mereka

Thursday, April 21, 2011

curi2 : Telur Tiruan Dari China

Assalamualaikum wbt..

curik2 dari :ibnuyaacob


Teknologi telur tiruan telah pun wujud di China sejak 2009 lagi atau pun mungkin sebelum itu. Namun begitu, ia tidak menjadi panas di Malaysia sejak selepas SM Mohamad Idris dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang mula membangkitkan isu telur tiruan yang dijumpai di pasar Pulau Tikus, Pulau Pinang.
Jika sekiranya peniaga-peniaga dapat menjual 30% telur tiruan daripada jumlah keseluruhan telur yang diletakkan di kedai atau pasaraya besar, ia sudah memadai dan menguntungkan. Telur tiruan lebih tahan lama dari telur asli yang hanya bertahan 2 minggu.
Peniaga-peniaga kedai makan akan lebih cenderung menggunakan telur tiruan ini kerana mereka memerlukan purata sekurang-kurangnya 200 – 300 biji sehari untuk masakan. Jika digunakan, tiada siapa yang tahu. Penggunaan di kedai-kedai makan kemungkinan berlaku kerana harga telur asli sentiasa berubah tambahan dengan kenaikan harga minyak tetapi telur tiruan boleh dibuat sendiri.
Cuma amat menghairankan apabila Kementerian Pengguna cuba menafikan telur yang dijumpai di Pulau Pinang adalah telur tiruan dengan mengatakan keputusan penyelidikan makmal di Kuala Lumpur telah mengesahkannya.
Diharapkan pihak kerajaan menjalankan penguatkuasaan yang lebih ketat. Telur yang diuji beberapa biji itu tidak boleh ditakrifkan sebagai mewakili seluruh pasaran telur di Malaysia.
CARA - CARA NAK KENALPASTI TELUR AYAM TU ASLI KE PALSU!
1. Kulit telur ayam tipu tu lebih berkilat *shining daripada yg asli. Awas! Susah nak kenalpasti yea.
2. Permukaan kulit telur tipu lebih kasar berbanding telurt asli. Cuba try p pgg cpt!!
3. Bila kita goncang telur tipu tu, kita akan dengar 'benda' kat dalam berkocak kuat sebab cecair tu tak pekat. Ini kerana itu tiruan!!!
4. Bau telur asli kalau korang nak tau bau macam daging mentah!! Errr p cuba cpt :S
5. Cuba pecahkan telur tu dgn cara ramas pelan2. Kalau ianya asli, bunyi kulit pecah akan kedengaran 'lebih rangup'. Erkk?
6. Putih dan kuning telur tipu akan mudah bergabung/sebati apabila telur tipu tu dipecahkan. Sebabnya bahan2 yg digunakan untuk membuat kedua2nya adalah sama!
7. Telur tipu tu bila kita goreng dgn sendirinya dia akan merebak ke merata kuali tanpa disentuh dgn sudip pun *err aku taktaw nak translate dlm bm mcm mana*


"Eh2, nie mmg telur yg aku baru kentut kluaq ke tadi?? Hmm jgn telur tiruan lagi dala.."
P/S : Wuwuwuw aku suka makan omellete.. pasni mcm takut je nak makan.. SubhanalAllah Maha Suci Allah......

2 comments:

apa kau rasa? oren?

a big thank you for ur comment, May Allah bless :)