mereka

Thursday, January 27, 2011

*Behind the scene of Alejandro-Lady Gaga*


ASSALAMUALAIKUM W.B.T



OOPPSS.!! Sorry bukan untuk nak syok2 post video nie. Aku pun tahu lah ini original version ka tak.!
Aku bca blog kak Falia Shazana (falia shazana) pasal2 artikel ni so curi2 ambik untuk dikongsi bersama.!
SOrRY kak ambik tak bg tahu =) 

ENJOY IT!

Pesanan to Alejandro.... Baca sampai abis yek...
Assalamualaikum.. Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni. Insya-Allah.. Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati. Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release. Banyak kontroversi tentang video ni. Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah..Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka. Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..
Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik. Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web. Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati. Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah keweb nihttp://mistisfiles.blogspot.com/ and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal ..Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..
Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video. Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda.
Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi danbeberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkinmengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salahsatu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memeganghexagram sebagai tahanan berbaris.
"I know that we are young.And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore, Alejandro."

Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam danmembawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah.. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hatibiasa biasatapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang samamacam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus).. Google untuk baca lebih lagi ..
But I just can't be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .. Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro?
Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - TheAll-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifatsejati dari kekuatannya.
Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang 'control' dia. Atau senang kita guna istilah dia adalah 'mind-control slave' .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna.
Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : "Stop,please, just let me go, Alejandro" .Sebaik saja diasebut "Alejandro" Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandromerujuk kepada tuhan bukan manusia.
"She hides true loveEn su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, Around you."
Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan..
Selepas sahaja lirik tu... Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula.. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian(Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?
(Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)
Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas.. Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagiagama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untukmenghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..
Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan ..
" In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (...) Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Thereforeit has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of whitemagic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed." - Manly P. Hall
Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan.Dont bother me, Dont bother me,Alejandro (merujuk kepada tuhan)
Don't call my name , Don't callmy name, Bye Fernando ..I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka.
Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakandalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih.. Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer..
I'm not your babe I'm not your babe, Fernando. Waktumenyebut perkataanFernando, Gaga membuat simbol tangan macam tu(yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaranKristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tubuat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri.Kita yang kena solve apa makna dia..
Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gagadah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyisambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :
" Don't call my name,Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "

Dan di akhir video ...Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan? Insya-Allah pasti ..
Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam.. bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae. Jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spirituallain. Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam? Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...
Cik Gaga ni membawa bersamanya semuaagenda illuminati dan taktahu la macam mana ramai yang boleh terpukaudengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragudengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhentimendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga.Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebutLa-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai.Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan iahanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah kami dari tipu daya syaitan dan sekutu nya.. Amin ya rabbalalamin. Sumber asal: vigilant citizen :)

p/s: Apa pendapat korang semua? actually aku dah lama tau pasal benda nie n for sure ramai yg tahu pasal Lady Gaga punya kontrovesi ni dan dia dikatakn salah satu pengikut Illuminati (laknatullah!!).
Any komen? Pandangan? Pape nak share tekan butang 'post a comment' supaya comment disitu tak zero. hahaha.
Kepada semua muslim di luar sana, dulu aku suka lagu Lady Gaga nie, n mesti ramai gak yg suka lagu2 dia sbb laen dari yg laen kan? Rupa-rupanya ada udang disebalik mee yang kita tak tahu.. Masya-Allah!!
Lepas2 aku dapat tahu tu mmg aku tak layan langsung apa2 berita pasal Lady Gaga ni. Korang? Bila lagi? =)
Sekian, Salam....! 

Tuesday, January 25, 2011

Fitrah manusia


Assalamualaikum :)

Erm hari nie ntah nape tetiba aku nak blogging pasal tajuk nie.
Heran kan? Apasal aku nak bagi tazkirah percuma lak.. Sape laa nak baca :P
Oklah tak kisah la sapa nk baca ke tak janji aku puas ati sembang sensorang. 
Dey macam gila sudah -.-

Oklah manusia nie aka kita semua termasuk aku ada satu habit yg tak dapat diubah oleh sesapa pun walaupun diri dia sendiri. Habit apakah? Ya habit itu ialah
SUKA SGT PADA BENDA- BENDA YANG MAHA CANTIK DILIHAT, COMEL DITENUNG, HENSEM DIPANDANG DAN SEUMPAMANYA.
Termasuklah si penulis ni sendiri. keh3. Kenapa aku ckp camtu. Tarak pecayakah??
Ok ada ka org dalam dunia ni tak pandang kalau tiba2 Ratu cantik dunia lalu sebelah dia dgn muka
lawa disebalik make up dia?? Even pak imam yg pakai serban pun sah toleh gak sikit.!
Cayalah ckp aku itu hukum karma alam. FITRAH MANUSIA yg takde sapa pun ada power nak ubah!

Hati kita senang sanagt cair bila tgk benda2 yang indah. Contoh macam tgk kucing yang comel, teddy bear yang gebu2, baby yang sweet, tgk wanita yang lawa, lelaki yang macho.
Kalau benda tu tak menarik mata memandang memang tak akan toleh dah ah pastu!
Kan3 btoi dak? Macam ada pepatah Inggeris sebut, first impression is important (ada kena mengena ka?)

Nak jaga hati kita nie mmg payah.! Sebab syaitan laknatullah tu slalu bertenggek ja kat tangkai hati kita. Of cos la kita tak nampak.! Tengok hadis ini :

"sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.ketahuilah,itulah hati."

Daging yang dimaksudkan tuh of cos la hati kita. Hati yg aku maksudkan nie bukan hati kita (liver tu) yg bleh nmpk kalo kita bedah badan kita tapi lebih kepada benda abstrak! Yang kawal tindak takduk kita, pergerakan kita. Sebab tu la ada pepatah Melayu sebut 
ikut hati mati, ikut rasa binasa!

Allah mengangkat martabat hati bilamana DIA tidak mlihat kepada luaran fizikal atau warna kulit manusia,tetapi ALLAH melihat kepada hati..ALLAH melihat kepada kejernihan hati hamba2NYA.sebagaimana firman ALLAH yang bermaksud..

"sesungguhnya beruntung orang yang menyucikan jiwanya dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotori jiwanya."

So kita ada otak, ada akai, jadi tepuk dada tanyalah hati! Eh eh tanya iman.! Hehe. Dalam dunia serba serbi canggih nie mmg kita suma mudah ja lupa (termasuk la aku skali, ain't not perfect!)
So, muhasabah diri tu penting gak1 Sekali skala kalo blogging nie, jenguk2 la kat blog yg suka tulis nasihat, pengajaran, kisah2 nabi ka. Ehe nak nasihat konon.! Tapi mmg aku suka tau baca benda2 cam nie! 
Dun play play ah..! 

Sedih aku dgq cita kawan kesayangan aku sorang tuh.! Dia skang ada kat kem PLKN Kuala Nerang, Kedah. Kisah dia tak rumit mana bagi aku, dia TERkawan dgn sorang laki yg gentlemen kat sana, TERsuka lak kat laki tu, alih alih TERtau yg laki tu playboy dan dia TERtipu. Aku takleh nak salahkan dialakan. Mmg fitrah manusia. Hehehe cam takde modal tak abih2 ayat tu ja aku guna!!
So my dear friend.! Chill bebeh.! Bukab dia ja lelaki yg ada! Lagipun we're just 18! Tak cukup 18 lagi pun!

Jom kempen ramai2! ^_^

Alah macam ustazah la plak! Tapi takpe, asalkan bila aku blogging ada gak aku wat bende yg berfaedah. Kan3?

p/s : kalau ade silap dan salah cek susun sepuluh jari mohon maaf na :)
saya manusia biasa! Okeh mau mandi dan sholat.!! 
adios amigo, salam

Sunday, January 23, 2011

comelnya dia

nie aku ambik dari fb adik ku, Nabil Cool.. comel kan3?


WEEEE..!



Holla suma.!! Dia tegur saya.!!! YAY sukanya. 
Huhu gembira bukan kepalang. Aisah whats going on to me??
Am I mad?? Yes I think so!!
ASTAGFIRULLAH HAL 'AZIM Istighfar2 Nabila Huda..Sabar2.
 Life is too long to predict what is going to happen next.!
TAPI..... apa2 pun
Saya suka.!!! GAGAGA. abaikan post ini :)

from HIM we came,to HIM we back




muhasabah diri itu penting!


P/S: semua manusia ada hati dan perasaan. bergantung kdp cara masing2 bagaimana nak handle perasaan
sendiri. :D
salam

Saturday, January 22, 2011

MAMPUKAH KITA??

ASSALAMUALAIKUM.!

Post kali nie khas utk kaum hawa sahaja : )
Mari kita renungkan ramai2..!


1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.





2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara!

Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best kan ???



3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”



4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku. Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke.. Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan..". Isk,isk..tak layaknya..



5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go.



Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi. Wassalam.




P/S: MasyaAllah.. Stakat ni aku tak mampu nak laksanakan semua yg aku post kat atas. Yang lain???
         Mampukah kita? Seriously im not that good or alim.. Sekadar untuk dibuat renungan bersama..
        Tepuk dada, tanya iman :)
        Sekiann.. wasalamu.

Friday, January 21, 2011

CINTAN



Cinta

Benarkah buta?

Kalau buta kenapa cinta?


Hati

benarkah gila?

kalau gila mengapa suka?


Rindu

Benarkah ada?

Kalau ada kenapa curiga?


Angan

Benarkah ia?

Kalau benar mengapa lara?


Kalau hati kata cinta,

Rindu bagai nak gila,

Angan sentiasa ada,

Khabarkan saja padanya,

MAHUKAH DIA?


p/s: nukilan khas dari diari hitam kesayangan yg baru ditulis pada tahun ini :)

MASAK2

assalamualaikum.!!

He he tgk title pon mesti da taw kan? Actually da lama aku nak borak pasai masak nih tp disebabkan malas
punya pasai tak jadi^^. Tegok ni ha first day masak as penganggur terhormat.! 

ikan goreng separa hancur :P

sambal sotong. nyum3

Apa macam? Kesimpulannya aku masih fail jadi suri rumah + bini orang.! kih3
Mampos laki aku kalo dpt bini macam ini. Gagaga sudah merepek.!
Aku mmg fail siang + goreng ikan. Watpe nak malu. Saya budak BARU BLAJAR^^

HARI INI menu kat umah guna ikan merah. Siang mak aku wat kalo tak hancuss ikan tu dpt kat aku.
Hehehe ni la menunya:

ikan merah masam masam manis ;)

nie ikan kembung masak.. ntahle! janji ada kuah :P

HAHA at last jadik jugak! Harum bau dia kott.!! Aku tak makan lagi nie.
Nak taw x tadi abh aku balik keja around kul 12 cmtuh. Aku pun abah nk makan p la (bodek2)
ikan abah tu da siap^^. Tapi my abah ckp takpa lah lepas abh p smayang jumaat. Dia makan kek pisang jaa.
Pastu around kul 1.30 td aku pnya perot tetiba lapaq. Pla usyar2 dapur. MASYAALLAH, nasik tak masak kott.!!!! HAMPEH =___= patut la abah tak makan. Malu2 lupa nk masak. Apa punya anak. hehehe. Aku pun tataw camna leyh lupa. Aishhh pelik bebenor.!

p/s: tu laa orng duk umah dah sebulan lebih patot pro masak. kekeke. Nak wat camna? Sapa nak ajaq wei??? Nk g blajaq fulus pun tarak! Bak kata mak aku, tak pa ilmu memasak ni lama2 terer dgn sendirinya. Yaka??

TIPS BEFORE YOU GO Zzz...





assalamualaikum.!

actually aku cilok tips - tips ini dari belog kak Fatin Liyana :)
Hanya untuk pengetahuan. So, sapa2 ade penah buat tu ubah - ubah lah, aku pun especially no 1 tu!
Since dulu pakai kot. Seram eden.!

1 - DON'T SLEEP WITH WATCH
Watches can emit a certain level of radioactivity. Though small, but if you wear your watch to bed for a long time, it might have adverse effects on your health.

2 - DON'T SLEEP WITH BRA
Scientists in America have discovered those that wear bras for more than 12 hours have a higher risk of getting breast cancer. So go to bed without it.


3 - DON'T SLEEP WITH PHONE
Putting the phone beside your bed or anywhere near you is not encouraged. Though some of us will use phones as alarm clocks, but please put the phone as far as possible. Scientists have proved that electrical items including mobile phone and television sets emit magnetic waves when used. These waves can cause disruptions to our nervous system. Therefore if you need to put your mo! bile phone near you, switch it off first.

4 - DON'T SLEEP WITH MAKE UP
People who sleep with make up might have skin problems in the long run. Sleeping with make up will cause the skin to have difficulty in breathing and problem in perspiring. You will also need a much longer time to go into deep sleep.

LAST BUT NOT LEAST

5 - DON'T SLEEP WITH OTHERS' WIFE / HUSBAND
You may never wake up again. : )


P/S: TGK BABY NIE TIDO, SIAP SENYUM AGY. SEBAB DIA TIDO CUKUP, SEHAT. TAK MACAM KITA :)



Monday, January 17, 2011

Saya rindu time SPM sebab...

assalamualaikum w.b.t...!

kenapa aku rindu time2 SPM??
SEBABNYA::::



warden tak ada epecially sensei ^^


handphone berleluasa (SPM kot!)


tak adanye riadah dah (semua pakat gemok :o)

HAAA.. ni lah antara sebab aku ske time SPM.! rasa mcm tension study tu hilang begitu saja.!
Takde sapa2 nk force2 km dngar rocall ( aku jgk yg bg dulu^^ ). Walaupun km tgh duk amik Sijil Pelajaran Malaysia yg menjadi bekalan nyawa sebelum melangkah ke alam 'universiti' nih, tp semua pakat rilek2 jaa. Hebatlah kwn2 aku nih..! Haa mai aku nk wat FLASBACK subjek2 yg telah dijawab semasa 3 MINGGU itu.

BAHASA MELAYU
HAA ini subjek aa target punya la byk..! almaklum la tahun terakhir guna novel dan komsas silibus lama.
karangan pun aku dpt byk spot.1 baca la isi tu ni. haishhh ponink kepala cek taw dak.! Masa paper 1 harituh adala yg target2 naek.! tapi tak sngka naek soalan papsai makanan seimbng.! Aku ingt g masa rehat untuk solat Zohor sebelum paper 2. TUP2 dpt msg, soklan paper 2 bocor kat yan, Kedah.!!!!! Wahh aspuri dah mcm hiteria.1 pakat dok tgk spot last2 minit.1 Tapi yg kuar tu mmg soklan senang. Aku, Nuha, Miera n Biehah yg pon wat tak taw la kalot p hafai yg susah. skali tgk, mmg senang daa.

BAHASA INGGERIS
AHA.! Subjek nie aku agk ketaq laa. Sebab apa? Grammar aku tunggang terbalik n seriously i HATE reading so much.! Reading story books in english lah. HAHA patotnya nk A+ bi idea mau byk, so byk2 la kena bca. Adoyy aku tataw la pa nk jadi nnti.! Paper 1 utk section A was ok.! It was about NS aka PLKN.! Aku risau section B ja.. Karangan kau er.. tak yh cita lar.! But that idea came from my expirience in SPM Barium..hehehehe

SEJARAH
WALAWEI.! Subjek ini kan boleh menang awrd the most spot question of the year.! Apa tidak?? Aku da pnat nk tgk spot tuk subjek nie. Untuk paper 1 yg objektif saja dekat 4 spot.! Mana satu nk pecaya?? HAHA aku ckp bodoh la sapa g hafal (sorry kasaq bahasa^^). Untuk paper 2 saja aku da penink.1 Adoyy2 byk kot.!!! Smpai tak terbaca.! Tup2 kan masa aku dpt paper 2 tu, sblum bkak lg page2 soalan aku da nmpk ada peta.1 yeahh btoi la dpa kata peta page 9 buku F5.! hehehehe tp target yg naik, CIPUT.!!!

PENDIDIKAN ISLAM
MLM sebelum exam.. Gahh gmpak.!! Gosip mengalahkan mami2.! HAHA drpd sesi kutuk kepada sesi politik.! ^^ Keyh2 ckp pasai paper PAI nie, paling plik soklan Tajwid.!! WAAAAA ustaz. ckp tak masok suma yg plik2 sbb tu silibus lama.. Tapi alih2, pa bnda nih? Seb bek aku tgk2 gak. Huhu. err yg target bola tahan la naiknya.Alhamdulillah :) 

MODERN MATHEMATIC
INI my feveret subjek as for my feveret teacher aka my sugar daddy ajaq :)
Suke lorr tp slalu tidoq time math moden :P Masa SPM tuh kan, soklan paper 1 tough gla lah bg aku. The most tough question for the past 5 years.! Even my Cikgu Nazri pun akhirnya mengaku :)
Tapi takper Math moden j apun...RILAX SAJER.!!! (BONGKAK2)

ADDITONAL MATHEMATIC
KILLER SUBJEK lah untuk aku yg mandom maths nie.. Heran aku, math moden was just only piece of cake.! But as for add maths nie cam tak serasi ngan aku ja. Maybe sebab dia adik bradik physic.1 Tapi jwb soklan dia sronok la bila taw buat.!!! hak3 erm arituh aku hmpir2 tertinggal 4 SOALAN paper 1. 4 beb.! Dala soklan blakng2 carry byk marks kot.. Tapi aku hampa sama paper 2.! Section C tak smpat abes T.T
Kalaula aku smpat jawab linear programming :(

PHYSIC
BERAT otak i nk hafal subjek ni cos tak sedia dri awal.! FUHH gla kntang aku tkot chper electric ngn radioactve plus lens.! Pendek kta aku bnci nk kna byng2 nih.1 pa bnda aku tak nmpk tmbnh kalo nk hafai kna phm dlu kan???? Jelashh sma Jaja dia teror Physic mcm dia teror addmath.!
ERM.. masa paper 1 ok la, paper 2 average, paper 3.! Ada kisah lawak.!!! pergh target susah2 kluaq chapter 1 punya F4.! Ticker tape, masa kejadian, aku Nuha Syaya terlewat ke Dean Sri Bertam sbb km off dri surau :) masokm dwan org suma da berdiri kat tmpat msing kot.! Dan aku hnya masok bersma2 slip dan kad pngenalan. ALAT TULIS TAK BAWAK.!!!  Terpaksa la aku pinjam sja :) gila3

CHEMISTRY
I LIKE.! Nie kira subjek makanan akuh lar.! Mmg suka Kimia. Paling snang nk hafal, snang nk faham, snang semualah.! Erm paper 1 n 2 ok2 saja. Soalan paras rendah (kott). HAHA lagi lawak tgk paper 3.! Sama la aku risau redox rxn otr thermo punya chapter kluar.. Sbb dia sgt sensitve bla nk jwb. Alih2 tgk soklan Group 1.! =____= bikin suspens saja..btw aku suka akronim pertroleum yg km hafal mlm tuh.. Gempak.!!!

BIOLOGY
THE LAST.! Yg nie aku biol skit sbb tuh aku wat persediaan awal.! Tak la sesusah aku nk baca mcm Physic tp telalu byk fact nk ingat.! Lagipun aku syg sma cikgu Ruslan n Baba Izani XP
Bio msti a+ for the sake of SAKBA.! err aku mmg hmpas pulas bc lah yg nih smpai kul3 4 tuh. Haha pepr 1 mmg mnyeblahi nasebku. Paper 2 ok2 sja.. Target byk nek dari bank soklan SBP. TAPI paper 3, perghhh aku tak penah jmpa soalan 'sehebat' ini lagi.! WHAT the heck tnya pasai competition between bacteria. Aku lpa cmna tah soklan dya tp aku pnah lar bca experiment tuh. But its not suitable for paper 3 quest tmbh2 lagi soklan planning.! Camna aku nk wat laboratory experimant padahal nk compare jagunf ngn padi??? Tell me how.???? Sir Ruslan pun senyom2 bila tgk soklan. kih2

p/s: stakat ni jala aku mmpu ingat pasai SPM ku.! Act byk g tak termasuk kisah2 di malam exam..
      Mls nk tulis da. hik3 papa pun kpd yg belom menduduki SPM tu hargai la masa2 emas anda.!
      DAHH aku nk mandi :)

Friday, January 14, 2011

corat coret =)

Hey,
Apa kau nak?
Aku tak suka kias-kias,
Lebih suka kau lepas,
Aku dah luah,
Hilang segala amarah,
Ingat kau mengerti,
Lain pula yang jadi,
Apa semua ini?

Ahh,
Hentikan!
Segala keraguan,
Aku dah bosan,
Sampai bila nak bertahan,
Kau bukan mainan,
Tidak mau aku dipersalahkan,
Apalah nasibku,
Oh Tuhan....



Delphinus 1
atas katil
9.06 a.m.

Tuesday, January 4, 2011

selamat berkenalan.!



Nama asal: Azazil
Nama baru: Iblis LAKNATULLAH
Nama glamor: Hantu,syaitan,pelesit,jembalang kuntilanak, dll..
Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam A.S
Status Diri: Fasik kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat tinggal : Di hati-hati mereka yang lalai
Alamat Tetap : Neraka Jahannam
Kawasan : Di sekitar penjuru yang di dalamnya tiada langsung usaha mengingati Allah

Arah Perjalanan : Tiada haluan dan bengkang-bengkok
Isteri : Setiap wanita yang tidak menutupi aurat,tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya.
Kaum Kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
Modal Pusingan : Angan-angan kosong dan tipu daya yang halus
Tempat Pertemuan : Konsert-konsert hiburan,Pasar-pasar dan di semua tempat jual beli
Musuh Ketat : Setiap orang yang beriman dan bertakwa
Sahabat Karib : Anak-anak Adam
Motto Kerja : ‘Hipokrasi asas akhlak’
Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah,menggoda manusia lalu menyesatkannya
Cita-cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
Sukan(yang tidak digemari) : Acara langkah seribu (semasa Malaikat Maut ingin mencabut nyawa)
Kelemahan Diri : Apabila manusia membaca istighfar
Mentor Yang Dikagumi : Manusia yang mempunyai kelebihan dari dirinya
Logo : Sebarang Tatu
Pejabat Operasi : Tandas,bilik air,tempat bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
Rakan Kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan di kalangan jin dan manusia
Sumber Pendapatan : Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba
Jenis Perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka kepada Allah S.W.T
Tempoh Perkhidmatan : Sehingga hari kiamat
Matlamat Hidup : Membawa bersama-sama anak cucu Adam ke Neraka Jahannam
Teman Sejawat : Orang yang mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Ganjaran : Dosa-dosa kecil/besar dan kemungkaran Allah
Pembantu Setia : Orang yang suka mengumpat,mencaci,memaki hamun,penghasut,pendengki dan pendendam
Peristiwa Yang Tidak Dapat Dilupakan : Semasa Allah menjadikan Nabi Adam A.S
Kenangan Manis : Ketika manusia di ambang sakaratul maut,mati dalam kekafiran.
Kenangan Pahit : Manusia yang digodanya mati dalam keimanan.
Makanan Kegemaran : Daging orang mati,segala najis dan kekotoran
Minuman Yang digemari : Wiski,Brandi,taqila,todi,wine,arak dan semua jenis minuman yang memabukkan.
Yang Paling Ditakuti : Orang mukmin yang bertaqwa
Yang Paling Dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Alat Perangkap : Wanita-wanita cantik,model,pelacur,peragawati dan sebagainya.
Saat Ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak.
Yang Paling membosankan : Bila tiada lagi manusia yang ingin mengikuti kemahuannya.
Tugas yang paling meletihkan : Mengganggu manusia ke arah kebaikan kerana Allah Taala
Tugas Yang Paling Disukai : Mengajak melakukan homoseks,lesbian dan berzina
Janji Kepada Manusia : Janji-janji kosong,angan-angan dan tipu daya
Yang Membuatnya Gembira : Manusia yang mengikut jejak langkahnya
Saat Mendukacitakannya : Manusia yang bercita-cita untuk bertaubat
Saat Yang Membuatnya Menangis : Bila manusia yang disayanginya sujud kepada Allah S.W.T

ihsan dari : aman.smskb.edu.my

sekadar untuk pengetahuan :)
saya tgh bosan,,
wasalamu...

Monday, January 3, 2011

cuti cuti malaysia at SEMENYIH

assalamualaikum..!


haha actually aku tataw nk cakap pasal pe dah
duh bosan gaban kan?
erm bulan lepas aka December 2010
aku dan family g Semenyih umah kakak angkat abah
auntie Sharidah n uncle Wahab sekeluarga
tu lah first time turun sana selepas 2 taun diorang balik dari
LIVERPOOL. hebat kan abah??
orang dah balik setaun baru nak p =___=
apa2 pun itulah my DADDY (^_^)
tempat nie aku describekan sebagai sunyi tp tenang, 
lawa n sedap mata memandang
pendek kata 24 jam sejuk aahh
haha kat sini kan ada BROGA HILL
aku tringin nak naik tapi blem kesampaian lagi
abg Hafiz (bayong) kata tmpat tu lawa
kalo g sebelum subuh dpt la tgk matahari naik
FUHH! sah cun gila lahhh
tringin nak tgk, dia kata Syed Muzaphar amik gmbar kawen 
kat atas tu laa, melalui gambar dlm fb bayong, bangah n acip 
yang aku usyar mmg cun ahh tempat tu
tapa2 one day i wll be there.!
hehe lagi kan kat sini ada 
NOTTINGHAM UNIVERCITY bg Malaysian Campus
menurut auntie n uncle tempat nie la
cita Legenda Budak Setan dilakonkan
lawa ooh tmpat nie
tgk la pic2 tu nanti ea. Aku g gak Rabbit Farm 
yg terletak kat kaki Bukit Broga tuh
harga masuk 5 ringgit malaysia
HAHA best dok aen aci ligan ngan arnab
patut tgk Hasif (acip) dok main2 ngan monyet, 
dah macam kawan aku tgk.!
haha lawak ja ea, lagi satu Siti lak terkial2 nk suap
biri-biri tu bagi makan. hahaha
tp tempat nie busuk skit aa.
Then km g gak kat Semenyih Bus Central
kat situ abg Haziq (bangah) duk jadi
'chef'. hehehe act dia jual Char Kuetiau Penang kat situ
hasil menurun uncle la kot.! dulu dia jual
pa pa pun perghh sedap cam makan kat Penang la bangah.!
kalo kat umah lak aku menghabiskan masa aku ngn Siti la
ada sekali aku teman Siti ke kelas piano dia kat Cikgu Shafi studio
ala cikgu AF tuhh. hehehe
pastu Siti ada sekor kucing nama Jibek
COMEYY gila kucing tuhhh
aku terpikat o_0 
tak penah2 meminati kucing laa katakan
Kesimpulannya cuti cuti aku kat Semenyih nie best laa
merehatkan minda sbb km tido lambat! bangun pun lambat.!

sehingga sini dulu ea =)

wasalammm

(ermm susah nk upload pic tgk2 laa kat fb)