mereka

Monday, June 24, 2013

khas untuk kamu

Salam alaik!

Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang oleh Maha Pencipta untuk menghirup Oksigen di muka bumi walaupun indeks udara di Malaysia agak tidak memberangsangkan. Jerebu sedang menyerang tanah air!
Moga Allah turunkan rahmatNya pada kami :'(

Hari ni 

23.6.2013
23 JUN 2013

Bersamaan 

15 Syaaban 1434H

Salam Nisfu Syaaban. 15 hari lagi kita bakal bertemu dengan Ramadhan, sempatkah kita?
Allahumma balighna fi ramadhan.



Dan....
tidak dilupakan jugak sempena dengan tarikh masihi ini merupakan hari istimewa buat seseorang.
Seorang sahabat yang istimewa jugak buat saya, iaitu roomate + katilmate + studymate + biromate + abmate dan segala mate yang boleh saya label.

SARAH SHAFINAZ MD HISHAM

*sarah/pinnah/kak ngah/angoh*

Sanah helwa ya ukhti habibati!! Moga bertambahnya umur ini selari dengan pertambahan amalmu. Jadilah muslimah yang menyumbang untuk agama Allah walau dengan apa cara termampumu. Buatkan Islam bangga denganmu, bukan manusia bangga denganmu.

Sayang Angoh fillah! Maap sbb kak Teh lambat wish, memang di senaja kan pun. Hehehehe.

Menyingkap tirai perkenalan kami, sewaktu pertama kali saya menjejakkan kaki dibumi CFSIIUM & kemudiannya Allah takdirkan saya di bilik 703 mahallah Khadijah, saya sudah terpandang akan wajah- wajah yang bakal menjadi teman sebilik untuk 2 tahun di bumi itu, Rasidah, Syahirah dan Sarah.

Pandangan pertama saya padanya,

'Hmm nampak mcm senyap je dia ni, wah pakai tudung labuh diaa, boleh ke nak kawan ngn aku? Ish segan2.'

Tapi fasa- fasa kemudian barulah ku kenali insan ini. Orang yang paling heboh di bilik kut! Hehe, senang kata, kalu takde Sarah, sepi la bilik sebab aku, Sidah n Yayah bkn tak banyak cakap cuma kami x se'bising' Sarah, kut (Kak Ngah pasni boleh sembelih ambe :P)

 *abaikan tgn itu*

Alhamdulillah sepanjang 2 tahun perkenalan dan berkongsi bilik, saya bersyukur kerana Allah mengurniakan insan- insan hebat sebagai teman sebilik. Walaupun seorang dari kami telah berlepas ke Mesir, namun ruh ukhuwah fillah itu sangat kuat, kuatnya aura terasa hinggakan hari ni. Itulah indahnya bersahabat kerana Allah.

To Kak Ngah aka Shafinaz Hisham,,

terima kasih kerana menjadi roomate yg ohsem,
terima kasih kerana menjadi sahabat yg sejati,
terima kasih kerana menjadi teman study yg dedicated,
terima kasih kerana menjadi shbt biro yg semangat,
terima kasih kerana menjadi adikbradik yg sgt2 care pada saudaranya :')

tidak cukup wadah ini untuk saya ukirkan betapa bersyukurnya mempunyai insan sepertimu dalam hidup,
walaupun tempoh persahabatan kita baru mencecah 2 tahun lebih,
saya tidak ingin persahabatan ini rapuh ditelan dek zaman, dimamah dek usia, 
luput kerana kejauhan, biarpun kamu dentist, sy belum pasti apa yg Allah takdirkan,
ingatlah sy dalam doamu.

mekasih sbb selalu kejutkan tido, bersabar dgn rumate yg slalu 'kalah' di medan studi, stido je kerja,
mekasih sbb slalu dgr sy bebel bila ada masalah dlm keje,
mekasih sbb awk sanggup korbankan katil awk utk sy, sbb kesian sy penat balik meeting nak panjat2,
mekasih sbb slalu pinjam tuto, nota2 sbb sbuk tlampau sgt,
mekasih sbb awk sgt dedikasi buat keja, walaupun ketua busy, pic pun sama tapi awk masih teguh buat keje, follow up anak buat,
mekasih utk makanan, kek, minuman, tudung, jubah & segalanya lah yg penah kita kongsi sepanjang 2 tahun perkenalan.

smoga kita still cenggini bila kita di Kuantan nnti ye, 
walaupun awk akan sibuk gila2,
kuliah kte dekat tau,
kawen, tunang jgn lupe rumate! hehehe

Lastly, taktahu nk tulis ap dah, iAllah apa yg ditulis ni lahir ikhlas dari sudut hati, tak plan, draft apa2 trus taip je ni. Heee.

Sayang awk kerana Allah.

Till then, let the pictures speak,,







 




*tgk jari kita, 23 :D*

sehingga itu, wasalam.

ikhlas from Pulau Pinang with love!

Friday, June 21, 2013

coretan hati insan

assalamualaikum wbt

Fuhh, agak jarang blog ini dikunjungi tuan tanahnya, 
maafkan penulis wahai blog, tuanmu hilang fokus sebenar sejak2 hujung sem lepas.
Banyak perkara yang tiba2 timbul sampaikan penulisa sendiri tak jangka dan tak tahu macam mana nak hadapi. Cis, bajet penulis lah sgt.

Banyak sangat benda yang jadi sejak dua menjak ni, rasanya tak mampu aku harungi tanpa teman disisi, tanpa petunjuk Allah, sungguh memang aku rebah! Lagi- lagi jika ianya berkaitan MEMBUAT KEPUTUSAN.

Aku akui aku bukanlah yang terbaik dalm membuat penilaian, siapalah diri kita ingin membuat penilaian itu? Diri yang pernah penuh dengan dosa yang belum tentu sudah habis Allah ampuni. (Ohh ayat, biarkan aku melayan perasaan seketika)

Amat sukar untuk diri ini membuat keputusan, tidak kira berkaitan cita- cita, masa depan, pilihan hati atau apa saja. Formula mudah untuk atasi masalah ni = ISTIKHARAH. Minta petunjuk dari Allah, sensungguhnya Dia Maha Mengetahui.

Allah, sudah ku lalui fasa itu, sudah aku lakukan. Tapi...........
Jawapan yang tenang belum aku temui!! Pedih kot. Pedih. Aku rujuk teman- teman yang punya ilmu, merisik jawapan. Ya, mungkin disebabkan dosa- dosa aku, Allah tutup hijab, belum tiba masanya aku mendapat jawapan. 

Kata seorang sahabat. 

'Allah bersedia tatkala kita bersedia.'

Mungkin aku yang belum cukup bersedia untuk mempunyai jawapan. Bersedia yang bagaimanakah? 
Belum bersedia dari segi rohani, mungkin zahirnya dilihat seida, hebat, bagus, baik. Tapi dalamannya masih lagi belum utuh, masih rapuh, masih tidak mampu 'menangggung' jawapan yang Allah bakal bagi. Dia tahu segala kemampuan hambanya.

Ya, aku sangat- sangat buntu, mengharap satu jawapan. Memang penantian itu satu penyeksaan. Kadang- kadang hati aku pernah tanya,

'Kenapa Allah selalu suka hamba Dia dalam dilema, kenapa kita perlu buat keputusan?'

Hamba ni memang teruk! Bila Allah tidak memberi pilihan, kita akan kata, Allah tak sayang kita! Tak beri kita peluang memilih apa yang kita suka. Bila kita diberi pilihan, kita tetap masih salahkan Alllah sebab meletakkan diri kita dalam keadaan bingung, dilema. Sungguh kejam kan manusia! Asyik mengeluh!

Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila dia ditimpa kesusahan, ia berkeluh kesah. Dan apabila mendapat kebaikan dia jadi kikir. - Al- Ma'arij : 19-21

Betul, itu adalah sunatullah, hakikat penciptaan manusia kita tak akan dapat lari dari sikap mengeluh. Apa yang kita mampu buat ialah kita cuba elak dari mengeluh! Sebab itu secara sunatullah manusia memerlukan Allah utk disembah, tempat bergantung, tempat meminta tempat mencurahkan bakti tenaga dan segala- galanya yang abadi!

Allah2, apa yang sedang aku merapu ni? Maafkan andai yang ditulis itu melalut melebihi had, tiada ni, bila mula mencoret rasa hati, mula aku 'over' sedikit. Point entri kali ni aku hanya nak meluahkan kekesalan aku dalam membuat keputusan. 

Aku akui kadang- kadang yang kita dah putuskan tu, yang kita rasa terbaik untuk setakat ni belum tentu enjadi yang terbaik seperti yang kita sangkakan. Contoh mudah praktikalnya:

Memilih antara dua bidang.

Hati kita tak dapat putuskan yang mana satu harus dipilih, maka kita pun istikharah & istisyarah. Sehinggalah di saat keputusan perlu dibuat, kita yakin (walaupun bukan 100%) untuk cakap A. Selang 2 3 minggu kemudian, hati kita kembali tak tenang. Macam- macam berlaku dalam perjalanan kehidupan, menyebabkan kita rasa pilihan B yang lebih sesuai. Sedangkan kita dah pun membuat pilihan.

Persoalan yang sering berlari- lari di benak otak-

'Masihkah ada peluang untuk kita ubah keputusan?'

'Adakah ini hanya mainan syaitan, yang hanya nak menggoyahkan pendirian kita?'

Bila dicek diri balik, aku memang silap, silap sebab salah teknik. Teknik apa pulak? Istikharah ni bukan benda petik jari boleh dapat lepas tu dah ok tak perlu lagi. Kita kena konsisten buat sampailah keputusan yang kita ambil tu betul- betul berlaku/jadi kenyataan. Mudah nak kata kalau bab kahwin, selagi mana kita belum bernikah dengan pilihan yang dibuat kita kena terus istikharah lah. Allah, benda mudah. tapi ramai yang leka. Termasuk orang yang menulis ni.  :')

Persoalan tadi, masih bermain- main diminda, apa yang perlu aku lakukan? Aku masih teruskan istikharah aku lagi, mungkin Allah masih hijab jawapan yang betul- betul aku perlukan sebab keadaan diri yang tidak bersungguh- sungguh? Diri yang banyak maksiat, lalai dengan urusan agama. Aku masih mengharap.

Ya, aku mungkin tidak tetap pendirian, kerana siapalah aku tanpa Allah. Pendirian aku pun datang dari ilhamNya.

InshaAllah, peluang masih ada. Tolong ingatakan aku, apa yang ditulis bakal diuji hebat Allah terhadap penulisnya.

“Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang betul, dan memberi berita gembira kepada orang beriman yang mengerjakan amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.” - Al- Isra' : 9


Terlalu kerdil untuk menilai makna kehidupan yang sebenar. Kadang- kadang perlu pandang 2 3 kali sebelum membuat keputusan.


ikhlas dari nurani,
biar apa orang kata, 
sebab jiwa ini yang merasa.
 

Wednesday, June 19, 2013

mujahadah hati

bismillahirahmanirahim..

Wahai hati, 
kuatlah kau, kuatlah,
dunia perlukan kita,
hati- hati yang mahukan didikan.

Wahai hati,
tabahlah dengan ujian,
terpalit dosa berkandar,
hitam diselubung arang- arang dosa.

Wahai ghuraba', 
maafkan hati itu kerna tidak bisa memberi,
hati itu masih tidak mampu memegangnya lagi, 
hati itu perlu diubati, dibasuh suci,
kerana dipenuhi lumpur- lumpur dosa.

Wahai ansarullah,
harapan masih ada,
hati itu tidak kejam, 
hati itu cuba menjadi adil,
hati itu cuba mencari solusi,
hati itu belum kuat lagi.

Wahai penyambung perjuangan Nabi,
hati itu mendoakan yang terbaik buat kamu,
jika benar apa yang tertulis,
maka inshaAllah janji Rabbi itu pasti,
berikan hati itu masa,
doakan hati itu kuat,
kuat untuk bermujahadah di kala ini,
hati itu tidak sekuat hati Fatimah, tidak setabah Khadijah, tidak sesabar Aisyah.

Wahai daie',
terima kasih kerana banyak mengajar hati,
sungguh hati itu tidak pernah menyesali,
walau tanpa guru,
walau tanpa pengalaman, 
sebaik- baik guru ialah Pencipta itu sendiri,
moga bertemu yang sesuai,
moga berjumpa yang terbaik,
andai tidak tertulis di suratan makhfi,
jaga diri, jaga iman, jaga hati,  
iringan doa agar istiqamah di jalan ini,
walau sebagai teman seperjuangan yang abadi.



Ikhlas dari sudut hati,
19/6/2013
~jalan menuju ke mardhatillah~