mereka

Monday, August 18, 2014

Cerpen : Sebelum dan Sesudah

Buku disusun, tangan bergerak laju. Pantas sekali lagak aksi si tuan empunya kedai. Padahal dia baru disitu kurang sebulan. Namun otaknya tidak, hanyut dibawa mimpi..

Teringat perbualannya sebentar tadi dengan Kak Sue.

'' Tengok ni? Mesej ni baca."

''Siapa bagi ni Kaksu?"

''Girlfriend suami akak!"

Terkesima. Kelu tanpa kata. Lantas otaknya menyelak buku lama.

'Sebelum.'

''Assalamualaikum Babah Along bukan seorang yang pandai berkata- kata. Apatah lagi di hapadan orang yang Along sangat hormati. Walaupun Along tau, wajib untuk Along katakan apa yang betul dan apa yang salah, tapi lidah Along kelu seribu bahasa. Tidak ada keberanian untuk Along bersuara. Walaupun Along tahu niat Along hanya mahu betulkan keadaan. Jadi Along kirimkan surat ini mewakili diri Along, isi hati Along dan segala apa yang Along rasakan selama ini. Yang hanya Penciptanya saja yang tahu, maka hari ini Along mahu kongsikan bersama makhlukNya, iaitu Babah.

Babah, selama 20 tahun Along hidup, tidak pernah sekali Along membantah cakap Babah, segala apa yang Babah mahukan. Apa yang Ummi dan Babah tetapkan, Along cuba akan ikut selagi mana Along rasa mampu ikut. Selama 20 tahun, Along hanya tahu mengangguk, berkata 'Ya' untuk segala kemahuan Babah walaupun kadang kala Along tidak suka. Ummilah yang akan menjadi insan merawat rajuk Along, memujuk di kala Along cuba memprotes dalam diam.

Jadi untuk kesekian pertama kalinya, Along mahu Babah fikirkan masak- masak. Fikirkan setiap bait kata Along ini. Jika Babah masih mempunyai secebis kasih buat Ummi. Jika bukan Ummi sekali pun pandanglah pada Along dan adik- adik. Anak Babah ini. Jika 'kecantikkan dunia' yang dikejar, Babah akan hilang harta akhirat ini.

.............................

 Maaf andai surat Along telah mengguris hati seorang ayah, namun Along lebih yakin jika Babah masih tetap dengan keputusan yang sama, lebih banyak hati yang terguris dan lukanya boleh reda, tapi tidak pada sakit dan juga parutnya.


Yang ikhlas,
Along.''

**************************************************************

'Sesudah.'

Turun naik dadanya menahan air mata. Dia tidak lagi lemah. Dia kuat, ya dia kuat. Kerana kekuatan inilah segala 'drama' masih bertahan.  Ya dia sedang Dia uji. Ibarat telur dihujung tanduk. Tidak. Ibarat ais di antartik. Sekejap sejuk sekejap mencair. Bergantung pada cuaca yang sekarang tidak menentu. Boleh jadi baik boleh jadi buruk untuknya.

Kadang kala dia berputus asa dengan 'experiment' Tuhan. Dirasakan biarlah dia diberi 'sad ending' sekali pun, kerana dia sudah benat berteka teki, bermain tali tarik dengan Pencipta. Menanti apa nasib 'drama' keluarganya. Yang mana ibu dan ayahnya watak utama dan dia tidak kurang pentingnya.

Perit untuk ditanggung, kerana dia yang merasai. Berat mata yang melihat tapi berat lagi beban yang dia rasai, kerana dia ada secebis ilmu. Allah bagi dia kesedaran itu. Dia tahu, tapi dia tak mampu untuk aplikasi segala ilmu hatta terhadap keluarga sendiri.

'Macam mana aku nak jadi daie, murobbi kepada orang lain, sahabat sedangkan keluarga aku sendiri hancur! Tiada sakinah, mawaddah wa rahmah.'

Bentak hatinya.

'Akan aku semat dalam hati, walaupun sebahagian diriku sudah mula memasang benci kepada lelaki, tapi harus diingat aku sendiri punya adik lelaki.'

Dia tidak boleh sebegitu, sehingga akhirnya. Jika tidak dia memang bodoh!
Punya ilmu tapi tidak diamal.
Punya otak tapi tidak dipakai.
Punya minda tapi tidak diteroka.

Hanya satu ditanam dalam hatinya, biarlah sesiapa yang akan menjadi 'pemimpinnya' satu hari nanti, dia hanya mengharap insan itu mampu membimbing keluarga. Mampu menjadi 'pencetus ummah' di dalam rumahnya. Turning point untuk Ummi dan adik- adiknya, dan mampu menjadi insan yang mampu mengubah diri  yang amat disayanginya, Babahnya.

Dia tidak mencari secara wujudnya, cuma dia selalu 'mencari' dalam doa. Doanya supaya Allah memberi yang terbaik untuk dirinya dan sudah tentu keluarganya. Antidote yang mampu memberi penawar kepada 'penyakit' yang masih tidak mampu diubatinya.

Dia sudah mencuba dan akan terus mencuba, kadang kala tersungkur kerana hati yang sekeras kerikil tidak mampu dilembutkan dalam masa sehari. Dia tahu dan tidak berputus harap pada Ilahi.