mereka

Wednesday, June 19, 2013

mujahadah hati

bismillahirahmanirahim..

Wahai hati, 
kuatlah kau, kuatlah,
dunia perlukan kita,
hati- hati yang mahukan didikan.

Wahai hati,
tabahlah dengan ujian,
terpalit dosa berkandar,
hitam diselubung arang- arang dosa.

Wahai ghuraba', 
maafkan hati itu kerna tidak bisa memberi,
hati itu masih tidak mampu memegangnya lagi, 
hati itu perlu diubati, dibasuh suci,
kerana dipenuhi lumpur- lumpur dosa.

Wahai ansarullah,
harapan masih ada,
hati itu tidak kejam, 
hati itu cuba menjadi adil,
hati itu cuba mencari solusi,
hati itu belum kuat lagi.

Wahai penyambung perjuangan Nabi,
hati itu mendoakan yang terbaik buat kamu,
jika benar apa yang tertulis,
maka inshaAllah janji Rabbi itu pasti,
berikan hati itu masa,
doakan hati itu kuat,
kuat untuk bermujahadah di kala ini,
hati itu tidak sekuat hati Fatimah, tidak setabah Khadijah, tidak sesabar Aisyah.

Wahai daie',
terima kasih kerana banyak mengajar hati,
sungguh hati itu tidak pernah menyesali,
walau tanpa guru,
walau tanpa pengalaman, 
sebaik- baik guru ialah Pencipta itu sendiri,
moga bertemu yang sesuai,
moga berjumpa yang terbaik,
andai tidak tertulis di suratan makhfi,
jaga diri, jaga iman, jaga hati,  
iringan doa agar istiqamah di jalan ini,
walau sebagai teman seperjuangan yang abadi.



Ikhlas dari sudut hati,
19/6/2013
~jalan menuju ke mardhatillah~

2 comments:

  1. wahai aniq,
    be strong yaa :)

    Hehe.

    InsyaAllah, sama-sama menguatkan antara satu sama lain.

    ReplyDelete
  2. syukran angahh, doakan aniq ya :)

    sejuknya hati bila ada org saling mengingtkan, slg menguatkan :)

    ReplyDelete

apa kau rasa? oren?

a big thank you for ur comment, May Allah bless :)