mereka

Sunday, December 23, 2012

Same boat, different cabin

Bismillah..
Assalamualaikum wbt,

phewww! Its been awhile I'm missing from ''alam maya''. Lots of experience trough the whole week.

Back to normal.

Kadang- kadang, hati selalu cakap bila dapat SMS kawan,

'Urgh ruginya program best, boleh kutip pengalaman ni, tapi tak boleh pi, dah janji dengan mak.'

'Ala hari tu Abah nak p mana tah, tak boleh lagi.'

Bla3 and sort of. Tapi bila fikir balik, takpa- takpa, dahulukan yang mana lebih aula, dah janji tak baik mungkiri. Berbakti pada keluarga. Parents come first, as long as it doesn't go against the Undivine Law (nak bg sedap hati, tp btul jgk kan?).

**************************************************

KENDURI PERTAMA

Lepas zohor tadi kami satu family pun gerak naik kereta, padahal kenduri satu taman jugak, alah dekat sangat, tpai sebab last stop nanti nak p Bertam, jadi terus jela naik kereta.

Suasana, pandang keliling, sederhana,biasa- biasa aja. Mungkin sebab jam pun dah gerak ke angka 3.00 petang. Tuan rumah pun buat sederhana, jemputan tak ramai,khemah pun ada dua saja.

Senyum segaris, alhamdulillah sejuk mata tengok pengantin tak pakai 'over'. Harap- harap aku pun macam tu nanti. Follow the right track.Aminnn.

Tengah makan- makan, mak sembang dengan makcik yang duduk sebelahku, bau- bau bacang jugak. Tengok anak perempuannya, macam pernah tgk tapi kat mana yer??

Hurmm, ok otak tak boleh proses, bahana cuti panjang (cuti jadi mangsa).

Tup- tup, adik tu tanya mak aku, 

''Tu Kak Nab kan makcik?"

Sah. Sah junior aku. Takda sapa selain family SAKBA kenal aku dengan nama tu, adik batch SWAT, Delphinus lagi! Tapi malangnya, aku lupa nama dia, n lupa nak tanya (lupa ke malu?). Sori dik,apa punya KA la :/

Lepas tu tunggu lagi, rancak pulak aku borak tanya khabar, result PMR bla3. Alhamdulillah, smoga korang jadi 'pejuang Islam yang berguna' one day. :)

Abah dah bagi sign, salam2 dan chou, next stop rumah Tok Su.

KENDURI KEDUA

Rumah Tok Su, bukan nenek saudaraku, bukan ada pertalian darah, hanya jiran 40 buah rumah, saudara seIslam. Abah pun kenal baik dengan suaminya.

Dari jauh aku intai,

'Wah meriah, ramainya orang..ehh.'

Aku follow belakang mak n abah, jumpa Tok Su dan kaum- kaum Hawa disitu. Tangan Tok Su disalam, bersama- sama mereka yang tak ku kenal.

Senyum lebar. 'Waitress nya semua bertudung labuh. Kaum Adam pula di bahagian mencuci pinggan, jadi tak bercampur tugasnya. Sistematik. Caterer yang mengamalkan Islma di mana- mana. Cool, Islam itu memang cool pun.

Lagu yang dipasang sekadar menjadikan majlis tidak suram. Ingat lagi bait- bait ayat IM Hassan, semasa di majlis perkahwinannya, lagu- lagu yang selayaknya dipasang untuk tidak menjadikan majlis itu suram.

''Biar majlis kita ringkas tetapi tidak terlalu ringkas sehingga sunyi sepi dan jangan pula terlalu 'over' hingga mencampuradukkan perkara haram seperti persembahan nyanyian yang tidak menepati syara,''- IM Hassan.

Sumpah best, susah nak dapat suasana gini kat Penang (mungkin aku yang jarang jumpa). Pengantin pun, lagi sejuk mata memandang, walaupun majlis kenduri yang kedua ni nampak lebih meriah, jemputannya pun lebih ramai, khemah terpasang, aku kira dalam 4 jugaklah.

Semoga Allah redha, nak mcm ni jugak la,haha.

Tak makan nasi, ais krim yang aku ambil, Muslim produk lagi ^_^

Tak lama kemudian, last stop, rumah Acu ?(sedara sebelah mak)

KENDURI KETIGA

Cari punya cari, baru jumpa, tepi highway rupanya.

Dewan Pavilion, Kepala Batas.

Belum jejak kaki ke tanah, hati dah detik,

'Cantik dewan ni, mesti sewa pun cantik jugak.'

Sejurus melangkah masuk ke arah majlis, telinga dihidang dengan suara 'makcik- makcik', mendendangkan lagu 60-an. Alahai bingit telinga, bukan sebab tak sedap suara, hati aku yang tak sedap mendengar.

'Pertandingan menyanyi? Sempena majlis kenduri kahwin? Apa tujuan?'

Dah jumpa tuan rumah, sekian- sekian jumpa sepupuku dan Maksu, ibunya. Maksu membawa kami ke dalam dewan. Tetamu dah kelihatan menyurut, jam pun menginjak ke angka 4.00 petang, patut dah tak ramai.

Masuk ke dewan, mata terpesona melihati dekorasi hiasan dewan. Cantik, pandai juru hiasnya, gabungan hijau putih, cerah mata memandang :)

Mata terfokus ke arah pentas, cantik pelamin, cantik kek bertingkta cantik mempelai tapi..

Senyuman kendur. Semuanya memang cantik dari keadaan dewan itu sendiri sehinggalah ke hiasan meja tetamu, cumanya yang kulihat keindahan pengantin perempuan itu terlebih sudah. 

Sayang sekali kerana kecantikannya untuk paparan semua, walaupun bertudung tapi masih belum cukup kuota sebenar aurat wanita. 

Insan yang melihat, berfikir dan menulis ini lebih dekat dari yang membaca, semoga aku sentiasa berada dalam perlindunganNya. Semoga akan sentiasa ada menarik dan meletakkan aku di landasan sebenar di kala aku lupa nanti. Aminnn! (kenapa 'indah' sgt bahasa ni)

Semoga satu hari nanti Allah bukakan mati hati mereka tentang Islam tu seluas- luasnya. Takkan nak amal separuh- separuh kan, tak cantik langsung.

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” 

 (al-Baqarah : 208)

Teringat status fb seorang teman, ibrah itu ada di mana- mana, terpulang pada diri masing- masing nak cari ke tidak!

Panjang pulak celoteh ni, lama jari dan minda tidak berganding bahu, macam ni la jadinya.

Konklusi dari cerita di atas, aku telah hadiri ke tiga buah majlis, yang tujuannya adalah sama, namun pelaksanaan dan jalan ceritanya sedikit berbeza.

They are in the same boat, but different in cabin.  






Wednesday, December 12, 2012

Pendidikan vs Islam


Gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati ditengah- tengah. Peribahasa yang tepat sekali menggambarkan situasi negeri kesayangan saya, tempat lahir diri ini juga seisi keluarga.

Pulau Pinang. 

Apa yang cuba saya lontarkan, terlebih dahulu 10 jari disusun keapa siapa yang membaca andai tulisan ini menimbulkan rasa senak di perut anda. I never ask anyone to agree with it, it just a perspective from my side, a slave of Allah SWT. Away from your laptop if you hate this, thank you :)
  
Benar kata orang, jauh berjalan luas pengetahuan. Minda lebih terbuka. Kita tidak akan belajar sesuatu jika masih ditakuk lama, dan pelbagai ibrah boleh digali dari tempat asing. 

Penghijrahan sementara saya ke Petaling Jaya sebagai mahasiswa membuat minda saya lebih terbuka, terbuka untuk menyelami isu berkenaan Islam. Baik di Malaysia atau seantero dunia. 

Berbalik kepada isu sekularime, ingin saya tekankan bahawa diri ini dididik selama lebih kurang 9 tahun di sekolah sekular.  Darilah budak hingusan darjah 1 hingga ke tingkatan 4. Apa yang dikatakan dengan sekularnya disini? 

Memang semua maklum dasar pendidikan di Malaysia (tak ingat dalam Sejarah SPM ada belajar) memisahkan pendidikan agama dan pendidikan teras. Soal negara berbilang kaum sepatutnya tidak timbul kerana pada pandangan saya jika sekolah beraliran Cina dan Tamil boleh membawa system pendidikan dari negara asal mereka mengapa anak Melayu Islam tidak ditekankan pendidikan agama sejak dari kecil? 

Kalau dilihat di Pulau Pinang pada pandangan mata kasar saya sendiri wabak sosial yang menular dalam kalangan masyarakat di sini berpokok pangkal dari kurangnya didikan agama. 

Contoh paling mudah saya mempunyai saudara yang tinggal di kawasan perindurstrian Mak Mandin (belajar Geografi dulu), di kawasan kejiranan rumah hijau Mak Mandin yang rata- rata penduduknya masih dalam kelompok kemiskinan adalah orang Melayu yang agamanya ialah ISLAM. 

 *salah satu view kwsn Mak Mandin* [kredit]

Kesempitan hidup, anak- anak terabai, mengharapkan bantuan kerajaan, pendidikan yang hanya mengharapkan guru- guru membimbing anak- anak tanpa kelas tuisyen tambahan, pendidikan agama sekadar menghantar anak- anak mengaji di masjid atau mana- mana tok guru asalkan al- Quran habis dibaca. Hanya itu sahaja. Salah siapakah anak- anak ini rosak? 

Ibu bapa? Mungkin jika dilihat dengan mata kasar ibu bapa sememangnya memainkan peranan yang paling penting dalam membentuk jati diri anak- anak dalam menjadikan mereka permata yang berguna.
Akan tetapi jika dilihat dalam skop di atas, faktor kemiskinan lebih mendominasi yang menyebabkan semuana berkait. Kemungkinan besar masa ibu bapa bersama anak- anak tidak banyak kerana mereka bertungkus- lumus bekerja bagi mendapatkan wang demi menyara keluarga.

Persepsi ibu bapa begini selalunya mengharapkan guru- guru di sekolah untuk membentuk peribadi anak- anak mereka. Maaf ini bukan fakta tepat tetapi inilah realiti yang selalu saya lihat sendiri. Keluarga di sebelah ayah saya dahulunya membesar di situ namun situasi zaman ‘P Ramlee’ tidak sama dengan sekarang. 

Oh apakah kena-mengena isu di atas dengan sekular? Pulau Pinang? Tujuan saya menulis di sini ialah hanya ingin melontarkan buah fikiran yang selama ini saya asyik terfikir, 

“Kenapa orang Islam di  Penang mandom agama?”

“Kenapa Penang ini ibarat ‘Singapura kedua?’’ 

Dan sewaktu dengannya.

Bebalik kepada sejarah pendidikan saya, jelas sekali latar belakang pendidikan saya hanyalah bertumpu pada akademik semata- mata. Jumlah SMKA di Pulau Pinang hanyalah 4 kalau tidak silap ( SMKA Al-Irshad, SMKA Nibong Tebal, SMKA Al-Masyhoor Lelaki & Perempuan).

Jumlah Sekolah Agama rakyat tidak pasti bilangannya namun institusi ini tidaklah sehebat di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu. Saya tidak ingin bercakap mengenai politik tetapi ingin saya ambil contoh negeri yang digelar serambi Mekah, Kelantan Darul Naim. Umum sedia maklum jumlah Maahad dan Sekolah Beraliran Agama bertebaran di muka bumi negeri bertuah itu tidak terkira. 

Contoh lagi satu negeri jirannya, Terengganu juga tidak ketinggalan. Terdapat juga sekolah agama, tahfiz yang diselia oleh Kerajaan Negeri itu sendiri. Ilmu agama diajar di serata kawasan dari peringkat rendah hingga ke menengah tanpa memisahkan ilmu dunia dan akhirat. Buktinya ramai anak- anak negeri ini yang rata-ratanya dari kalangan anak Melayu Islam Berjaya di peringkat lebih tinggi. Malahan di tempat saya belajar sendiri anak Timur ini memang menguasai kampus. 

Kenapa ini tidak boleh dilaksanakan di Pulau Pinang? 

Jawapan mudah minda saya beri- kerana Penang ditadbir oleh bukan Islam. Tolak isu politik kerana semasa zaman BN pegang dahulu Ketua Menteri Pulau Pinang ialah Tan Sri Koh Tsu Kun, MCA. Apa bezanya dengan DAP? 

Mana orang Islam? Islam tidak dapat ditegakkan melainkan dengan kuasa, dalam konteks kuasa di sini tanpa adanya kuasa untuk memerintah, Islam tak dapat ditegakkan. Maaf jika berbau politik disitu tetapi itulah hakikat. 

Berbalik pada diri sendiri, kesedaran itu penting. Nak ubah sesuatu perlu bermula dengan diri sendiri dahulu. Bagaimana nak tegakkan kembali khilafah Islam yang sudah lenyap dari muka bumi itu bermula dari fardhu muslim atau dalam bahasa Melayunya INDIVIDU MUSLIM. 

Berubah secara perlahan- lahan, ubah diri kita dahulu. Dekatkan diri dengan agama barulah Islam dapat ditegakkan. Mungkin agak janggal bagi mereka yang sudah lama kenal saya, bagaimana penulisan saya menjadi begitu sarkastik hari ini kerana pandangan saya kadangkala kita perlu keluar dari zon selesa. Kadang- kadang kena jadi ‘garang’ untuk kesedaran bersama. 

Saya sendiri mempunyai ramai rakan yang beragama Budha, Hindu mahupun Kritian malahan rakan baik sewaktu di tingkatan 1 hingga 4 merupakan seorang gadis Cina Kristian. Tidak ada salah untuk berkawan dengan mereka namun kekalkan prinsip kita sebagai orang Islam, itu apa yang saya belajar. 

Its easy to say but its hard to change, bu do change and improve our quality! For Islam! 

~Pulau Pinang memang kata asset. Jambatannya bakal menyusul yang kedua. Tempat peranginan bertaraf dunia. Pusat perniagaan seperti ‘KL kedua’ tapir oh Islamnya masih tahap biasa, realiti atau fantasi? 

~Jom teguhkan Islam semula, kalau kita tak sedar bila lagi Islam nak tertegak?

*Maaf untuk ketelanjuran kata, hanya bingkisan semata- mata, punya ‘point’ bagi yang membaca, membaca dengan mata jiwa. Hasil karya juga untuk pedoman diri yang selalu leka.

PEACE ^_^

 

Wednesday, December 5, 2012

wrecked!

Bismillah..
Assalamualaikum, salam malam hari..


HEART BROKEN. YES. NOT BECAUSE OF LOVE!

Aku 'kering ilmu', rindukan ilmu. Ya buku memang banyak. Tak sama tarbiyyah tanpa seorang murabbi. Tak sama rasa 'down' tanpa ada teman di sisi. Sebab Allah akan hantar nasihat melalui mereka. 

Cuti yang lama memang sangat- sangat menduga bila tidak terikat dengan mana- mana kontrak tetap. Kalau di universiti sekarang bolehlah dilabel 'kontrak dengan lectures', by hook or by crook kena pergi jugak kelas. Hakikatnya memang nampak terpaksa, tetapi masa tidak terasa begitu murah dek kerana hati di isi dengan ilmu. Ilmu dunia, ilmu bekalan ke sana.

Ya aku rindu suasana kampus, aku rindu jugak zaman sekolah. Hargailah masa belajar anda.

Seronok bukan sebab dapat melepak dengan kawan, yang itu bonus. Mungkin hakikat aku memang tidak betah duduk diam. Bila tak da kerja produktiviti, prestasi mula turun. Cas- cas positif semua habis, diganti dengan cas- cas negatif, yang sumbernya entah dari mana, datang 'diserap' begitu sahaja,

WAKE UP!!!!!

Ya Allah tolong sedarkan hambaMu yang lemah ini. Hakikatnya aku tak sempurna :'(
Bangunkan aku Ya Allah.

HARAPAN CERAH

IKOD di Kuantan. Senyum, bersinar harapan, tapi kesian kat Mak, aku kena jaga adik, kondisi kewangan pun tak stabil. Masih ada berbaki tapi minggu depan ada 'program wajib', mahu ke Shah Alam lagi, kalau tak pergi susah, orang mengharapkan pertolongan, janji tak baik dimungkir. Nehi- nehi.

Buntu.

Allah, berikan aku 'jalan keluar'. Show me the way. No one can help but you!
Tenang hati tenang, aku rasa macam ada ribut taufan dalam dada ni, kalah tsunami 2006.

 *aminnn*

UP UP! SEMANGAT! CHAIYOK!!!! UJIAN HIDUP SEBENAR TAK SELALU ADA PELANGI KAN :3


Maaf kepada sesiapa yang baca, tiba- tiba mood menulis terlari dari landasan.
hakikatnya kita manusia yang tidak lari dari fitrah asal, suka mengeluh. Doakan aku kuat dalam 'suasana mencabar di mana cas- cas positif tidak setanding di kampus'.

Tuesday, December 4, 2012

Versus

Bismillah..

Dell Inspiron 1420 dihidupkan, broaband disambung. Mozilla Firefox, 'click', Facebook, Sign In. Scroll atas ke bawah, tab demi tab.

'Bestnya tengok, semua tudung labuh dalam family dia.'

'Hebatlah, semua satu geng hafal quran.'

'Mantap dia jawab, orang hebat la katakan.'

STALK????

********************************************************

Bukannya stalk, tapi lebih kepada 'refresh' diri. Cuti yang panjang iman kena 'cas' lebih. Kalau tak parah hidup.

VERSUS terjadi lagi. Hati aku 'bercakap' lagi. Susah untuk aku 'berlari' atau berjalan tanpa tersasar dari landasan. Sakit, sebab bila jatuh memang kena bangun sendiri. Sakit yang lukanya darah tak nampak.

'Semakin aku belajar semakin aku rasa bodoh.'

Teringat kata- kata di atas yang di post pada Facebook oleh seorang sahabat.

'Jentik hati tu sikit.'

Senyum, aku suka ayat tu, syukran Balqis, walaupun dia tak baca kena selalu ucap terima kasih!

Dulu aku suka tertanya- tanya, kenapa aku tak ada abang? Kenapa Allah tak bagi aku kakak? Aku nak ada orang jadi 'penasihat' aku, nak orang jadi 'pendengar' aku, boleh kongsi apa saja. Bukanlah bermakna kehadiran ibu bapa itu tak da makna, ibu bapa lain zaman dengan kita, mungkin lain cara pemikiran.

Adik? Jarak umur 5 tahun yang begitu jauh agak menyukarkan untuk berkomunikasi dari hati ke hati.
TAPI! Aku berusaha sedaya upaya menjadi kakak yang terbaik buat adik- adik aku. Biarlah aku berkorban, asal adik- adik jadi anak soleh untuk mak dengan abah. Marah sebab sayang.

Tapi aku masih tak puas hati! Kenapa aku tak ada kakak atau abang? Fitrah manusia, tak pernah bersyukur dengan apa yang ada. Allahu rabbi, selalu bila soalan ni hinggap di tangkai hati, aku cuba halau ia jauh- jauh.

Allah Maha Mengetahui, satu hari Dia akan bagi yang lebih baik.

USRAH

Dulu masa zaman di SMSKB bagi aku benda ni 'biasa- biasa'. Untuk isi masa lapang, untuk ingatkan balik ke pangkal jalan. Jadi kak naqibah, naqibah pun, tak da arah tujuan time tu.

Jadi naqibah atas dasar tolong sahabat.

Jadi naqibah sebab peraturan waktu tu ( BKP kena lead usrah ).

Nawaitu bukan sebab Islam, Bukan sebab Pencipta, jadi rasa manis usrah tu tak ada. ZERO.

Zaman Sem 1 di CFSIIUM. Mencari- cari usrah. Sebab? Hati rasa KOSONG! Terus terang katakan kalau tidak kerana usrah, kalau tidak kerana MEDCY aku memang rasa aku salah pilih jalan. Salah pilih ke UIA, salah salah salah. Itu bukan tempat aku.

Alhamdulillah Allah bukak hati, Allah tunjuk jalan, semua Allah yang susun.


Dan, aku rindu usrah ku dulu.....
 

LESS IS MORE, KADANG- KADANG DIAM ITU LEBIH BAIK

Aku lebih suka kerja daripada petah berkata- kata. Sebab aku yakin ilmu aku tidaklah setanding mana. Apa yang kita ucapkan melambangkan tahap ilmu kita dan tidak bermakna aku takut. Tidak cuma aku masih jauh lagi, sedang belajar dan terus belajar.

Ibaratnya seseorang yang baru jatuh, ketika saat ini aku sedang 'bertatih'. Bertatih dan jatuh, bangun semula, dan mula lagi.

Tabik aku dengan kawan- kawan yang 'luar berisi dalam pun terisi', moga one fine day I'll be the same as them, aminnn.

JADI DIRI SENDIRI LEBIH MULIA DARI JADI ORANG LAIN

Tolonglah, jangan hipokrit pada diri, jadilah semampu kamu, belajar perlahan- lahan, lama kelamaan kamu akn berubah, tanpa kamu sedari.

Cerita benar, ada hamba Allah tu asalnya hanya bertudung biasa, 45' tu makanannya. Selendang pun juga, tp prinsipnya satu, walaupun kecik asalkan bahagian dada ditutupi. Apabila suasana bi'ah solehah di kampus diselusuri, berkat doa dan dorongan rakan sebilik yang asas agama juga kukuh sejak dari sekolah menengah, perlahan- lahan hamba Allah itu beralih ke 50'. Semakin diminati, inner tudung juga wajib dipakai jika tudungnya jarang, selendang- selandang pendek juga sudah tidak dipakai. Yang tinggal hanya pashmina labuh dan tidak tembus. 

Satu hari sebelum ke kelas,

''Awak, saya rasa nak cuba la tudung 60' awak, nampak sweet je, lagipun jenis bawalkan, tapi saya tak berani la, takut tak leh nak biasakan, nanti hipokrit la namanya.'' 

Alhamdulillah syukur Allah dah buka pintu hati sahabatnya.

''Tak pe la pelan- pelan. Awak cuba dulu sehari, pendekkan sikit, bagi nampak macam 50', nanti lama- lama jadi biasa, terus tak nak tinggal." Tukas si 'roomate'nya.

"Tapi, boleh ke saya pakai, dahla saya ni bukan macam awak, awak lain la dulu sekolah agama." Teragak- agak dia mahu mencuba.

"Sape cakap tudung labuh tu budak sekolah agama je pakai? Banyak je budak sekolah agama pakai tudung biasa, tudung labuh tu sebab kena pakai kat sekolah je, tak pe tak da salah pun, bagusla ikut syariat, melabuhkan tudung. Bukannya awak pakai jilbab, memang meletup la tetiba awak terus pakai jilbab, nak berubah boleh drastik, tapi mampu ke kita istiqamah? Yang terbaiknya cuba pelan- pelan." Santai si sahabat menjawab mesra.

Dan mulai saat itu dia mencuba, dan lama- lama mula meminjam dan sekarang sudah tetap memakai bawal 60'. Alhamdulillah semoga terus istiqamah. Dia bukan buat salah pun kan?

VERSUS, PERCANGGAHAN 'DALAMAN'

Ya aku akui versus sentiasa terjadi dalam diri insan yang lemah lagi sedang belajar ini. Aku pohon doa rakan- rakan semoga aku sentiasa TETAP DI JALANNYA. PRAY FOR ME =)

Saya mungkin berubah sedikit demi sedikit tapi saya tetap insan yang sama, kawan- kawan tak pernah berubah! Baik buruk kamu aku tetap sayang semua! Baik di SAKBA, CBM, CFS dan semua!!

SERU!!

Pinjam kata- kata Hlovate, novelis terkenal yang amat aku kagumi. Di dalam bukunya, Versus :-

Buat 'awak' yang mahu berubah,
Berubahlah walaupun PAYAH,
Berubahlah walaupun payah,
Berubahlah ke arah hidup yang LEBIH INDAH,
Hidup dan masa muda SEKALI CUMA,
Sanggup nak sia- siakan tanpa redha-Nya?

Changing isn't not about your dressing, but it is about your deeds.

Berubah itu macam teori DOMINO, apabila kita mula ubah sikap, hal- hal akhlak, muamalat dan selebihnya akan 'ikut' dengan sendirinya :D
*hahahaha gelak tgk lukisan org 'pandai' seni, yg penting sampai maksud, SELUAR is suitable for those who are very active, taktaw duduk diam ;D*

The author is still the teen who loves sport very much! :P

Sunday, December 2, 2012

LOVE?

"Life is like a spinning wheels. once u're on top, the potential for u to go down is high. And once u're at the bottom, the potential for u to go up is high again. It's vice versa"


Assalamualaikum wbt,,
that quotation I take from my previous entry which was about a year ago, entry about my SPM result if I'm not mistaken. Well currently I'm posting in English, why?

Because it was long time I've never use this second language on this blog. Forgive my grammatical error, never practicing it at all but at least I'm trying to make it as a habit, Insha Allah.

Talking about life we never know what will happen to us in future. Yes we may plan, but He will decide it for us. 

BUT! Please never bear in mind to have this kind of perception.

"I'm still young, just go with the flow, I'm just want freedom and be happy all the time."

But yet that's not what Allah will give to us. Happiness all the time, enjoy the life without seeking the wisdom of the creation.

Based on my own experience, I do have a lots story. Being in 'monkey-love-to-be', gossiping etc. Well it was quite fun but when I refresh my memory back to the pass, probably I'll say that was stupid me before. Allah is Great when planning our fate.

MONKEY LOVE   

It was so embarrassing when I sat down and think about that, it is not truly love yet but it was going-to-be. It can be labelled as "teman tapi mesra" in Malay. Alhamdulillah since I was in CBM before I've my own principle "no couple before SPM". Thus the 'relation' turn out to be ''TTM''. I've never have a date in class, met  together without any accompany, Alhamdulillah He still love me :)

But everything turns out to be up side down. It is not because of the 'third person' or what so ever. It is because of my own feeling. Nearly to the biggest examination on final year SPM, my heart bounced.

'Betul ka apa yang aku buat ni? Lepas SPM terus ada 'relationship'.

Its not about getting marreid or engaged for Allah sake, its a 'relationship' between teenagers nowadays. I keep on thinking and thinking and thinking and thinking.
My heart was not like before, I feel like I just woke up from dream, becoming the old me. Day by day I've thinking about the pros and cons of being 'in a relationship' or the easy word- COUPLE!

Finally I've made up my mind, it was about the last day before we end our SPM, few days before Biology if I'm not mistaken, Ive made up my mind, after the last paper, I'm gonna have 'big conversation' to end what I've start.

Yeah it my fault too. 'Hand will not clap without the other one' (lol :P)

I text him a message that night, saying that I'm not in the mood of chatting, just advising him to focus on last paper. I don't want to ruin the exam mood so I just said that everything was okay.

I WAS YOU STARTED, FACE THE CONSEQUENCES

Apparently after SPM we're having backpacking to my friends house at Chemor. One night I start to have a 'press conference' via SMS, explaining about everything. I kept on apologize because I know it was me who start it first. If time can be turn back..

Yes I am a criminal.

Breaking people's heart. Putting on hope. Bla bla bla but I don't' want to mess up more. I don't think it can be work out good, I feel that I'm cheating myself, my parents. Plus we never know what will happen soon. Before it turn to be serious, I better stop it.

TIME WILL RECOVER

Day passed, a few months later everything went okay. To be honest I never contact him for quite a long time. I don't want to make the situation harder and Alhamdulillah He answers my du'a :) 

As I turn to be one of the UIA-ers my friend choose to further his studies in matriculation. The SPM result for my was just- Alhamdulillah though it was not straight A's, but I felt a bit guilty for his result. But He know BEST! Being in CENFOS has taught me a lot about the
'REAL LIFE AS A TRUE MUSLIM'

My friend turn to be one of the top students in matriculation, if I'm not mistaken he got 4 Flat for his final! Congratulations, now furthering his study in Engineering in one of the most top University in Malaysia, I'm proud to hear that.

AVOID WHILE THERE'S A CHANCE

My point is not the 'success' that we both gain now but I would like to say that please don't get involve such a waste thing. As we know in Islam there's no such a law for couple of 'Islamic couple'. Forget about all 'lagha' that can drag you to sins. 

'Do not draw near to fornication, for it is an indecency, and its way is evil' (al- Isra' : 32)

Yes we're not practicing fornication but we are on the track of being near to it, na'uzubillahi minn zalik.

Experience is the best teacher.

I love writing, hoping that what I've write will make me nearer to Allah.

I ain't perfect yet trying my best to be the best, Isha Allah.

Lets pray Allah will give us 'husnul khatimah'- the good ending of life.

STOP finding for your love illegally but never stop to seek HIS LOVE.



 

Friday, November 30, 2012

Bi'ah Solehah di rumah?

Bismillah.. Assalamualaikum wbt, selamat malam! 

Jam di skrin laptop menunjukkan lagi 44 minit akan masuk hari yang seterusnya, 30 Nov 2012. Bermakna bulan November bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Bermakna sudah sebulan 4 hari aku memegang title sebagai 'part time housewife'. Tinggal lebih kurang sebulan lebih saki baki masa untuk berada di rumah.

So apalagi? Jom refleks diri. Apakah sumbang bakti yang telah aku lakukan di rumah? Sebagai anak, sebagai kakak?

Fikir.. fikir.. fikir.... Errrrrrrrrrr

Stop. Memang tak banyak mana, kalau buat check list, apa ja sangat. Jaga rumah, sapu lantai, basuh baju, sidai (kadang- kadang Nabil yang sidai), masak ala- ala orang bujang, 'jaga' adik dua orang tu dannn apakah???

Tu saja? Ye la kot, setakat nih.

Tadi lepas garib(maghrib) nak ambik al- Quran Pink aku tengok Nadzim kat depan.

"Dah smayang ka Ajim?" Soal aku pendek.

"Dah." Dia jawab pendek jugak.

Fikiran melayang......

"Ajim jom kita baca Juz 'amma, p ambik, kak tunggu kat depan." Lagak dah macam polis nak 'interview' banduan.

Dan 'pengajian' pun bermula. Nabil aku tengok dah habis, aku dengan 'dengki'nya menyuruh dia buat latihan PMR yang aku bagi semalam, still ada yang belum habis. 

*******************************************************

Usai 'pengajian' aku suruh adik aku bersiap, mak dah tunggu kat rumah Maksu. Maksu tinggal satu taman denganku.

Minda aku bertanya lagi, kalau aku mula mengajar adikku sebulan yang lalu mesti dah habis dia ngaji kan? Boleh la 'tolong' mak abah. Dapat jugak 'saham' kat aku, inshaAllah (tajdid niat).

Point aku kat sini is tak semestinya kita nak tunggu mak bapak kita baru kita nak bertindak. Kalau benda betul, kita mampu buat sendiri, apa salahnya kan? Dan aku rasa rugi sangat- sangat sebab dah sebulan aku cuti sekarang baru terpikir nak buat, alhamdulillah Allah masih bagi aku masa.

Aku tak mau jadi pandai sorang- sorang. Aku tak mau jadi 'baik' sorang- sorang, dan aku tak mau 'tolong mak abah' sorang- sorang. 

Dia akan soal jugak tanggungjawab aku sebagai kakak satu masa nanti. Apa yang aku dah buat utk 'tolong' adik-adik aku?

Bi'ah solehah. 

Selalu sangat graduan UIA dok sebut. Buat teman- teman bukan UIAM, Bi'ah solehah ni ialah suasana yang terbina hasil pentarbiyahan Islam dan juga praktikal amal Islam yang disebatikan dengan kehidupan seharian. Kempen Bi'ah Solehah (BSC)yang dikelola oleh badan tertinggi di CFSIIUM tak lain tak bukan FSCC in-colaboration dengan society- society lain kat sana.

Ok fullstop pasal definisi bi'ah solehah, rasanya semua faham kan.Rasanya program BSC yang saban tahun tu boleh dikatakan berkesan jugak di bumi CFS, tapi dari sudut praktikalnya masih boleh di'edit' dan diperbaiki.

Persoalan yang otak aku 'generatekan' ialah bagaimana/sejauh mana kempen tu berkesan sehingga mampu dibawa ke suasan luar kampus, dan kata mudah di rumah kita sendiri?

Senang untuk mereka yang dilahirkan dalam keluarga 'benar- benar Muslim'. Apa yang aku nak kata, bukan senang untuk aplikasi pada sebuah keluarga yang 'biasa- biasa saja'. Bukan senang tapi boleh, cuma 'pengorbanan dah usaha' lebih dari orang lain.

Jujur aku katakan duduk di rumah dengan kondisi tidak 'sekental' di kampus memang senang nak goyah pendirian. Segala benda yang kita 'tanam' sebelum cuti susah untuk aplikasi 100% di rumah. Maka beruntunglah mereka yang dilahirkan dalam 'baitul muslim'.

JANGAN MENGALAH

Aku banyak muhasabah diri sorang- sorang sebelum tidur. Ya kita memang perlu muhasabah diri. Bagusnya Allah jadikan aku susah untuk tidur malam, masa yang sangat pelik. Pelik kerana otak aku sangat aktif 'berfikir' pada waktu malam. Sebab tu banyak entri aku buat waktu malam T.T

Jenuh aku fikirkan, aku putuskan untuk tidak bekerja sepanjang cuti ini, inshaAllah aku tolong mak buat dadih dan hantar ke kedai- kedai. Dulu masa zaman aku tingkatan 5 mak aku 'aktif' berniaga kecil- kecilan. Bolehla, tak banyak mana tak dapat la lepas duit poket. Yang penting yakin rezeki itu datang dari Dia.

InshaAllah saki baki cuti yang tak seberapa banyak aku nak tolong 'mangsa PMR dan SPM' tahun depan. Adik dan sepupu aku. Ajar yang kecik skali tu mengaji. Lepas dah timbang tara, mungkin tak perlu kerja kot. Dengan 'homework' society yang belum habis dibuat, surat- surat sponsor yang nak dilancar lagi. So tak payah la nak kerja. Banyak lagi 'kerja' yang perlukan khidmat aku.

Semoga Allah redha. 
Semoga apa yang aku hajatkan mampu aku lakukan.
Tangan yang menaip itu lebih dekat dari tangan yang membaca.

Mohon doa kawan- kawan.

Peace!

 *walau kami suka gaduh aku tetap kakak, depa tetap adik*
*KAMI TETAP SAUDARA*

I'm moderate. I do what I think the best, what I feel I can do. I am nobody without HIM
 Mata masih cerah, aduhhh.

Wednesday, November 28, 2012

Membaca Itu Jambatan Ilmu

Bismillah..
Salamualaykum wbt, Selamat Sore!

Cuaca sungguh baik hari ni, mood pun ok, alhamdulillah penantian 4 hari berbaloi akhirnya! Apa yang berbaloi? Aha story begins now.

Lebih kurang masa 21 Nov 2012 hari tu aku terjumpa website beli buku online.



Itulah dia Kedai Buku Online PTS.
Niat di hati hanya ingin melihat- lihat buku, sekarang ni alhamdulillah minat membaca timbul balik. Alih- alih tengok ada promosi "Karnival Buku Online" dari 20 Nov 2012- 30 Nov 2012. Yang menariknya penghantaran percuma ke seluruh negara kalau kita beli buku RM25.00 ke atas. Nampak macam terlambat plak promote  kan sebab tinggal lagi dua hari. Aku berpegang pada prinsip 'better late then never' :D

Jadi tanpa membuang masa dan tenaga terus aku membelek- belek senarai buku yang ditawarkan. Buku yang aku pilih adalah di senarai ni.



#PrayForGaza

Kenapa mesti tajuk pasal Palestin? Keran umum sedia maklum akan keadaan di bumi berdarah itu sekarang. Alhamdulillah walaupun kita tau Israel bersetuju untuk melakukan genjata senjata setelah usaha yang dilakukan oleh Dr. Morsi, tapi jangan nak berharap sangat pada Musuh No 1 Islam tu. Teringin sangat- sangat nak beli bukunya apatah lagi ada dikaun 20%, free delivery pulak.




Buku 1. Gadis Kecil di pinggir Gaza- lepas aku dapat pegang buku tu tadi baku perasan yang ada sticker pada kulitnya bertulis "setiap pembelian buku ini, RM1 akan disumbangkan kepada tabung Amal Palestin". Alhamdulillah dapat juga aku buat sumbangan pada saudara kita kat sana.

Buku 2. Salahudin Penakluk Jerusalem- hasil nukilan penulis sejarah terhebat, Pak Latif. Beliau pernah datang ke Pusat Asasi UIAM untuk bedah buku terbarunya Kamal Artatuk. Sangat mengujakan. Aku pada mulanya ingat nak beli buku berkenaan Constantinople atau Sultan Muhammad Al- Fateh, sebab MEDCY ada bagi sikit 'homework' untuk adik- adik LG, jadi seniornya kenalah juga lebih tahu. Takkan nak jadi ketam mengajar anak- anaknya berjalankot? Tapi mungkin tak da rezeki, tiada yang berkenan dihati. So, aku pilih buku ni sebab nak tahu sejarah berkaitan Jerusalem atau kita kenal dengan nama Palestin sekarang.

Macam mana nak order? 
Sonang ja, nanti kat tepi senarai buku tu ada icon "add to cart", so bila dah berkenan klik pada ayat tu, ikut arahan selanjutnya. Kita ada 2 pilihan, boleh nak sign in atau pun sekadar guna email. Bagi aku nak memudahkan cara aku guna email saja. 

Payment method dan segala bagai pun tak susah mana, hanye perlu ikut arahan yang dia suruh.  
Ikut arahan :)



Nanti bila dah siap semua, dia akan emailkan pada kita invoice, status tu akan jadi "delivered" bila kita dah buat payment dan email/faks bukti pembayaran. Macam aku buat Transfer from CIMB akaun, jadi aku scan slip sebagai bukti dan email, lepas tunggu email reply dia akan cakap dah terima, tengah proses. Dalam kurang 5 hari barang anda pun sampai. Senang kan?

Bestnya ialah, jimat masa, tenaga, minyak dan jugak duit :)

Selamat mencuba!

Jangan jadi generasi bijak IT untuk bersosial saja, gunakanlah 'bijaksana' itu ke arah kebaikan.
Jadilah generasi yang berilmu, macam mana? Dengan membaca!

Iqra'!