mereka

Showing posts with label chef tak jadi xDD. Show all posts
Showing posts with label chef tak jadi xDD. Show all posts

Wednesday, November 21, 2012

main masak- masak

Api disederhanakan. Kacau..kacau..kacau dan kacau.. Semakin perlahan gerak tangan. Titis peluh menbasahi muka. Semakin 'lebat' nampaknya.

'Apasal lagi susah nak kacau ni, ni dah macam masak dodol!'

"Jim! Pastu kena buat apa?" Teriak si kakak.

"Yang no 2 tu ka?" Sambil tercari- cari bait ayat di skrin laptop.

Pertanyaan dibalas dengan anggukan.

"Cepatla!" Panas di hati pun dah sama panas di periuk.

"Satukan... semua... bahan..., kacau sehingga semuanya.... larut dan... tapiskan. Masak sebentar... diatas api sederhana.... dan sentiasa.. kacau..." Satu persatu dibacanya, maklumla budak 9 tahun.

'Api sederhana, patutla api terpadam! Mana tak liat!' Cepat- cepat api buka semula.

Macam ni lah kerja orang jarang masuk dapur, apa nak jadi. Ish ish ish. Harapnya kuih talam gula merah tu menjadi.

Kuih talam gula merah Angry Bird kata Nadzim. Mai mana angry birdnya? 
Ntahla.

Malu bertanya sesat jalan, malu mencuba sendiri kempunan.

Peace! ^-^ v
  
**************************************************************

Friday, January 21, 2011

MASAK2

assalamualaikum.!!

He he tgk title pon mesti da taw kan? Actually da lama aku nak borak pasai masak nih tp disebabkan malas
punya pasai tak jadi^^. Tegok ni ha first day masak as penganggur terhormat.! 

ikan goreng separa hancur :P

sambal sotong. nyum3

Apa macam? Kesimpulannya aku masih fail jadi suri rumah + bini orang.! kih3
Mampos laki aku kalo dpt bini macam ini. Gagaga sudah merepek.!
Aku mmg fail siang + goreng ikan. Watpe nak malu. Saya budak BARU BLAJAR^^

HARI INI menu kat umah guna ikan merah. Siang mak aku wat kalo tak hancuss ikan tu dpt kat aku.
Hehehe ni la menunya:

ikan merah masam masam manis ;)

nie ikan kembung masak.. ntahle! janji ada kuah :P

HAHA at last jadik jugak! Harum bau dia kott.!! Aku tak makan lagi nie.
Nak taw x tadi abh aku balik keja around kul 12 cmtuh. Aku pun abah nk makan p la (bodek2)
ikan abah tu da siap^^. Tapi my abah ckp takpa lah lepas abh p smayang jumaat. Dia makan kek pisang jaa.
Pastu around kul 1.30 td aku pnya perot tetiba lapaq. Pla usyar2 dapur. MASYAALLAH, nasik tak masak kott.!!!! HAMPEH =___= patut la abah tak makan. Malu2 lupa nk masak. Apa punya anak. hehehe. Aku pun tataw camna leyh lupa. Aishhh pelik bebenor.!

p/s: tu laa orng duk umah dah sebulan lebih patot pro masak. kekeke. Nak wat camna? Sapa nak ajaq wei??? Nk g blajaq fulus pun tarak! Bak kata mak aku, tak pa ilmu memasak ni lama2 terer dgn sendirinya. Yaka??