mereka

Monday, November 26, 2012

nampak ringan, tapi sebenarnya..

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum wbt.

Salam maghrib semua!

Huh apa ja la aku nak buat time2 maghrib ni, g solat tu! Apa kaitan maghrib dengan tajuk? Ermmm.. 
Ada bagi yang faham cerita. 

Rutin harian budak tengah cuti, aka kakak kepada adik2 mestilah menjadi part time 'suri rumah'. Tak kurang juga menjadi part time 'sarjan'. Kenapa?

***********************************************************
Ceritera 1

"Nadzim! Mandiiiiiiiiiiiiiiiiiii.!"

"Satlaaa.." Santai saja dijawabnya.

Seminit.. dua minit.. tiga minit. Kepala jenguk ke depan. Aik....

"Adik! Pi la mandi cepatttt! Nak tunggu tengah hari ka?!" Rasanya cukup sebulan kalah staff sarjan suara aku. Orang sebelah pun mesti dengar. 

Ceritera 2

"Abg Ngah dah smayang dak g?" Tanya si kakak.

"Dak g.." Mata di TV.

"Pi la cepat smayang, satgi kalut2 takdan nak p kat Cu". Tangan lincah memotong bawang. Nasi tengah masak. Okey panaskan minyak dulu.

***********************************************************

Motif? Nampak senang je nak suruh yang tu yang ni. Kalau nak senang tak payah nak suruh, pandai- pandai la hidup kan, dah besar. Tapi satu hari pasti aku akan ditanya, bukan disini, tapi disana.

Apa peranan aku sebagai anak? Sebagai kakak?

Bukan setakat peranan aku seorang mahasiswa, bukan sekadar seorang rakyat, bukan sekadar seorang hambaNya.

Keluarga, ya keluarga kadang- kadang kita lupa peranan kita pada mereka. Mengajar adik Alif Ba Ta. Menolong adik dalam kira- kira. Bla bla bla. Nampak senang hakikatnya tak sama.

Kehidupan di universiti tak sama macam di rumah. Kondisinya tidak sama. Kita tidak berada dengan golongan yang 'satu tujuan' dengan kita. Apakah maksud?

Ya budak berumur 9 tahun, otaknya hanya fikir main main dan main. Seorang remaja 14 tahun, hanya fikir mahu berseronok, TV, K-pop, jumpa kawan. Itulah aku jugak dulu (kecuali untuk K-pop)

Jangan paksa, tapi pujuk, suruh. Kadang- kadang perlu guna kuasa veto seorang kakak. Hahahahaha.

Diriwayatkan oleh al- Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW berkata :
Semua kamu adalah gembala. Semua kamu bertanggungjawab terhadap rakyatnya.



Learning process is not as easy as ABC, 123 DoReMi.

No comments:

Post a Comment

apa kau rasa? oren?

a big thank you for ur comment, May Allah bless :)