Matanya melingas ke pergelangan tangan. Dah pukul 9.30 ni, sempat ke nak sampai. Pukul 11.00 dah nak kena masuk
balik. Gumam hati Nadia.
Dikerlingnya mata ke kiri, Alin kelihatan khusyuk
menconteng sesuatu di buku. Matanya beralih ke hujung sekali, raut wajah Mira
gelisah, seakan memikirkan sesuatu. Macam orang hilang anak pulak aku tengok
dia ni. Sempat lagi hati Nadia buat lawak yang tak berapa nak jadi.
Kereta bergerak perlahan, sungguh kalau jalan kaki pun lagi
laju.
'’Ana rasa ada accident kat depan tu,’’ Ujar Haikal selaku
pemandu malam itu. ‘’Sempat ke kita nak sampai ni Sham? Dah setengah jam ni
kita sangkut kat sini. Takde jalan lain?’’ Hisham selaku co-pilot dilihat
dengan hujung mata.
‘’Takde dah, yang aku tau nak ke KLIA lalu sini la kalau
dari PJ, insha-Allah kita serah je kat dia.’’
KLIA.
Dentinasi mereka malam tu. Tak pernah buat kerja luar
alam, redah keluar dengan brothers, walaupun nisbah mereka 2 : 3. Walaupun ada
surat tak rasmi dari lecturer, atas alasan nak hantar senior fly ke luar Negara.
Memang pecah rekod antarabangsa Nadia malam tu. Demi sebuah ukhuwwah digagahi juga.
Sampaikan kelas Ustaz Zarif malam itu dipontengnya.
‘’Emm, agak- agak kita sempat ke sampai sebelum pukul 11.00?’’
Suara Mira memecah hening.
‘’Insha-Allah ana rasa sempat, sikit lagi kat depan tu exit
ke highway dah tak jam. Doa banyak- banyak ye’’ tenang Haikal menjawab. Ingin menenangkan
kami barangkali.
Matanya melorot pada lampu- lampu jalan.
Macam ni rupanya KL waktu- waktu malam.
Dipandangnya
pada kenderaan yang bergerak kalah kura- kura berlari. Sabar je la hati…
15 minit kemudian Perodua Kelisa Silver itu Berjaya meloloskan
diri dari kesesakan lalu lintas. Bukan saja menyesakkan jalan, menyesakkan dada
makhluk yang berada di dalam kereta itu juga.
Alhamdulillah. Berjaya jugak. Senyum tipis terukir di hujung
bibir. Alin dan Mira dipandang sekilas.
Kereta terus meluncur membelah jalan. Nadia melihat meter,
140 k/m… 160 k/m..
Ya Allah. Lajunya! Patut
rasa lain macam je. Rabbi yasir wala tu asir.apasal laju sangat ni.
‘’Lepas ni masuk simpang kat depan tu. Lagi 500 meter tu
Kal, jangan laju sangat.’’ Rendah suara Hisham menutur. Mira keruh aja wajahnya sejak setengah jam yang lalu. Riak muka
yang tak dapat dibaca.
‘’Mira ok tak ni, lain je Nadia tengok. Takut tak sempat
jumpa Kak Rin eh?’’ soalkan perlahan, tidak mahu didengari dua mereka di
hadapan.
‘’Tu la Mira ok tak? Lain je Alin tgk.’’ sampuk si Alin yang
tenang sejak dari Mahgrib tadi.
‘’Takdela Mira risau sebenarnya. macam tak sempat je nak
balik sebelum pukul 11.00 ni. Dah la kereta ni laju sangat. Takutt… emm lupakan
lah.’’
‘’Insha-Allah takda pape. Kita doa banyak- banyak ok.
Mungkin Haikal bawak laju sebab nak kejar waktu. Percaya kat Dia. Doa banyak-
banyak!’’ kuat tangan Mira digenggam. Seakan semangat di dalam diri Nadia disalurkan
sedikit pada temannya.
Dirinya juga risau. Siapa yang tak risau. Kalau jadi apa-
apa macam mana?
Ya Allah permudahkanlah urusan kami. Sampaikanlah kami ke
tempat yang ingin dituju. Selamatkanlah perjalanan kami. Berikanlah kami
ketenangan hati. Allahumma solli ‘ala Muhammad…
Zikir- zikir membasahi bibir Nadia. Kelihatan Mira juga
begitu. Alin dengan riak tenangnya mengenggam tafsir Jingga yang dibawa.
Diserahkan segala- galanya pada Sang Pencipta. Hati- hati itu terus bergantung padaNya.
Semoga tiba di destinasi dengan selamat…
****************************
No comments:
Post a Comment
apa kau rasa? oren?
a big thank you for ur comment, May Allah bless :)