mereka

Wednesday, December 5, 2012

wrecked!

Bismillah..
Assalamualaikum, salam malam hari..


HEART BROKEN. YES. NOT BECAUSE OF LOVE!

Aku 'kering ilmu', rindukan ilmu. Ya buku memang banyak. Tak sama tarbiyyah tanpa seorang murabbi. Tak sama rasa 'down' tanpa ada teman di sisi. Sebab Allah akan hantar nasihat melalui mereka. 

Cuti yang lama memang sangat- sangat menduga bila tidak terikat dengan mana- mana kontrak tetap. Kalau di universiti sekarang bolehlah dilabel 'kontrak dengan lectures', by hook or by crook kena pergi jugak kelas. Hakikatnya memang nampak terpaksa, tetapi masa tidak terasa begitu murah dek kerana hati di isi dengan ilmu. Ilmu dunia, ilmu bekalan ke sana.

Ya aku rindu suasana kampus, aku rindu jugak zaman sekolah. Hargailah masa belajar anda.

Seronok bukan sebab dapat melepak dengan kawan, yang itu bonus. Mungkin hakikat aku memang tidak betah duduk diam. Bila tak da kerja produktiviti, prestasi mula turun. Cas- cas positif semua habis, diganti dengan cas- cas negatif, yang sumbernya entah dari mana, datang 'diserap' begitu sahaja,

WAKE UP!!!!!

Ya Allah tolong sedarkan hambaMu yang lemah ini. Hakikatnya aku tak sempurna :'(
Bangunkan aku Ya Allah.

HARAPAN CERAH

IKOD di Kuantan. Senyum, bersinar harapan, tapi kesian kat Mak, aku kena jaga adik, kondisi kewangan pun tak stabil. Masih ada berbaki tapi minggu depan ada 'program wajib', mahu ke Shah Alam lagi, kalau tak pergi susah, orang mengharapkan pertolongan, janji tak baik dimungkir. Nehi- nehi.

Buntu.

Allah, berikan aku 'jalan keluar'. Show me the way. No one can help but you!
Tenang hati tenang, aku rasa macam ada ribut taufan dalam dada ni, kalah tsunami 2006.

 *aminnn*

UP UP! SEMANGAT! CHAIYOK!!!! UJIAN HIDUP SEBENAR TAK SELALU ADA PELANGI KAN :3


Maaf kepada sesiapa yang baca, tiba- tiba mood menulis terlari dari landasan.
hakikatnya kita manusia yang tidak lari dari fitrah asal, suka mengeluh. Doakan aku kuat dalam 'suasana mencabar di mana cas- cas positif tidak setanding di kampus'.

No comments:

Post a Comment

apa kau rasa? oren?

a big thank you for ur comment, May Allah bless :)