mereka

Showing posts with label private n personal :D. Show all posts
Showing posts with label private n personal :D. Show all posts

Wednesday, October 23, 2013

bercakap pasal hidup berdua-nikah kawen

Assalamualaikum wbt, 

Alhamdulillah hampir separuh sem perjalanan hidup aku dah redah di bumi Kuantan nan indah ini. 

Malam ni tengah study, rehat jap, tengok fon, rehat jap, buka facebook, tetiba tringat nak usha blog aku yang sedia dah malap ini. Duhai blog, tuanmu sedang mengalami konflik diri, sama ada mahu menutup akaun blognya, mengubah tema penulisan atau hanya membiarkan saja. Tapi bila difikirkan semula, teruskanlah, cuma upgradekan isi penulisan, kurangkan cakap- cakap kosong. Insha Allah semoga bermanfaat, setidaknya untuk diri sendiri. 

Kembali kepada tajuk. Minggu sudah, semasa balik ke rumah cuti raya haji seminggu, penuh mesej di fon cerita pasal nikah. Dari cerita sahabat seperjuangan mendirikan masjid, alhamdulillah semuanya selamat sehinggalah cerita tersendiri sahabat sekuliah. 

Rupa- rupanya diam- diam ubi berisi sahabat- sahabat aku ni. Ada yang dah tak available, ada yang di'reserved', cuma belum ada yang sah dimiliki saja lagi. Wahh, aku doakan semoga kita semua dipertemukan dengan jodoh yang baik- baik belaka.

Satu malam, aku tinggalkan fon di rumah, senaja. Malas nak bawa fon, sebabnya Mak hanya ajak untuk pergi ke rumah Nenek, dekat saja pun. Pulang dari rumah. Ada satu mesej dari teman sekuliah.

'Assalamualaikum Bel. Sibuk tak? Nak tanya sikit ni.. Tapi agak personal la sikit. Hehe.'

Lebih kurang begitulah mesej darinya. Wah terpempan seketika, apa yang personalnya? Boleh jadi pokoknya apa saja. Terus aku balas mesej Syifa(bukan nama sebenar).

Bual punya bual, rupanya dia mahu merisik tentang latar belakang seorang muslimin/brother/lelaki sahat UIA jugak yang boleh dikatakan aku kenal agak baik dari sudut gerak kerjanya.

Fuhh memang tidakku sangka, betulkan Syifa? Kau tak main- main? Atau brother tu yang main- main? Bermacam soalan berlegar dalam kotak fikiranku. Sembang punya sembang (untuk memendekkan bicara) sahlah hal ini bukan main- main, bukan simulasi. Si brother tu siap minta tanya, jika dah ada jawapan dan dapat lampu hijau, tahun kedua nanti nak datang rumah jumpa orang tua. Eh ni tak boleh dibawa 'syura' berdua ni. Kena siasat betul- betul apa Syifa ni dah buat. Istisyarah tengah buat, istikharah?

'Syifa, aku hepi la kalau betul jodoh kau dengan dia. Tapi aku nak tanya, kau dah buat istikharah belum? Pastu sekarang ni apa kau rasa? Ada tak rasa 50-50? Ke kau rasa kosong, tak tau nak cakap camna, ke dah berbunga sikit, hehe. Atau kau sebenarnya memang tak suka gila mamat tu? Kalau tak suka betul, tak kpayah teruskan. Nanti buyers, berat sebelah.'

Laju tangan aku menaip membalas mesejnya. 

'Ha tulah Bel, aku sebenarnya xda rasa apa- apa pun. Just anggap dia macam kawan biasa, tp memang la terkejut. Aku memang x suka sangat dia pun, bukan benci la. Tapi kawan- kawan aku beriya suruh aku buat jugak dulu.Haa yes dapat point best dari kau, kalau x suka tak payah la teruskan. Hehe.'

Buntu. Eh kejap, aku rasa salah ni, bukan caranya nak menolak sebelum dapat satu 'hint' yang pasti dari Dia. Ish tak boleh jadi. Terus aku teringatkan seorang sahabat aku yang banyak membantu aku sebelum ni. Kak Long Medcy ku :)

Cepat benar Kak Long ku ini membalas, antara ayat menusuk dan masih aku ingat darinya,

'Ustaz muhadir pernah sebut, kalau lelaki yg soleh dtg melamar, wajib kita terima..melainkn ada sbb2 tertntu la. Jgn simply judge org based on 1st impression. Sbb tu islam bnrkn taaruf bkn couple. Taaruf dulu dgn lelaki tu lebih baik. Drpd tolak tanpa kenal. Melainkn kwn Bela tu dh ada org lain.'

Ibrah dari kisah simple ini.

Jangan cepat melatah, hakikat kejadian penciptaan alam pun Allah sembunyikan sejuta hikmah disebaliknya. Apatah lagi soal jodoh, kan? Mungkin sekarang kita benci, tetapi mungkin yang dibenci tu akan dirindui? 



*CREDIT TO LANGITILAHI.COM*


*Antara buku yang best untuk diteroka, dunwori tak tebal buku Bio pun*
0217,
Talhah 2,
IIUM Kuantan,
Study anatomy (take rest)


Friday, February 10, 2012

beginning of new year, new life

Assalamualaikum wbt


Today- 10th February 2012
The only free time I got to express my feeling to this meaningless blog (have to isn,t?)
Nampak sgt kesibukan yg melampau tahap beku darjah celcius (tipu3)

HMM TAPI REALITINYA... mmg sgt sibuk pun sem ni.!
Terlalu sibuk smpai masa free pun sibuk dgn aktiviti,,
Terlalu sibuk smpai masa nak study pun kurang,,
Terlalu sibuk smpai nak makan pun tak sempat,,
Terlalu sibuk smpai tidur pun tak cukup,,
Terlalu sibuk smpai bdn tersangat2 letih.

Sampai roomates, kak usrah tnya,"Bell, tak leh tarik diri ke?"
Kalau lah aku ada kuasa veto, kalau la aku anak dean kan (crapping). But times never turns back. It was me who start them, so it was me too to finish them! HAHAHA serves me right. InsyaAllah, setiap yg berlaku ada hikmahnya. Bak kata President MEDCY, "dalam setiap aktiviti, mesti ada baik buruk, kita ambik mana yag baik." Teringat ayat Umar, "Bila kita join program, jangan niat kita nak cari pengalaman, niat kita buat untuk ummah, untuk Islam, untuk cari redha Allah SWT"

So Nabila Huda! Wake up!!!

'Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan SESUAI dengan kesanggupannya..'
                                                               (al- Baqarah 2:284-286)

Fikir positif! Ada seniors ckp once nanti masuk main camp serius akan rindu CFS sbb kat sini sgt banyak ilmu luar kelas kita boleh dpt. Meanwhile kat Kuantan akan busy with study 24/7 (ye ke?).
InsyaAllah selagi hayat dikandung badan, aku kutip banyak2 ilmu kat sini :)
SO THATS ALL FOR THE 100TH POST IN THIS BLOG! WHEEEE :D

Doaku:

Ya Allah, jangan Kau bebankan aku dengan sesuatu yang aku tak mampu,
jangan kau uji aku sehingga dapat menjauhkan aku dariMu, 
tunjukkanlah hikmah disebalik segalanya,
jadikan lah segai 'kerja- kerja' dunia ini sebagai medan untuk aku lebih dekat
padaMu,
bantulah aku ketika dalam kesulitan,
tunjukkanlah aku jalan penyelesaian,
bimbinglah aku,
kuatkan semangatku,
jangan kau pesongkan hati ini lalai mengingatiMu,
berkatilah segala ilmu yang aku peroleh,
jadikan aku lebih baik HARI INI DARI YG SEMALAM...

*we planned, but Allah planned too, we may plan the best, but plays Allah The Greatest!*




Tuesday, November 22, 2011

SIAPA dia di mata aku

KHAS untuk dia

Dia manusia biasa,
Namun hebat di mataku,
Hebatnya bukan kerana rupa..walau dia punya,
Bukan kerana ramah..walaupun itulah dia.

Dia hebat kerana jujurnya dia,
Sopannya tak kira masa,
Senyum tak lekang dari bibirnya,
Kuatnya dia tegakkan agama,
Walau kelilingnya maksiat belaka.


3.55 pm,
AEON JUSCO PERDA.