mereka

Thursday, March 31, 2011

renungan untuk kaum HAWA..

Aurat?? Aduhai wanita..

Assalamualaikum wbt...
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Aku menjenguk dalam syurga dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah orang miskin dan aku menjenguk dalam neraka dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah wanita. 
( Sahih: Hadis daripada Imran bin Husain radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh Ahmad, al-Bukhari, Muslim, al-Tirmizi dan lain-lain, lihat Sahih al-Bukhari – no: 5198 




Jika diteliti beberapa perkara yang berkaitan dengan wanita, amat jelas masalah AURAT adalah di antara masalah utama yang menyebabkan sebilangan besar golongan wanita di azab oleh Allah di dalam neraka, tetapi yang peliknya masalah ini jugalah yang paling susah hendak diterima oleh kaum wanita!


persoalannya..

 Adakah islam menggariskan panduan berpakaian kepada kaum wanitanya kerana ingin menyusahkan mereka?

Renungilah firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 59 ini..

 "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

Hakikatnya, hikmah menutup aurat itu kerana mahu melindungi diri kalian wahai muslimah. Itulah cara islam meninggikan darjat kaum wanita agar tidak sama seperti kaum wanita agama lain. Adakah kalian berasa bangga diganggu lelaki-lelaki yang tidak dikenali dijalanan? Adakah kalian merasa gembira menjadi tumpuan mata para lelaki yang rosak hatinya di luar sana?

Sayangilah dirimu wahai muslimah..

Jangan rendahkan dirimu ke tahap yang terendah semata-mata kerana ingin memenuhi kehendak nafsu duniawi..ayuh kita cermin pakaian diri!

P/S : untuk lebih lanjut.. baca  di sini :)

1 comment:

apa kau rasa? oren?

a big thank you for ur comment, May Allah bless :)