Bismillah.. Assalamualaikum wbt, selamat malam!
Jam di skrin laptop menunjukkan lagi 44 minit akan masuk hari yang seterusnya, 30 Nov 2012. Bermakna bulan November bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Bermakna sudah sebulan 4 hari aku memegang title sebagai 'part time housewife'. Tinggal lebih kurang sebulan lebih saki baki masa untuk berada di rumah.
So apalagi? Jom refleks diri. Apakah sumbang bakti yang telah aku lakukan di rumah? Sebagai anak, sebagai kakak?
Fikir.. fikir.. fikir.... Errrrrrrrrrr
Stop. Memang tak banyak mana, kalau buat check list, apa ja sangat. Jaga rumah, sapu lantai, basuh baju, sidai (kadang- kadang Nabil yang sidai), masak ala- ala orang bujang, 'jaga' adik dua orang tu dannn apakah???
Tu saja? Ye la kot, setakat nih.
Tadi lepas garib(maghrib) nak ambik al- Quran Pink aku tengok Nadzim kat depan.
"Dah smayang ka Ajim?" Soal aku pendek.
"Dah." Dia jawab pendek jugak.
Fikiran melayang......
"Ajim jom kita baca Juz 'amma, p ambik, kak tunggu kat depan." Lagak dah macam polis nak 'interview' banduan.
Dan 'pengajian' pun bermula. Nabil aku tengok dah habis, aku dengan 'dengki'nya menyuruh dia buat latihan PMR yang aku bagi semalam, still ada yang belum habis.
*******************************************************
Usai 'pengajian' aku suruh adik aku bersiap, mak dah tunggu kat rumah Maksu. Maksu tinggal satu taman denganku.
Minda aku bertanya lagi, kalau aku mula mengajar adikku sebulan yang lalu mesti dah habis dia ngaji kan? Boleh la 'tolong' mak abah. Dapat jugak 'saham' kat aku, inshaAllah (tajdid niat).
Point aku kat sini is tak semestinya kita nak tunggu mak bapak kita baru kita nak bertindak. Kalau benda betul, kita mampu buat sendiri, apa salahnya kan? Dan aku rasa rugi sangat- sangat sebab dah sebulan aku cuti sekarang baru terpikir nak buat, alhamdulillah Allah masih bagi aku masa.
Aku tak mau jadi pandai sorang- sorang. Aku tak mau jadi 'baik' sorang- sorang, dan aku tak mau 'tolong mak abah' sorang- sorang.
Dia akan soal jugak tanggungjawab aku sebagai kakak satu masa nanti. Apa yang aku dah buat utk 'tolong' adik-adik aku?
Bi'ah solehah.
Selalu sangat graduan UIA dok sebut. Buat teman- teman bukan UIAM, Bi'ah solehah ni ialah suasana yang terbina hasil pentarbiyahan Islam dan juga praktikal amal Islam yang disebatikan dengan kehidupan seharian. Kempen Bi'ah Solehah (BSC)yang dikelola oleh badan tertinggi di CFSIIUM tak lain tak bukan FSCC in-colaboration dengan society- society lain kat sana.
Ok fullstop pasal definisi bi'ah solehah, rasanya semua faham kan.Rasanya program BSC yang saban tahun tu boleh dikatakan berkesan jugak di bumi CFS, tapi dari sudut praktikalnya masih boleh di'edit' dan diperbaiki.
Persoalan yang otak aku 'generatekan' ialah bagaimana/sejauh mana kempen tu berkesan sehingga mampu dibawa ke suasan luar kampus, dan kata mudah di rumah kita sendiri?
Senang untuk mereka yang dilahirkan dalam keluarga 'benar- benar Muslim'. Apa yang aku nak kata, bukan senang untuk aplikasi pada sebuah keluarga yang 'biasa- biasa saja'. Bukan senang tapi boleh, cuma 'pengorbanan dah usaha' lebih dari orang lain.
Jujur aku katakan duduk di rumah dengan kondisi tidak 'sekental' di kampus memang senang nak goyah pendirian. Segala benda yang kita 'tanam' sebelum cuti susah untuk aplikasi 100% di rumah. Maka beruntunglah mereka yang dilahirkan dalam 'baitul muslim'.
JANGAN MENGALAH
Aku banyak muhasabah diri sorang- sorang sebelum tidur. Ya kita memang perlu muhasabah diri. Bagusnya Allah jadikan aku susah untuk tidur malam, masa yang sangat pelik. Pelik kerana otak aku sangat aktif 'berfikir' pada waktu malam. Sebab tu banyak entri aku buat waktu malam T.T
Jenuh aku fikirkan, aku putuskan untuk tidak bekerja sepanjang cuti ini, inshaAllah aku tolong mak buat dadih dan hantar ke kedai- kedai. Dulu masa zaman aku tingkatan 5 mak aku 'aktif' berniaga kecil- kecilan. Bolehla, tak banyak mana tak dapat la lepas duit poket. Yang penting yakin rezeki itu datang dari Dia.
InshaAllah saki baki cuti yang tak seberapa banyak aku nak tolong 'mangsa PMR dan SPM' tahun depan. Adik dan sepupu aku. Ajar yang kecik skali tu mengaji. Lepas dah timbang tara, mungkin tak perlu kerja kot. Dengan 'homework' society yang belum habis dibuat, surat- surat sponsor yang nak dilancar lagi. So tak payah la nak kerja. Banyak lagi 'kerja' yang perlukan khidmat aku.
Semoga Allah redha.
Semoga apa yang aku hajatkan mampu aku lakukan.
Tangan yang menaip itu lebih dekat dari tangan yang membaca.
Mohon doa kawan- kawan.
Peace!
*walau kami suka gaduh aku tetap kakak, depa tetap adik*
*KAMI TETAP SAUDARA*
I'm moderate. I do what I think the best, what I feel I can do. I am nobody without HIM
Mata masih cerah, aduhhh.
salam'alaik. how are you?
ReplyDeleterindunye kat Bila ! i like this post!
waa , baguihnya kak nab kitaaaa . sweetnye. nak jadi adik nabila jugak laaaa hihi
NABILA,
go go go! i'll always support you dear!
samalah kite kat sini. bi'ah solehah tu , entahlah, tak sekuat kat uia kut .
kat sini, kite masih lagi dalam transition state. kena kuat & kuat!
*tambahan : otak nabila pun agak aktif waktu membasuh baju .
salam alaykum ya habibati! (btol erk?)
Deletewaaa rindu rindu rindu pada doctor ini, khaifa haa? g mana di sana? huuu segunung rindu buat kmu, yeahh doakan kita kat umah ni ek! cpt sgt iman up and down!
xpa2 cuba cari 'something' kat sana, bumi anbiya' inshaAllah byk berkat tu.
krek krek krek suka part basuh baju :D