Gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati ditengah- tengah. Peribahasa yang tepat sekali menggambarkan situasi negeri kesayangan saya, tempat lahir diri ini juga seisi keluarga.
Apa yang cuba saya lontarkan, terlebih dahulu 10 jari disusun keapa siapa yang membaca andai tulisan ini menimbulkan rasa senak di perut anda. I never ask anyone to agree with it, it just a perspective from my side, a slave of Allah SWT. Away from your laptop if you hate this, thank you :)
Benar kata orang, jauh berjalan luas pengetahuan. Minda lebih terbuka. Kita tidak akan belajar sesuatu jika masih ditakuk lama, dan pelbagai ibrah boleh digali dari tempat asing.
Penghijrahan sementara saya ke Petaling Jaya sebagai mahasiswa membuat minda saya lebih terbuka, terbuka untuk menyelami isu berkenaan Islam. Baik di Malaysia atau seantero dunia.
Berbalik kepada isu sekularime, ingin saya tekankan bahawa diri ini dididik selama lebih kurang 9 tahun di sekolah sekular. Darilah budak hingusan darjah 1 hingga ke tingkatan 4. Apa yang dikatakan dengan sekularnya disini?
Memang semua maklum dasar pendidikan di Malaysia (tak ingat dalam Sejarah SPM ada belajar) memisahkan pendidikan agama dan pendidikan teras. Soal negara berbilang kaum sepatutnya tidak timbul kerana pada pandangan saya jika sekolah beraliran Cina dan Tamil boleh membawa system pendidikan dari negara asal mereka mengapa anak Melayu Islam tidak ditekankan pendidikan agama sejak dari kecil?
Kalau dilihat di Pulau Pinang pada pandangan mata kasar saya sendiri wabak sosial yang menular dalam kalangan masyarakat di sini berpokok pangkal dari kurangnya didikan agama.
Contoh paling mudah saya mempunyai saudara yang tinggal di kawasan perindurstrian Mak Mandin (belajar Geografi dulu), di kawasan kejiranan rumah hijau Mak Mandin yang rata- rata penduduknya masih dalam kelompok kemiskinan adalah orang Melayu yang agamanya ialah ISLAM.
*salah satu view kwsn Mak Mandin* [kredit]
Kesempitan hidup, anak- anak terabai, mengharapkan bantuan kerajaan, pendidikan yang hanya mengharapkan guru- guru membimbing anak- anak tanpa kelas tuisyen tambahan, pendidikan agama sekadar menghantar anak- anak mengaji di masjid atau mana- mana tok guru asalkan al- Quran habis dibaca. Hanya itu sahaja. Salah siapakah anak- anak ini rosak?
Ibu bapa? Mungkin jika dilihat dengan mata kasar ibu bapa sememangnya memainkan peranan yang paling penting dalam membentuk jati diri anak- anak dalam menjadikan mereka permata yang berguna.
Akan tetapi jika dilihat dalam skop di atas, faktor
kemiskinan lebih mendominasi yang menyebabkan semuana berkait. Kemungkinan
besar masa ibu bapa bersama anak- anak tidak banyak kerana mereka bertungkus-
lumus bekerja bagi mendapatkan wang demi menyara keluarga.
Persepsi ibu bapa begini selalunya mengharapkan guru- guru di sekolah untuk membentuk peribadi anak- anak mereka. Maaf ini bukan fakta tepat tetapi inilah realiti yang selalu saya lihat sendiri. Keluarga di sebelah ayah saya dahulunya membesar di situ namun situasi zaman ‘P Ramlee’ tidak sama dengan sekarang.
Oh apakah kena-mengena isu di atas dengan sekular? Pulau Pinang? Tujuan saya menulis di sini ialah hanya ingin melontarkan buah fikiran yang selama ini saya asyik terfikir,
“Kenapa orang Islam di Penang mandom agama?”
“Kenapa Penang ini ibarat ‘Singapura kedua?’’
Dan sewaktu dengannya.
Bebalik kepada sejarah pendidikan saya, jelas sekali
latar belakang pendidikan saya hanyalah bertumpu pada akademik semata- mata.
Jumlah SMKA di Pulau Pinang hanyalah 4 kalau tidak silap ( SMKA Al-Irshad, SMKA
Nibong Tebal, SMKA Al-Masyhoor Lelaki & Perempuan).
Jumlah Sekolah Agama rakyat tidak pasti bilangannya namun institusi ini tidaklah sehebat di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu. Saya tidak ingin bercakap mengenai politik tetapi ingin saya ambil contoh negeri yang digelar serambi Mekah, Kelantan Darul Naim. Umum sedia maklum jumlah Maahad dan Sekolah Beraliran Agama bertebaran di muka bumi negeri bertuah itu tidak terkira.
Contoh lagi satu negeri jirannya, Terengganu juga tidak ketinggalan. Terdapat juga sekolah agama, tahfiz yang diselia oleh Kerajaan Negeri itu sendiri. Ilmu agama diajar di serata kawasan dari peringkat rendah hingga ke menengah tanpa memisahkan ilmu dunia dan akhirat. Buktinya ramai anak- anak negeri ini yang rata-ratanya dari kalangan anak Melayu Islam Berjaya di peringkat lebih tinggi. Malahan di tempat saya belajar sendiri anak Timur ini memang menguasai kampus.
Kenapa ini tidak boleh dilaksanakan di Pulau Pinang?
Jawapan mudah minda saya beri- kerana Penang ditadbir oleh bukan Islam. Tolak isu politik kerana semasa zaman BN pegang dahulu Ketua Menteri Pulau Pinang ialah Tan Sri Koh Tsu Kun, MCA. Apa bezanya dengan DAP?
Mana orang Islam? Islam tidak dapat ditegakkan melainkan dengan kuasa, dalam konteks kuasa di sini tanpa adanya kuasa untuk memerintah, Islam tak dapat ditegakkan. Maaf jika berbau politik disitu tetapi itulah hakikat.
Berbalik pada diri sendiri, kesedaran itu penting. Nak ubah sesuatu perlu bermula dengan diri sendiri dahulu. Bagaimana nak tegakkan kembali khilafah Islam yang sudah lenyap dari muka bumi itu bermula dari fardhu muslim atau dalam bahasa Melayunya INDIVIDU MUSLIM.
Berubah secara perlahan- lahan, ubah diri kita dahulu. Dekatkan diri dengan agama barulah Islam dapat ditegakkan. Mungkin agak janggal bagi mereka yang sudah lama kenal saya, bagaimana penulisan saya menjadi begitu sarkastik hari ini kerana pandangan saya kadangkala kita perlu keluar dari zon selesa. Kadang- kadang kena jadi ‘garang’ untuk kesedaran bersama.
Saya sendiri mempunyai ramai rakan yang beragama Budha, Hindu mahupun Kritian malahan rakan baik sewaktu di tingkatan 1 hingga 4 merupakan seorang gadis Cina Kristian. Tidak ada salah untuk berkawan dengan mereka namun kekalkan prinsip kita sebagai orang Islam, itu apa yang saya belajar.
Its easy to say but its hard to change, bu do change and improve our quality! For Islam!
~Pulau Pinang memang kata asset. Jambatannya bakal menyusul yang kedua. Tempat peranginan bertaraf dunia. Pusat perniagaan seperti ‘KL kedua’ tapir oh Islamnya masih tahap biasa, realiti atau fantasi?
~Jom teguhkan Islam semula, kalau kita tak sedar bila lagi Islam nak tertegak?
*Maaf untuk ketelanjuran kata, hanya bingkisan semata- mata, punya ‘point’ bagi yang membaca, membaca dengan mata jiwa. Hasil karya juga untuk pedoman diri yang selalu leka.
PEACE ^_^
i loike! Ganbatte everyone . Allahu akbar! ^^
ReplyDeletetq kaka yayah! chaiyok2 kat egypt ;)
Deletetumpang lalu...
ReplyDeletehttp://rafiq-icelemontea.blogspot.com/
syukran yerr, sy da tgk blog, student uia kah? maincamp?
Delete