mereka

Tuesday, November 1, 2011

ISABELLA : perbandingan antara ISLAM dan KRISTIAN

ASSALAMUALAIKUM WBT


Cuti 3 bulan ni bosan kalau kita tak isi dengan benda2 berfaedah kan?
 Baru2 ni lepas aku dah usha2 buku ni dekat sebulan akhirnya buku ni selamat gak ada kat dalam tgn aku :)
Tajuknya : ISABELLA


Tentang penulis : Maulana Muhammad Saeed Dehlvi

Seorang penulis elahiran Pakistan. Beliau telah menghasilkan berbagai karya novel, artikel ilmiah mahupun menulis di media maasa. Beliau ni seorng yang amat bagus tentang Injil dan Al-Quran dengan sangat baik. Salah satu novel beliau yg terkenal ialah ISABELLA, sebuah novel sejarah yang ditulis berdasarkan pengkajian antara Islam dan Kristian. Novel ini pada mulanya ditulis dalam bahasa Urdu sebelum diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuklah bahasa Melayu. 
Sayangya, tak banyak aspek kehidupan beliau diketahui secara jelas, mungkinkah beliau low profile??

SERBA RINGKAS MENGENAI NOVEL NI

Keraguan Isabella terhadap agamanya bermula dengan perbincangan mengenai surat Saint Paul untuk jemaahnya di Rom. Dalam suratnya, St Paul mengatakan hukum-hukum agama itu satu kutukan. Sejak itulah beberapa pertemuan diatur antara orang-orang Islam dan golongan paderi-paderi Cordova bagi membahaskan isu tersebut. Isabella dan rakan-rakannya turut hadir mengikuti perdebatan itu dengan penuh minat.

Pertanyaan demi pertanyaan diajukan kepada paderi-paderi Cordova dan kebanyakan jawapan mereka tetap sama. Saya petik salah satu perbualan dalam Novel Isabella:

"Saya telah katakan bahawa semua ini adalah perkara-perkara ghaib ketuhanan. Tuhan berbuat apa saja yang dikehendakiNya" - Paderi Peter

"Jikalau agama tuan hanya berdasarkan kepada keghaiban ketuhanan sahaja, kenapa tuan jemput kami ke sini, menghabiskan masa tuan dan juga masa kami dengan sia-sia saja?" - Umar Lahmi

Topik perbahasan tidak sekadar membahaskan isu surat St Paul semata-mata tetapi berlarutan kepada topik-topik lain antaranya penebusan dosa, ketuhanan Jesus, bantahan Al-Quran terhadap Injil yang palsu dan kebenaran kerasulan Nabi Muhammad SAW.

#Sangat menarik untuk membaca setiap perbahasan tue dan tentunya anda dinasihatkan untuk tidak skip ayat-ayat dalam novel Isabella walaupun hanya satu ayat. Nanti tak faham apa2 pun. Dan boleh dikatakan di setiap muka surat mesti trdapat ayat2 daripada Al-Quran dan Bible yg telah diterjemahkan ke bahasa. Kalau nak cari boleh la tp Bible jgnla kalau iman di dada masih tak kukuh :)

P/S : Ana sendiri belum habis membaca novel ni, jadi sesapa yang berminat bolehlah bergegas ke kedai buku berhampiran sprti
MPH, POPULAR, SYARIKAT ADAM, HASANI DAN BANYAK LAGI.
Bahasa jiwa bangsa :)









No comments:

Post a Comment

apa kau rasa? oren?

a big thank you for ur comment, May Allah bless :)