mereka

Friday, February 25, 2011

entry tak bertajuk


Hurmm hari ni aku cuti. Patutnya petang tadi ada latihan kereta, tup2 tukar esok sbb hari ni ramai yg test JPJ.
Litar penuh. Huhu. Biasanya kalau cuti aku suka post pasal benda2 ada faedah. Tapi.. tapi.. takde idea!

Hehe ok la aku teringin nak wat segmen berkenalan walau hakikatnya ramai kawan blogger kenai aku dah.
So biaqlahh!

Ehem..ehem

Nabila Huda Binti Abdul Halim
18 tahun pada 2011
17 september 1993 tarikh saya mula2 tgk bumi
Anak sulong Pak Halim n Mak Cik Mahani
Ada dua adik lelaki yg hensem 
Sangat suka dekat.. dekat..SUKAN!
Olimpik,Komenwel,Asian,Sukma
semua sy tgk
SKCBM 2000-2005
SMKCBM 2006-2009
SMSKB 2009-2010
2011? =___=
Saya suka warna Ungu dan Hijau Epal
Liverpool in my mind ;)
Badminton is priority to watch =D
Urmm makan.. tolak batu n kayu termasuklah
sayur, telur separuh masak, susu. :(
Sy geli pada binatang spesies ular + ulat x(
cicak, katak, lipas, tikus takpe :))
Oh sangat2 rapat dengan Tok xD
Hurmmmmmm. 

APA LAGI???
 Tak reti la aku nak story pasai diri aku mcm na.. So tgk nilah. 
Boleh dikatakan 95% aku sokong benda alah nie. Hahaha
Sebabnya ad yg terkena batang hidung sendiri. Sepsapa yg kenai aku try la tgk ada relevan 
tak kajian Dato' nih ngn perangai aku. Ada kan? haha pelik2.

P/S : maaf tulisan macam kanak2. Sbb aku punya suka lah >.<

Thursday, February 24, 2011

i am SORRY!


PENATTT! Takleh nak story panjang2. 
Cuma nak cakap saya Nabila Huda bt Abdul Halim 930917-xx-xxxx
 ingin meminta maaf kepada saudara MoHD fAIZ hAFIZI BIN rOSLE :)

Sorry bro sbb aku buat hng terasa :)
Maafkan adikmu ye. Classmate never fight forever.. chill.
Once barianz, always barians!
ROOT dihatiku

lalalala.
aku penat!!!

adioz!
P/S : berani kerana benar, 
takut kerana salah.
wasalam...

Monday, February 21, 2011

pendek tp bermakna :/

ASSALAMUALAIKUM!!!!

Hurm arini aku nak cita sikit dan mintak pendapat kawan2. Sesapa yg sudi2 nak bantu sy ucap terima kasih awal2 ye :) 
Waduh result semakin hampir pasti akan berada di tgn! Aku harus ada arah tujuan, 
I mean pilihan course!

Aku nie sgt meminati subjek Kimia. Tapi aku tau bidang ni nak cari makan susah.
Paling tidak end up dgn cikgu or lecturer =___=.
Engineering plak kirim salam je la. I have 0% of confident dalam area nie. Wakakaka.
Urmm Biology is not bad! Field dia pun mmg luas.
Bak kata cikgu Izani 'Biology is everywhere'.
Urmm tapi im so sorry to say that I cant go very far in MEDIC.
Sebabnya?
 Aku fobia pada darah x(
Aku ingat nak amik Pharmacy, tapi... tapi mcm ramai ja org amik.. Saingan tinggi. Yaka???
Ada sapa2 nak tlg bagi nasihat. Please aku mmg perlukan gila2.
Ahaaaa aku ada gak survey2 pasai Phisiotheraphy.
Wahh2 macam best! Urmm sesuai tak? Senang cari makan tak?
Dulu aku penah gak terpikir nak amik Sport Science. ok gak since aku gila suka sukan2 nie.
Bila pikir balik orang perempuan ni susah laa kalo amik bidang tuu. Sebabnya nanti dia ada komitmen lain. Paham dak? Yala mcm kalo dah kawen mesti nak kena
ikut suami. Tu kalau dah ada anak mcm na?
Aishh apasal aku pikiaq jauh sgt ni!!!Btw betul gak sbb nie pasai future life aku!!!

Ermm dear blogger, sesiapa yg ada idea yg boleh mmbantu aku sila2 kongsi yea ;))
Kerjasama anda amtlah saya hargai. aku takla cerewet sgt. Aku pilih course yg aku rasa :
Boleh dibawa belajar
Sesuai dgn aku
Senang dpt kerja
Saingan takla sgt tinggi
Peluang sgt2 banyak!!!

Itu aja. Ada idea? Oh ya aku sgt suka Kimia, Bio boleh thn.
Aku suka outdoor pny aktiviti :)
Sekian dulu..
insyaallah..insyaallah ada jalannya..

P/S : sedang pikir.. agrhh serabut!!!

Friday, February 18, 2011

urmm 2 in 1? boleh ke?


Hai semua kawan2. hehe buat macam ramai.
urmm apa yg dua dalam satu tu?
actually aku nak cita pasai first time blajar bawak kereta dan trip aku n nuha g skolah hari nie.
Huhu. Tapi pasai kereta tu dah dkt 1 minggu baru nak cita tapi pasal g melawat SAKBA ni
baru berlaku pagi tadi =)

CERITA PERTAMA KALI AKU DRIVE ;)
al-kisah.. aku punya cikgu praktikal namanya Zainon *she's woman okay
semua panggil dia Mama, suaranya lantang mcm cikgu Nurul.
Dia sgt2 baik dan tak pernah marah sy *cuma tinggikan suara saja.
Dia kata sy byk soal yg bukan2. hehehehehe

Masa mula2 bawa tu dia pegang handle gak kawal stereng sbb aku
kan tidak biasa. Mula2 dia suruh aku pusing2 naik bukit tp tak berhenti lagi 
kat tgh2 tu. Katanya nak bg aku biasa dgn pemanduan. Lepas 3 kali round 
barulah dia ajar aku 3 penjuru. 

Masih terngiang2 lagi ayt dia kat otak aku. "Ok kakak masuk btul2 kiri lepas tiang num 2 pusing kanan cpt2 smpai kereta jd mcm ni berhenti jgn langgaq tiang. Pusing kiri smpai habis, tukar gear reverse, pandang luaq ke belakang lpas tu lepas clutch pelan2 undur. Agak2 jgn langgaq tiang tkan brake. Pusing kanan bagi habih masuk gear satu lpas tu lepas clutch jalan keluar. Pusing stereng ke kiri 2 kali tgk kiri kalau ada kereta berhenti kalau takdak jalan!" Fuhh dia ckp takdak titik kot! 

First trial mmg aku berjaya. Nak taw apa jadi after tu? Mama suruh aku berenti tepi jalan, dia kluaq dari kereta smbil berkata, "lani jgn duk manja Mama duk kat pondok tu kakak bawak sendiri n pikiaq balik nak buat mcm mana 3 penjuru. Buat sendiri sampai Mama kata ok. Paham na?" WAAA masa tu aku rasa dup-dap2 biaq btoi! Aku bawak sorang2 lepas try 1 KALI??? fuhhh mmg terbaikkk!

Haha lepas dia tinggal aku keseorangan tuh aku smbil duk bawak otak tgh mendigest balik butir2 yg Mama bgtaw tadi. Bila sampai kat kawasan 3 penjuru tu ada la 3 buah kereta dkt dpan so kena tggu turn nak buat. Sambil2 tu aku duk ketaq takut wat silap. Bayangkan aku sorang2 tanpa instructor disisi. Cewahhh! Masa turn aku tuh suma mata pakat beralih ke arahku. Takot2. Makk mati aku kalo langgar tiang2 tu. Urmm enjin mati sekali kat tgh2. Hehe tapi aku tak langgar apa2 laa. Nasib baik!! Lepas 6 kali ulang kot Mama pun naik balik. Then dia suruh aku rehat dulu sebab dia nak pegi Prai isi gas dah abes.Kereta IDI suma pakai gas NGV. 

Lepas tu aku jmpa plak Zulhilmi baru nak makan! Dia tgh tggu nak buat latihan kereta yg last before qti. Hehe aku teman dia makan smbil cita laa pengalaman aku. Wahh tgn aku ketaq beb! Lawak2 bukan aku kena marah pun! Zul  pun dah selesai makan aku tggu la Mama aku bila nak balik nie. Dkat 1/2 ajm baru Mama smpai tp dia kata nak rehat n minum2 sat penat. So dekat satu jam barulaa aku mula balik.

Ok sejam lepas tu kami smbung balik drive. Kali ini Mama ajar aku naik bukit plak! Bukit bagi pendapat aku laa senang ja n best! Macam nak naik roller coaster!WHEEE. Hahahaha. Aku buat 3 kali ja sudah okayy!
Kami pusin2 2 3 kali then aku punya sesi pun tamat dgn org IDI =(
Masalah aku tak byk cuma selalu silap masuk gear daa. Bak kata Mama dia kata tgn aku mcm Mas Idayu pengang mic masa nk pegang gear. Sbb tu suka silap gear,. Adoyy.

Akulah yg terawal sekali abeh latihan! Belum cukup jam aku dah abes sesi. Parking nanti aku akan sambung dgn org Pak Su. Abg Mail ajaq yg dalam litar Pak Harun plak jalan raya. Takpa orang Suria Agency baik2 =)
Soo setakat tu sahaja lah pengalaman pertama kau blajar kereta. Tak langgar apa2, excident pun takk. baguih dakk :))

ERM pasai visit aku ke Sakba nanti lah aku cita malas nak taip kot! hehehe. Sebagai penutup tirai meh layan video ini :)

cik shida dari parit
aku kenai dia dari 2 pupu aku :)
masih Khally. hahaha
LAYANNNN

P/S : hurmm aku tataw napa aku dah malas nak cita detail2. haha tgh takda idea :)
aku taw ada stalker yg duk mem baca nie. haha btw thanks to izzati mustafa n atiqah nganga kerana membaca walopon hmpa tadak blog! ;)

Tuesday, February 15, 2011

takut.terkejut.cabaran.sabar.teguh

Assalamualaikum!

Hari nie hari yg menakutkan bagiku.
Diganggu kaki botol aka anak MELAYU.
*aku mmg da nangis masa pegi ngadu kat Kak Ina n Kak Ti.
Thanks akak! Thanks to senior2 cashier and Uncle Kali.
Stella! U penyelamat i. Aku dah kecut perut, sejuk abih tgn2 masa pegi sorok kat tepi Stella. Duk stare org cam apa lagi.
Btw, aku selamat di dalam tapi takut kat luar.
Dengar cerita depa kuat berdendam!
Ya ALLAH jauhilah aku dari perkara2 keji.
Kau lindungilah aku dari sebarang malapetaka 
dan kuatkanlah Imanku.
Amin 



Aku taktaw apa kaitan lagu nie dgn post.!
tapi ini lagu kesukaan aku untuk tahun 2011.


P/S : mood : masih takut, terkejut.
agaknya hidup sendiri kat dunia campus lagi kuat cabarankan?

Thursday, February 10, 2011

proven::mata tidak pandai menipu::


Jawab jangan tak jawab!

Aha hari ni sy cuti sebab patutnya ada latihan kereta motor. Tapi motor ditunda ke esok hari
10.02.2011
Tapi itu cerita nanti2 lah malas nak cita pasal diri aku lagi :)

Ok back to the title selepas aku membaca buku ini

*hadiah anugerah time hari apresiasi 2010*

Aku berminat kat satu bab pasal, TIP 35

Sangat menarik untuk bibaca. Sebenarnya aku bukan ulat buku ye harap maklum :)
Lets begin....

Neuro Linguistic Programming (NLP)

PE KE BENDE TU?
NLP adalah  satu perkembangan terbesar sc dalam perkembangan manusia ni.
NLP kaji mcm mana fikiran kita ni berfungsi dan sewaktu dgnnya.
Aku google tadi ia adalah sebahagian drpd cabang Phisiotheraphy :)

Salah satu benda yg depa berjaya invent ialah GERAK MATA SESEORANG  dapat dibaca.
Benda alah nie guna prinsip 
*Bukan mata yg melihat, tetapi otak yg melihat* 
Teori ni masuk akal sbb apa yg kita lihat, semua akan dibawa ke otak utk tafsir. Kan? 
Nah tgk nie



dalam buku tu pun ada gambar serupa



nie tak best tgk sgt :P

Visual created aka mencipta imej
Bila kita cuba bayangkan sumting yg belum kita alami, contoh tgh berangan ka,
ataupun menipu! Mata akan bergerak ke kiri atas. Teknik nie slalu digunakan 
oleh polis penyiasat or peguam dalam sesi Q n A DI LOKAP ATAU MAHKAMAH

Visual remembered aka mengingati imej
Bila kita try nak ingat sesuatu fakta, lirik lagu yg penah dengar ka, bekas kekasih lama ka, maka
mata kita automatik akan bergerak ke kanan atas.

Auditory created aka mencipta bunyi
Apabila hampa try tanya Maher Zain macam mana bunyi lagu dia dalam Malay Version 
sudah pastilah mata dia akan bergerak ke kiri sisi. Bunyi tu tak ada dalam stor memori dia so dia akan cipta bunyi tu =P

Auditory remembered aka mengingati bunyi
Apabila Pak cik Halim masuk pertandingan Jagan Lupa Lirik, 
disaat dia tgh sedap2 menyanyi lagu Cinta Untuk Nabila by Melissa,
dan lirik pun hilang! Maka semasa Pak Cik Halim sedang memerah otaknya nak 
ingat balik kod kod lagu itu *takut anaknya kecewa
maka matanya akan bergerak ke kanan sisi. =D

Kinesthetic aka mengingati pergerakan
Ini melibatkan sentuhan atau pergerakan badan seseorang.
Misalnya cuba anda ingat cara cara nak menari poco poco?
Pikir lah sambil mata bergerak ke kanan bawah! xD

Auditory digital aka bercakap dgn diri sendiri *monolog dalaman*
Pakar NLP kaji jika seseorang sedang bercakap dalam hati maka matanya akan bergerak ke kiri bawah.
Lihat mata kawan sebelah kiri kanan depan belakang anda. 
Kalau mata dia ke kiri bawah maknanya dia sedang ckp dalam hati.
Kutuk diri anda or puji??? hahaha

Tamsilnya tip 35 tu habis sampai setakat ini shj. 
Menarik kan???
Kalau ya sila copy and paste ini dan letak dalam komen untuk entry ni.



*kalau boleh la, saja nak ngada2 sikit =D
haha mana bleh, tipu ja. Thumbs up to Dato, Dr. Hj Fadzilah Kamsah!!

Mata ada bahasa tersendiri.
Bertuahlah kepada mereka yg mengetahuinya.

P/S : sy bertuahlah. kan3???? hahahaha

Wednesday, February 9, 2011

8 hari pertama :)

Assalamualaikum!

HOLLA AMIGOS semua *tak ramai pun bukan semua baca :)
Mula2 skali aku nak minta maaf lah sbb tak smpat la nak
post entry yg ada unsur2 pengetahuan. Asyik2 pasai diri sendiri. 
Aku naik bosan! Huh ok2 berbalik kpd tajuk diatas :)
8 hari pertama :) bunyinya. Siap ada smiley lagi. hehe.
Hari apa tu? OPSS stop pikir yang tidak tidak =P
Sebenarnya aku nak cerita pasai 8 hari pertama aku bekerja di 
The Store Bkt Mertajam aka Summit BM.

Kepada yg bukan warga di Seberang Perai ini mungkin tak taw pasal Summit
ni yg sangat 'popular'! Popular kenapa??
Sbb dia adalah antara:

hub lepak popular di sbg perai
tmpat kaki samseng
port lepak
mini jakarta dan lain2 yg sewaktu
peratusan warganegara boleh dikatakan 30% 
(pekerja yg banyak Malaysian)

So sejak tetubuhnya Sunway Carnival Mall dan Jusco Aeon tu
Summit ni kira 'syurga beli belah' kepada
bukan rakyat Malaysia la!
Banyak kedai2 lot tutup beb kalo ada pun yg biasa2 ja.
Even McDonald dah tak ada yg tinggal pun KFC.
Satu lagi PAWAGAM pun TUTUP!
Yang ada Ampang Bowl tp itu terbesar kat Sbg Perai kot.

Jadi sudah semestinya lah semua org takut kalu dgq Summit ja 
"ee neraka tu", budak liaq ja ada", "summit sapa nak p"
Jadi lebih kurang ayat2 mcm tulah yg akan keluar even dari 
mulut aku sama gak. Manusia. 

TAPI,, aku gagahkan diri pegila jugak mintak sbb Mall nie paling dekat dan senang 
nak dpt public transport. Lagi pun aku dah biasa ngn Summit dulu kat Convent pun
balik ngn bus awam kena dtg sini sebab bus central ada di Summit.
Dipendekkan cerita aku minta kerja 30.1.2011
aku dpt PT promoter toys punya mula first day GONG XI FA CAI..

Jadi aku pun pegila kerja seawal jam 12.45 aku tiba.
Dah lappor2 diri aku p jumpa clerk nama Kak Yana. 
HR aku nama dia JB aka mr Jayabalan.
Huh at first aku ingat dia Muslim. Mcm mamak tu tp bila
tahu nama dia barulah aku taw sebenarnya dia Hindu. Tapi lebih kpd 
Sigh la aku tgk. Hensem walau botak ;P
Dia cool tp susah nak smbang kalau kita tak tegur.

My senior promoter ada dua. Kak Idah NGN Bobo.
Aku kenal Kak Idah dulu. Dia ok, sporting.
Bobo plak umur dalam lingkungan 45 macam tu.
Tapi dia Istimewa. Dia cacat percakapan sbb time kecik2 dia kena sawan 
lepas dia demam panas =(
Aku kasi tabik spring sama dia sebab dia walaupun begitu
sudah 10 TAHUN bersama The Store!! 

*Moralnya fizikal tak jadi penghalang kalau ROHANI KUAT*

Pastu aku pun mul start kerja kat atas sebelum ditukar ke bawah.
The first junior worker yg aku kenal ialah Lingeshwaran Krish

Lingesh:
Lelaki pertama aku kenal
Mula2 dia diam, just renung aku dari kaunter cashiernya shj :)
Cute face =P
Dia yg mula2 tolong aku hari pertama sbb ramai customer *thx lingesh!
Antara yg terapat!
Good looking, sweet, tak gatai, ramah, ringan tulang
Fan setia Chelsea * sorry bro, liverpool menang lah =P

Muguthan:
*aku tak pasti spelling name :P
Ex-highschool
Spectacle
Muka ala2 Mr Bean
Naturally dia lawak siot :) *walaupun dia ckp biasa2
Ramah lebih
Loyar buruk
Childish
LOQLAQ!

Rama:
Girl okay xD
Cute dgn saiznya yg kecil
Suara dia mcm Doremon
Baik, ramah :)

Girija:
Baik, ramah
Kadang2 over sikit
Nak perhatian = ='
Suka sembang dari buat kerja

Prakash :
Second day baru aku kenai dia la xP
Tinggi, sasa *body pack tuu
Muka manis
Dia agak romantic tp tak la gedik *naturally
Officially taken by Pravina :)

Pravina:
Sangat comel
Promoter electric software
Dia indian kristian
Belongs to Prakash. haha
Baik tp susah nak smbang sbb jauh sikit

Hariharan aka Harry:
Sepupu Lingesh
Loyar buruk 
Adik beradik Muguthan
Baik, ramah
Paling gelap :)

Ida:
Kenai hari ketiga :)
Igat dia dah kawin :P
Sama umoq!
Ex-guar perahu
Cantik natural
Tinggi bhai!
Tak sombong

Naim:
Ex-mengkuang
Lawak nak mati
Ramah
Mula kenai dgn sapa aku dari jauh smbil lmbai. haha!
Scandal zati?? yaka? haha
Baik
Boleh in ngn sapa2 ja
Abang cd.
Hari2 industan =______=

Kasturi:
Skema
Lembut
Tak mcm Girija *layan lelaki
Baik

Era:
Penanti-an xD
Woahh mmg byk ckp :)
Best, brutal
Easy going
Tak kisah ngn sapa2

Fifi:
Afifi dan dia lelaki :)
Bukan patah aa :)
Sepupu Era
Diam cikit ngn aku *malu kot
Skema looking
Berada 

Ikram:
Muka mcm Ikram Dinzly *serius
Ermm gatai sikit :/
Belum pernah cakap secara officialy. haha
Kawan skolah ida

Stella:
Senior cashier dr kami yg lepasan SPM
Happy go lucky
Suka cakap2
Studying Nursing
Admire dgn Lingesh :))
Sangat berterus terang

Aisyah:
Lepasan diploma
Baik
Suka sembang
Brutal Muslimah 

Kesimpulannya pasai kawan2 nie mostly semua cashier yg aku rapat. Sebab kawasan aku tu dkt LG.
Banyak cashier. Tak sunyi. Dkt ngn aku lak tmpat Naim. CD. tiap2 hari kalau tak lagu jiwang, mesti Mohabbatein ka, medley lagu2 hindustan ka, Mr bean tak pun. Aku smpai dah boleh hafal step2 menari kot! Bukannya lirik dah nari tuu =P Apa apa pun aku bersyukur la sbb dari duk dgq lagu raya cina ada la sikit lainnya. Tak macam promoter lain2.

Yang aku cita tadi tu hanya dua org ja cashier. NAIM dan PRAVINA. Lain lain cashier.
Aku bekerja 8 jam kalau tak full. 10 jam full.
Gaji sejam rm 3.80 
Cuti seminggu sekali * no sabtu ahad

Kerja aku nie jaga barang2 mainan! Dari yg untuk baby hinggalah ke umur yg layak bergelar budak budak :)
Selalunya customer aku bukan warga Malaysia +_+
Tak apa janji aku kerja dan halal! Best jugak bila ada yg nak test kereta tu.
Kena guna screw driver, gunting, buh bateri pastu try.
Robot la, mainan baby la. Macam2 la. Yeay kembali ke alam kanak2 ^^

Jaga bahagian ni kena sabar ngn budak2. Mak budak, bapak budak.
Kalau customer non- warga ni selalunya beli untuk dipos pulng ke tanah airnya. 
Macam2 jenis pelanggan aku jmpa. Paling tak brapa berkenan yg gatai.
Hello sy mau cari wang poket bukan nak cari laki daa.

Kerja kat sini kalau tak taham berdiri mmg jangan la kerja aku nasihatkan. Nak duduk tu agk payah. No handphone. baju tack in. Yang penting kena belajar!
Apa yg aku belajar sejak aku kerja sini ialah:
Kita kena tau manusia rambut sama hitam tp jenis lain2
Kena yg easy going, takleh pilih kawan
Yang penting janagn banyak kompelin!
Start everything from down. Don't expect too much.

Itu sahaja kot yg boleh aku kata pasai hari2 awal pekerjaanku ;)
Yang penting aku mesti kena ada kekuataan rohani kalau
nak terus kerja.

Salary is not the priority but the expirience is vital


P/S : aku suka entry dalam BM sbb aku anak Melayu. Jadi ikut suka aku. 
Maaf kalau bosan bg sesiapa yg membaca *penat
sgt bosan untuk dibaca so tak payah laa :)
sebagai kenangan ja aku post
Menulis untuk kepuasan diri disamping exercise jari :)
Post ini ambil masa 2 jam xD
last but not least avoid spelling error, rojak..
wasalam....




Thursday, February 3, 2011

hari pertama

Assalamualaikum.!

Tanggal 3 Februari 2011 bermulalah hari pertama aku sebagai PART TIME PROMOTER.
Haks! Ermm mua2 tuh aku excited, takot, gabra.
Aishh masuk2 ja Kak Ida promoter aku tu sibuk.
Mai2 ja da ada customer.

OPSS aku keja kat bahagian TOYS brand PALMAJAYA aka PJ.
Haha aku tadi dah juai mini laptop, tedy bear, mainan2, control car.
Siap berskru2 lagi la.. Adoiii! Agak gabra aah.!
Seb bek dak yang sama umo berlungguk. Tapi area2 aku banyak india. 
Serious depa gila2 nak mati.

Erm aku knai dak Mengkuang. Kawan Nad nama dia Naim.
Besh kawan sama dia. Muka da iras2 Zulhilmi tapi hensem lagi =___=
Wakakaka! Urgh baru ja balik koje aku tak penat tapi lenguh kaki.
Mai aii sok aku full 10-10 kot!
Mati kaki aku keras kat citu :D

Ermm kawan2 perempuan, stakat kakak2 tu bleh laa tak leh nak 
masuk ngan otak remaja aku nih. Hehehe.
Aku kawan ngn dua org nie, Amani ngn Adibah.
ex-Penanti. Tua setaun dari aku :P

Perghh sakit kaki ngoi.!
Ya Allah semoga kau memberkati segala pekerjaan yang telah aku lakukan.
Permudahkanlah jalanku, terangilah hari hariku.
Semoga aku selalu mendapat keberkatan dalam 
segala pekerjaanku.
Lapangkanlah hatiku Ya Allah.

Amin amin Ya Rabbal 'A lamin