Salam alaik wbt.
Hari ni rasa nak post pasal common questions ask about CFS
Tapi post ni lebih menjawab soalan budak2 sekolah harian, asrama yg tak ada basic arab ya
:D
Kalau course science, memang akan dapat 2 tahun ke?
# Biasanya utk course yg ada subjek Biology, percentage budak2 yg takda basic arab utk dapat 1 year programme mmg susah.
SEBAB?
Sebabnya yg dapat setahun ni biasanya ada 2 keadaan :-
EPT exempted, APT level 2
APT exempted, EPT level 6
#Nak score kat EPT bagi exempted tu inshaAllah boleh tp agak susah la bagi yg takda basic arab mcm sy ni nak score kat APT. Sebabnya kalau basic takda, nak jawab soalan cena, plus ada bina ayat lagi.
Boleh ka nak belajar arab? Dah la tak taw apa2, masuk2 terus exam.
#Tips untuk yg takda basic arab ni, better takyah nak buat2 pandai, nak meniru sbb nanti kita yg susah :D
Sebabnya katakanlah Si A takda basic arab, pi buat2 pandai, tiru ka apa ka, keluar result nanti dpt APT level 2. Nanti Si A ni akan masuk satu kelas yg semua kawan2 dia level 2 Arab, dan mostly mereka2 ni dah pernah amik arab time SPM. Nanti dahla taktaw pa2 terus ke level 2. Dengan fa'il, isim, maf'ulumbih taktaw mcm mana nak buat? Tak ke haru? So takpa we start from basic. TAK RUGI BELAJAR BAHASA SYURGA, BOLEH FAHAM SIKIT2 MAKNA BACAAN AL-QURAN :)
Eee nanti masuk mesti segan, geng2 tudung labuh mesti banyak, dah tu kita mesti ketinggalan.
#Sy mintak tolong korang semua jangan ada mindset begitu. It is not healthy at all. Tipu la kalau sy kata masa first week dalam CENFOS tu takrasa down, segan gila dgn org2 di sekeliling kan. Tapi bila lama2 dah mula bergaul, join society, kenal byk org drpd mcm2 backgroud lama2 perasaan tu akan fade. Lagi satu jadikan semua tu sebagai CABARAN buat diri kita lah. "Kalu diorang tudung labuh score 4 flat, public relation bagus, speaking arab,bi mcm air, takkan aku tak boleh, walaupun tak semua kan?"
#Tips utk semua- mix around, belajar daripada kebolehan org lain :)
#Jangan ada mindset org yg bertudung labuh ni senyap, alim @ tak bergaul ngn org lain ye sbbnya golongan2 mcm nilah yg selalunya sgt2 peramah dan terima kita seadanya^^.
Jadual pack tak? Mesti susah kan sbb UIA ada subjek tambahan, penat la camni.
#Kepadatan jadual korang tu depends pd result EPT,APT,tilawah korang nanti lah ye. Yang selalunya bagi pack masa sem 1 ni ---> BI. Sebabnya kalo korang dapat contohnya, level 4. Untuk exempted BI mesti lebih dari level 6, so kalau dapat level 4 jadual mms sgt pack sebab level 4 kalau tak salah total crdt hour BI 16 jam seminggu. Dulu ad kawan sy satu hari blajar BI 4 jam, pagi 2 jam, ptg 2 jam. Tapi dont worry la inshaAllah korang kalau ikut format yg dlm contoh, study sikit, baca isu2 semasa boleh pnya. Tak sesusah MUET ponn ^__^
#Bab subejk tambahan, aha utk makluman akn ada sujek2 lain yg WAJIB diambik oleh semua student UIA ya :). Subjek2 tu adalah:-
@Basic Theme Al-Quran (BTQ)
@Understanding Islam (UI) - ni utk yg tak ambik QS n BA masa SPM
@Study Circle/Tilawah Classes - depends pada ujian tilawah masing2
@Bahasa Arab - depends on result APT
BANYAKNYERR!
Okay mmg nmpk banyak kann?? Tapi hangpa semua takkan belajaq ni sekaligus dalam satu sem laa, no no no. Percaya or tak bleh tnya kat senior UIA subjek2 ni la sbnornye peng-relese tension di kala otak tgh bergelut dgn fakta2 Bio, formula2 fizik ond so on.. Serius,, kelas arab n BTQ dulu sgt ditunggu2. (Kalau brothers ntahla tp pada sy best!)
Kenapa UIA? Bukan asasi len or matrikulasi?
#Last but not least nak bagi sikit la kenapa patut pilih UIA kan, hehehe. Sy admit mula2 dulu tak jangka pun nak jejak kaki kat UIA, not even a second -.-
Sebabnya rasa diri tu sgt2 tak layak nk ke UIA, pekehal aku UIA, aku bukan dak skolah agama pun. Plus result SPM takde la straight A, boleh2 la. Bek g matriks, untung2 kalo 4 flat bleh fly lagi kott.
---> Sebabnya sy pun tak bleh nak bagi precise jawapan nape pilih UIA sedangkan dlu masa isi UPU tak smpai 5 minit pun. Mintak je sbb hati da tekad nak g matriks. Only Allah know why. Sbb rasa waktu tu 'I'm the chosen one'. Kenapa dalam ramai2 kat luar nun aku yg Allah pilih? Bukan dia tu, dia ni bla3.
'Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi ‘ala dinik wa‘ala ta’atik'
Allah Maha Mengetahui segala sesuatu yg b'laku. Kenapa kita yg dipilih dan buakn mereka3.
So, take it as challege, inilah peluang korang, walaupun mungkin lama tapi inshaAllah berbaloi2 =)
Sy tak kata masuk2 UIA tu suasana bi'ah solehah tu terjamin ada 24 jam depan mata, no2. Setiap benda tu takkan perfect kan? Tak semua yg dekat UIA betul2 amal n praktik bi'ah solehah, jadi jangan pelik ahh. Even tuan yg sedang menaip ni masih lagi on the process of constructing myself.
#Kat UIA peluang utk berjumpa ngn Ustaz2 @ personaliti TV adalah tinggi, tapi harap maklum bukan artis nah :D
Kalo nak jmpa Uztaz Zahazan, Uztaz Nizam, Madam Isfadiah (Juri Solehah) mmg agak tinggi la.
Pastu CENFOS ni pun kaya ngn talk2 menarik, selalu ada la personaliti tv mcm Imam2 Muda mai UIA.
So, inshaAllah setakah tu sajalah sharing sy. Kepada sesapa yg sanggup baca sampai abes, thanks a lot yer. Mmg bosan pun, sbb ap yg sy crita tu base on pengalaman diri. People say experience is the best teacher kan? Hehehe. Kalau ada salah silap hrp dimaafkan.
Tajdidkan niat anda, datanglah dgn mmbawa segunung harapan, inshaAllah setiap pengorbanan tu Allah pasti akan balas dgn balasan setimpalnya.
serius best kak Bila :D
ReplyDelete