mereka

Friday, January 11, 2013

2013 momentum

Assalamualaikum wbt,
smoga semua sihat2 blako, dah lama blog ni sepi dari 'bebelan' tuannya.

2013 wee new year! Hai saya sudah 20 tahun, dah tiada angka 1 di depan sudah.

Klise. Ikut countdown tahun baru Islam dah lama kau 20 ye!-.-

Begitu aktif otak malam- malam, jari- jari pun sama menyokong tindakan 'auto' minda ini, daripada tak dapat pejam mata aku putuskan untuk 'berkarya' di blog kesayangan.

MUHASABAH

Satu tahun masihi sudah berlalu, apakah sumbangan yang aku dah beri kat diri aku, apa bakti budi aku dah balas ke orang tua ku, apakah aku sudah melaksanakan tuntutan aku kepadaNya?

Tepuk dada tanya iman. Tak perlu nak di'list'kan di sini, cukup untuk diri ini tahu aku masih jauh di belakang rakan- rakan se'perjuangan'. Banyak yang perlu aku 'cover' untuk berdiri sederet mereka- mereka.

Masih jauh, semoga aku dapat untuk ISTIQAMAH pada tahun ini.

Tahun yang lagi MENCABAR. Sem yang lagi menduga kesabaran. Subjek- subjek yang bakal aku harung, semuanya reading- based subjek. Tiada satu pun subjek mengira, mungkin Chemistry ada, sikit.

Biology II, Chemistry II, Computer, English for Academic Purpose dan tambahan satu lagi MUET. Semuanya- HAFALAN (I'm dead). Kecut hati ni nak go through sem depan, last sem in PJ, InshaAllah. Otakku bukannya seperti pelajar jurusan Undang- undang, bukan juga tegar Medic, kuat minat menghafalnya. Tapi lain dan banyak bezanya untuk menghafal kalam Allah dan menghafal Ilmu duniawi ni, lain sangat, manisnya pun lain kot :)

Semoga sem terakhir ni dapat memberi KENANGAN YANG TERINDAH bagi aku dan rakan- rakan sebelum berpisah ke kampus utama. Bagi mereka- mereka mahasiswa yang bukan sekadar belajar semata- mata, yang melibatkan diri dengan persatuan- persatuan, moga Allah kuatkan hati dan tingkatkan iman untuk kita harung sem baru yang lagi PENUH, PADAT & SENDAT.

Tapi aku suka, dulu zaman sekolah macam kau tak biasa. Yakah?????

**************************************************
Flashback 5 6 tahun lepas....




Zaman kegemilangan tingkatan 2 dan 3 di CBM, girls are power! Zaman conquer sekolah, no boys are allowed (sekolah perempuan saja).

Teringat di menengah rendah, sesi petang untuk tingkatan 1 & 2. Sokmo tiap hari datang awal, pukul 6.15 pg dah tunggu bas sekolah, sejam kemudian sampai. Isnin koko- kelab bola baling, Selasa- latihan rumah sukan, Rabu- KRS, Khamis- Persatuan Pencegahan Jenayah, Jumaat- Persatuan pelajar Islam. Almost every week datang awal ke sekolah, waktu sekolah dah macam mula 7.15 pg sampai 6.50 ptg. Malam tuition. Hari berganti hari, macam tu lah, tak tambah dengan latihan Netball & Handball lagi.

Penat? Ya sangat penat. Tidur malam sangat best kerana tiada gangguan mimpi, terlalu penat, tapi best.

Macam mana aku boleh go thru?

PMR YEAR. Lagi dahsyat, sesi pagi, sibuk pun mcm tu jugak, extra class sampai 2.50 ptg, pkul 4.30ptg mula dengan macam2 aktiviti kokurikulum, tak payah nak list, semua dah ada. Stayback almost everyday, lagi dahsyat dari tahun sebelum. Even worst, tuition 3/4 kali seminggu, mula jam 6.00ptg, habis malam. Intersession waktu rehat singgah rumah teman untuk solat dan makan. Very sweet walaupun penat. That's life.

Tapi kenapa aku boleh go thru jugak? PMR lagi plak tu.

Fikir, fikir dan fikir. Jumpa satu solusi, aku hanya sibukkan diri dan 'tarbiyah'kan jasmani. Rohani is zero. KOSONG. Fitness I'm champion but Faithness I'm loser. Sad thing, time never rewind.

Syukur pada Dia sebab aku masih diberi peluang, still got a chance to delivery hidayah.

Bukanlah kewajipanmu menjadikanmereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (taufik) kepada sesiapa yang dikehendakiNya.
Al- Baqarah : 272 
(BTQ SEM 2)

TERIMA KASIH kerana aku menjadi salah seorang insan terpilih untuk 'sedar' sebelum terlambat.


**************************************************
Flashback 3 4 tahun lepas....




First hijrah, permulaan berdikari, asas mengenali hakikat hidup yang sebenar, walaupun tak berapa kuat- SAKBA.

New life begins here, where history made here, 1st batch. Tempat di mana aku mula- mula kenal apa itu mathurat, apa itu Usrah Badar, nuqaba', asrama, Independence, social life (sebelum ni hanya berinteraksi sesama gender). Jatuh bangun, susah payah menjadi 'anak sulung', kisah- kisah hitam dengan guru yang di-anti, akhirnya yang terasing itu banyak dirindui, mengenal erti ukhuwah sebenar, kawan sebenar2 kawan. Banyak lah, tak tertulis, lagi banyak air mata jatuh kat sini.

Mungkin di CBM boleh dilabel zaman kegemilangan, kat sini zaman apa ek? Zaman Renaissance?? Re-construction of heart, mungkin kot :)

Banyak aku belajar asas- asas makanan hati kat sini, bukan sebanyak di CFS, al least, tapak dah ada, walaupun bukan 100% konkrit, campuran kayu & konkrit, masih utuh walaupun 'angin kencang' melanda,hehehe (abaikan sastera dinihari).

Terima kasih Ya Allah sebab detikkan di hati aku untuk buat big step melangkah kaki ke situ walaupun banyak aku korbankan utk tinggalkan kegemilangan di tempat lama. BERBALOI :)


**************************************************




Tamat kisah zaman sekolah, satu tu mungkin boelh dilabel zaman menguatkan JASMANI, satu lagi zaman menguatkan ROHANI. Jadi aku harap zaman- zaman di CFS boleh aku labelakn sebagai TEMPAT PENGUTUHAN ROHANI DAN JASMANI- PRAKTIKAL.

Semoga momento 2013 akan terus memacu lebih tinggi, Aminnn :)




4 comments:

  1. x ramai yang sanggup untuk turun dri zaman kegemilangan ke zaman re-contrusction ..

    Itu -isme barat yang cintakan dunia.
    Tapi -isme Islam x pernah diajar terlambat..

    Pusing la kitaran tahap ibadat kita
    supaya kualitinya semakin menarik..

    taqorrub illah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sarah! nice nasihat anda, akan ku ingt, syukran, sama2 doakan yg terbaik yerp :)

      Delete
  2. terus melangkah. dan sama2 membina diri.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayuh! sama2 angah, doakan aniq thabat :)

      Delete

apa kau rasa? oren?

a big thank you for ur comment, May Allah bless :)