapi ramai yang leka. Termasuk orang yang menulis ni.  :')

Persoalan tadi, masih bermain- main diminda, apa yang perlu aku lakukan? Aku masih teruskan istikharah aku lagi, mungkin Allah masih hijab jawapan yang betul- betul aku perlukan sebab keadaan diri yang tidak bersungguh- sungguh? Diri yang banyak maksiat, lalai dengan urusan agama. Aku masih mengharap.

Ya, aku mungkin tidak tetap pendirian, kerana siapalah aku tanpa Allah. Pendirian aku pun datang dari ilhamNya.

InshaAllah, peluang masih ada. Tolong ingatakan aku, apa yang ditulis bakal diuji hebat Allah terhadap penulisnya.

“Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang betul, dan memberi berita gembira kepada orang beriman yang mengerjakan amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.” - Al- Isra' : 9


Terlalu kerdil untuk menilai makna kehidupan yang sebenar. Kadang- kadang perlu pandang 2 3 kali sebelum membuat keputusan.


ikhlas dari nurani,
biar apa orang kata, 
sebab jiwa ini yang merasa.
 

Wednesday, June 19, 2013

mujahadah hati

bismillahirahmanirahim..

Wahai hati, 
kuatlah kau, kuatlah,
dunia perlukan kita,
hati- hati yang mahukan didikan.

Wahai hati,
tabahlah dengan ujian,
terpalit dosa berkandar,
hitam diselubung arang- arang dosa.

Wahai ghuraba', 
maafkan hati itu kerna tidak bisa memberi,
hati itu masih tidak mampu memegangnya lagi, 
hati itu perlu diubati, dibasuh suci,
kerana dipenuhi lumpur- lumpur dosa.

Wahai ansarullah,
harapan masih ada,
hati itu tidak kejam, 
hati itu cuba menjadi adil,
hati itu cuba mencari solusi,
hati itu belum kuat lagi.

Wahai penyambung perjuangan Nabi,
hati itu mendoakan yang terbaik buat kamu,
jika benar apa yang tertulis,
maka inshaAllah janji Rabbi itu pasti,
berikan hati itu masa,
doakan hati itu kuat,
kuat untuk bermujahadah di kala ini,
hati itu tidak sekuat hati Fatimah, tidak setabah Khadijah, tidak sesabar Aisyah.

Wahai daie',
terima kasih kerana banyak mengajar hati,
sungguh hati itu tidak pernah menyesali,
walau tanpa guru,
walau tanpa pengalaman, 
sebaik- baik guru ialah Pencipta itu sendiri,
moga bertemu yang sesuai,
moga berjumpa yang terbaik,
andai tidak tertulis di suratan makhfi,
jaga diri, jaga iman, jaga hati,  
iringan doa agar istiqamah di jalan ini,
walau sebagai teman seperjuangan yang abadi.



Ikhlas dari sudut hati,
19/6/2013
~jalan menuju ke mardhatillah~

Saturday, April 13, 2013

fasa seterusnya : tawakal doa

salam alaik..
Alhamdulillah Allah permudahkan urusan masa interview tadi,
segala gugup, gagap,cuak, kecut, sakit, gigil mampu saya tinggalkan di luar ruangan interview.

Panel yang sangat2 membantu dan mesra :)

Professor Dr. Suzanna, Deputy Dean of Kuliyyah Allied Health Sciences (KAHS), Dr Nik wajdi (lupa la nma dr ni, HOD Diet) dan Miss Iyla from Opto Dept.

Suka sangat mood td sebab ketiga2nya tak memberi kami tekanan, oh lupa pulak sahabt2 sebilik dgn saya tadi Kak Khairunnisa, Nabilah Amir & Nadiah. Rata2 dah kenal cuma Nadiah je baru ta'aruf td :)

Sesi pun mula start dari Kak Nisa, saya, Nabilah dan Nadiah.

Perkenalkan diri, background then U start to tell them what is your first choice n why, then everyone comes with their own story n reasons.

Sangat ironi, ahli panel sangat2 membantu kam, diorang x perkecilkan pun niat tulus hati kami nak mendalami bidang yang diingini cuma apa yang paling saya tertarik mereka BETULKAN PANDANGAN KAMI mengenai tiap2 bidang yang kami pilih.

Kenapa?

"We are not making you down buat we just one to make sure none of you will change the department when you are already in the 2nd or 3rd year, because the 1st year may be easier but once you get into 2nd year thing will become harder" 

Lebih kurang begitu ayat Dr. Su.

Terharu, nampak kesungguhan para lecturers dari Kuantan nak tolong kami2 yang masih HIJAU ni dalam nak membuat keputusan memilih kos yang diingini.

Malas mahu berbicara panjang, 
Saya hanya nak kata,,
jangan kita menipu diri sendiri kalau Allah dah bagi hint melalui
gerak hati, 
usah difikirkan jaminan kerja sebab tidak ada jaminan selain dari jaminan dari Allah 
(quoted from Kak Hakimah's blog)

Saya pada awalnya risau untuk meletakkan fisio sebagai pilihan utama kerana memikirkan peluang kerjaya, tp apabila sy berkomunasi dgnNya, Alhamdulillah hati jadi tenang & langsung x terfikir sola tersebut.

Yang penting, betulkan niat utama kita pilih sesuatu bidang, rezeki tu milik Allah.

peace no war.

Wednesday, April 3, 2013

jalan hidup, mana satukah

"diet ni belajar pasal LIFE, bnda kat sekeliling kita."

"kena tahu beza antara optometrist, optician and ophthalmologist"

"student opto memang related to maths & physic."

"kalau minat bio boleh amik BioMed kot."

"radio ofcos blajar physic 2 sem tp xla se tough di cfs, SIMPLE JE^_^"

SORT OF  WORDS  I'VE FOUND ON BLOG TODAY, ALL IS BECAUSE OF UPCOMING INTERVIEW FOR KULIYYAH INTAKE SOON!

Salam alaik kawan2,,
pertama dan selama2nya, 10 jari dusun atur rapat memohon kemaafan kerana kemalasan,kecuaian,kekurangan dan segala yang negatif yang telah menyebabkan blog ini tidak aktif untuki sem 3 12/13 iaitu sem terakhir saya di bumi bertuah PJ (AYAT POYO!!)

SIBUK?

Biasa dah, tapi,, 
sem ni

SUPER DUPER SIBUK!

Assignment, kelas, society, meeting, discussion,PRU, eh pa benda baru nak 20 tak terlibat lagi,hehehe.

Kondisi diri, jujur saya katakan sem ni agak menekan kami selaku pelajar sem akhir di bumi PJ.
Bagi mereka yang se-modul dengan saya sem ni kami ambik sekurang2nya 4 subjek core, yang mana minimum 2 daripadanya ada assignment.

FUHH, hectic sungguh hidup saya sem ni.

Pejam celik pejam celik. Dah masuk April, bermakna ada lebih kurang sebulan lebih kami bakal meneruskan hidup di bumi PJ ni. Saya rasa SEDIH. Sebab banak faktor. Terpisah dengan rumate- Dentist Sarah & Doktor Sidah, yang sorang lagi nun jauh di bumi Anbiya'. Sedih sebab pasni takdak dah MEDCY, place where I do gain a lot, I do change a lot, I do learnt a lot. SEDIH sbb lecturer kat PJ semua best2, SEDIH sbb lpas ni susah nk jmpa sahabat yang akan ke Gombak. Gombak - Kuantan is not that near okay. Eh maafkan BI yang tunggang terbalik di malam hari. Penulisan yg agak kebudak2kan.

Dan sebut sahaja maincamp, rata2 yang menghantui benak student2 Allied ialah berkenaan interview ke kuliyyah di maincamp. Kira2 kurang 2 minggu lagi saya dan kawan2 bakal menghadapi interview. TAKUT, KECUT, UNPREPARED, LOW CONFIDENT >jadi satu. Tapi satu saja, bak kata Madam Bio sy, Allah tu dah susun cantik hidup kita, tinggal kita je RAJIN @ MALAS nak usaha. Kalau TAWAKAL je x cukup!

Jadi untuk fasa2 terkhir sebelum interview ni saya banyak mengkaji kos2 yang akan ditawarkan di KAHS dan 'interview' kezen @ seniors Kuantan.

MAK ABAH? FAMILY?

Ikutkan abah dia nak saya amik Medic, jujur hati saya bukan di situ. Mak pulak x kisah asalkan sy tahu apa yg saya buat utk masa depan saya, mak kata "Kakak amik pa farmasi, nanti boleh buka farmasi sendiri."
Minat tu mmg ada tp saya rasa kelayakan pointer sya, saingan tinggi dari students sendiri, saya mmg kekal di ALLHS.

MIDSEM baru2 ni memang mimpi paling buruk bagi batch 11/12 saya rasa. Rata2 result saya dan even rakan sekelas yang amik critical course pon critical resultnya. Tak tahu di mana salah kami, di mana percaturan kami tersilap. Mungkin bila saya muhasabah diri balik, kurangnya saya MENJAGA HUBUNGAN DENGANNYA. Malu sangat, time2 exam je nak mintak lebih2 dari Dia. Bak kata kawan saya Aiffa,, "Allah selalu ada untuk kita tp bila ja masa kita ada untuk Allah?" 

Sentap.

Nak menangis pun tiada guna, midsem dah berlalu. Saya sedang dalam fasa menyusun atur perancangan saya dalam menempuhi final terakhir di bumi PJ serta reconstruction balik planning hidup saya. Untuk pilihan ke kuliyyah saya sudah ada beberapa perancangan, setakat Allah masih izinkan minat dan diri cenderung kepada BIOMED & PHYSIO. 

Doakan segalanya dipermudahkan buat saya sahabat. Sekarang ini fasa tenat, amanah kian berat, lakukan dengan penuh selamat, agar membawa berkat.

Like one of this sentence I pick from a blog--

We're not the doctors but I'm sure, the doctors couldn't live without us-ALLHS students


:)

sorry for the grammatical error, immature writing, I just don't have more ideas to throw up into this blog today, but when i start writing, it is so hard to stop.

till then, assalamualaikum wbt. 

 

Monday, February 11, 2013

Allah is near

Salam alaikum..
Currently is at home sweet home
-Penang, Malaysia-

Ohh bosanyaa, sudah lama tak edit blog ni kan, ideanya ada, masa kurang mencukupi, sibuk? Sibuk la jugak, ada je masa tapi malas nk 'menghubungi alam maya', takut nanti niat update blog lari pulak, huhu.

Paling tidak disukai apabila saya merancang, benda tu tak dapat dilaksanakan kerana masalah pengurusan masa saya sendiri. Sangat kesal dengan diri. Kalau di CFS saya mampu menyusun masa saya dengan baik, alhamdulillah, walaupun jarang- jarang dapat duduk di meja study menghadap tingkap untuk menelaah buku, saya masih punya ruang- runag tersembunyi untuk 'dating' bersama buku.


Masalah kian kritikal ketika berada di rumah. Seperti cas- cas positif yang saya serap di CFS  tertinggal di pagar CFS sebelum pulang. Allah, saya perlu kuat!! Tidak selamanya saya akan hidup di bumi CFS, tidak semestinya saya akan 24 jam menikmati suasana biah seperti di bumi UIA, bangkit!!!

Ok tinggalkan bebelan saya yang tidak ke mana. Apa yang ingin saya bawak pada entri kali ini (skema sungguh ayat :P ) berkisar pasal pertolongan dari Allah.

"Ala tu je pon, klise la, mmg Allah tolong pe umat dia, kalau mntak ikhlas."

Peduli apa orang kata, yang penting saya mahu juga menulis, bukan keajaiban, tetapi rasa bersyukur, teruja pun ada. Apa yang best sangat tu?

**********************************************

*bila detektif berbicara*

Kes I

Sewaktu pulang dari meeting MEDCY, sekitar jam 10.30 mlm, masa tengah mengorak langkah pulang ke KC, minda dok rancak 'plan' macam2, minggu tu memang penuh, dengan assignment, persatuan. Terdetik di hati nak jumpa sorang junior, ada perkara yang perlu disettlekan sebelum minggu depan masuk, oh ya haritu kebetulan hari Sabtu, malam Ahad. Fikir punya fikir bila nak jumpa, handfon bergetar, tanda mesej masuk.

'Salam kak nabila, ada kat bilik x? Nak tanya soalan physic jap, ada yg tak faham.'

Senyum, Alhamdulillah, bulan jatuh ke riba, cepat je Allah tunaikan hajat hati, tadi tengah runsing macam mana nak jumpa, hari dah lewat, kesian pulak ganggu masa rehat orang, akhirnya Allah tunjuk jalan, memang Dia dekat sangat.

Kes II

Usai solat Asar, malam tu ada 'agenda penting', memang hati berdebar2. Dalam perjalanan nak masuk ke bilik, terfikir nak call sorang sahabat ni, nak tanya status kedudukan kami sekarang, ada hal tak settle lagi,  saya kena dulu settlekan hal dengan dia. Masuk bilik handfon dicapai. Eh, 1 missed call, tengok2, Allahuakhbar, baru terdetik nak call sahabat tadi, dia terlebih dulu call, memang jodoh! Eh, tak. Allah memang dekat, dengar je permintaan hambaNya yang banyak silap ni.

Kes III

Sejujurnya saya tak ingat macam mana kes ketiga ni berlaku, short-term memory :/
Tapi plot kejadian sama seperti kes- kes di atas. Bukan rekaan! Tapi betul2 terjadi, saya ada cerita pada roomate, entah Angoh ingat ke tidak. Sebabtu perlunya kita mencatat setiap kejadian yang kita rasa penting! Sebab kita bukan malaikat, bukan Tuhan, boleh ingat semua benda :)

 **********************************************
Pointnya kat sini bukan saya nak menunjuk betapa hebatnya saya, bukan. Bukan nak kata bagusnya saya, pun bukan!! Saya hanya nak kongsi yang betapa Allah itu Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Mengetahui. Kalau kita masih tak nampak bahawa Dia sentiasa dekat dengan kita, mungkin hati kita masih belum dibukak sepenuhnya.

"Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
(al- Baqarah : 214)



-mood menulis itu ada, cuma idea kurang bercambah, doakan saya masih thabat, teguh menghadapi hari2 mendatang :)