Assalamualaikum wbt...
Rat dee sawat, atau dalam bahasa ibunda kita selamat malam. Bahasa negara jiran kita, Thailand baru aku jumpa semula setelah aku mengodek almari buku di rumah, mencari buku- buku nota yang masih boleh di pakai. Aku temui buku pink yang tertulis
"My English Jurnal". Buku yang mesti kami ada dan tulis apa- apa sahaja berkaitan hidup kami di SAKBA semasa 'zaman SPM' dulu. Tugasan yang diberikan oleh guru BI kami. Sapa masih ingat, Tikah Yana? Amirah? :)
Jam di skrin laptop telah menunjukkan lagi 10 minit pukul 2.00 pagi. Aku memang ada masalah susah tidur. Walaupun bangun awal, jadi 'part time housekeeper' mata aku ni masih terang benderang. Mungkin dah terbiasa sebab di CFS jarang sekali aku tidur sebelum jam 12.00 malam. Waktu 'standard' mata layu dalm pukul 1.00 pagi ke atas. Kenapa? Tanyalah budak- budak UIA yang kaki society, kaki study. Mesti faham :)
Apa pulak kali ni ya, otakku ligat berfikir waktu- waktu sebegini. Disebabkan rasa bosan menerjah diri tadi, lantas link blog ini aku tekan. Sekali enter homescreen di paparan. Aku jenguk ke 'blog archive' lantas membaca '6 post pertama aku' sebagai seorang blogger.
Kelakar. Lawak. Ketawa, gelak dan senyum. Kalau Abah nampak tadi sah dia kata anak sulungnya dah putus wayar.
Dari sebuah penulisan yang ala2 budak 15-17 tahun tengah 'high' di zaman sekolahnya. Siapa yang kenal dengan aku sejak zaman UPSR-PMR-SPM, mesti tahu yang gayaku bukan lah seperti Miss Malaysia-wanna-be. Bukanlah jugak gadis pingitan, bukan juga Cheer-leader type.
I am in the type of Boys must-be-scared.
Apakah? Ya aku jenis 'ganas' dulu. Sangat ganas, sebenarnya lebih kepada moderate. Tidaklah sampai membuli orang kan.
Sedangkan seorang warden asrama melabelkan aku 'ibu mithali'. Apa motif sehingga kini aku tidak tahu.'Garang tapi penyayang' ke Abah? Opss saya bukan nak masuk bakul dan angkat sendiri, tak mampu begitu.
Bila usia meniti masa, perlahan- lahan aku lebih kenal akan diri sendiri. Daripada tak suka masuk dapur menjadi seorang yang suka berada di dapur. Dari seorang yang gila ADIDAS, NIKE BILLABONG sekarang alhamdulillah menerima jenis- jenis selayaknya untuk seorang remaja muslimah.
Berbalik kepada penulisan tadi, ada pada satu 'post' aku katakan tujuan asalnya aku ber-blogging hanyalah sekadar suku- suka. Ya itulah pemikiran standard seorang remaja biasa- biasa, yang masih mentah akan perihal hidup.
Satu ketika dahulu aku tidak pernah menghayati apa tujuan utama pengciptaan manusia di bumi. Sekadar teori mudah aku pakai. Belajar>ikut kata orang tua>balas jasa dan yang penting tidak langgar undang- undang Allah. Sekadar aku pakai, tidak aku hayati sedalam- dalamnya.
Kata Allah :
Tidak Aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadat kepadaKu ( Al-Dzariyat : 56)
Dan,(ingatlah,wahai
Muhammad)ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya
Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi".( Al- Baqarah : 30)
Mana mungkin aku akan rajin merenung 'love letter' Allah, membaca artikel- artikel Islamik, muhasabah diri, dan perubahan diri paling ketara adalah dari sudut bacaan. Ya aku paling malas untuk membaca buku selain dari terpaksa kerana atas tuntutan akademik, buku- buku seram atau pun novel Melayu zaman sekarang.
Dibesarkan dalam atmosfera 'biasa- niasa saja' dalm bab- bab agama. Apa saja dengan yang sunat kalau yang wajib pun cukup- cukup makan? Allahuakhbar. Bersyukurlah, nikmat yang selalu kita lupa.
Alhamdulillah for everything. He knows best.
~Permulaan hidup yang baik tidak menjamin pengakhiran di dunia yang baik. Allah boleh terbalikkan bila- bila masa. Yang seperti 'malaikat' boleh menjadi 'syaitan bertopengkan manusia' dan yang seperti 'dajjal' boleh menjadi 'sebaik- baik manusia' dengan hanya sekelip mata. Pohonlah husnul khatimah dariNya.
Tetapkanlah hati kami Ya Allah
*sedangkan jalan itu berliku, inikan pula 'jalan kehidupan'*
Rindu zaman forum, habis ayat berbunga kalah Romeo keluar. Bahasa jiwa bangsa ;D
No comments:
Post a Comment
apa kau rasa? oren?
a big thank you for ur comment, May Allah bless :)