mereka

Friday, November 30, 2012

Bi'ah Solehah di rumah?

Bismillah.. Assalamualaikum wbt, selamat malam! 

Jam di skrin laptop menunjukkan lagi 44 minit akan masuk hari yang seterusnya, 30 Nov 2012. Bermakna bulan November bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Bermakna sudah sebulan 4 hari aku memegang title sebagai 'part time housewife'. Tinggal lebih kurang sebulan lebih saki baki masa untuk berada di rumah.

So apalagi? Jom refleks diri. Apakah sumbang bakti yang telah aku lakukan di rumah? Sebagai anak, sebagai kakak?

Fikir.. fikir.. fikir.... Errrrrrrrrrr

Stop. Memang tak banyak mana, kalau buat check list, apa ja sangat. Jaga rumah, sapu lantai, basuh baju, sidai (kadang- kadang Nabil yang sidai), masak ala- ala orang bujang, 'jaga' adik dua orang tu dannn apakah???

Tu saja? Ye la kot, setakat nih.

Tadi lepas garib(maghrib) nak ambik al- Quran Pink aku tengok Nadzim kat depan.

"Dah smayang ka Ajim?" Soal aku pendek.

"Dah." Dia jawab pendek jugak.

Fikiran melayang......

"Ajim jom kita baca Juz 'amma, p ambik, kak tunggu kat depan." Lagak dah macam polis nak 'interview' banduan.

Dan 'pengajian' pun bermula. Nabil aku tengok dah habis, aku dengan 'dengki'nya menyuruh dia buat latihan PMR yang aku bagi semalam, still ada yang belum habis. 

*******************************************************

Usai 'pengajian' aku suruh adik aku bersiap, mak dah tunggu kat rumah Maksu. Maksu tinggal satu taman denganku.

Minda aku bertanya lagi, kalau aku mula mengajar adikku sebulan yang lalu mesti dah habis dia ngaji kan? Boleh la 'tolong' mak abah. Dapat jugak 'saham' kat aku, inshaAllah (tajdid niat).

Point aku kat sini is tak semestinya kita nak tunggu mak bapak kita baru kita nak bertindak. Kalau benda betul, kita mampu buat sendiri, apa salahnya kan? Dan aku rasa rugi sangat- sangat sebab dah sebulan aku cuti sekarang baru terpikir nak buat, alhamdulillah Allah masih bagi aku masa.

Aku tak mau jadi pandai sorang- sorang. Aku tak mau jadi 'baik' sorang- sorang, dan aku tak mau 'tolong mak abah' sorang- sorang. 

Dia akan soal jugak tanggungjawab aku sebagai kakak satu masa nanti. Apa yang aku dah buat utk 'tolong' adik-adik aku?

Bi'ah solehah. 

Selalu sangat graduan UIA dok sebut. Buat teman- teman bukan UIAM, Bi'ah solehah ni ialah suasana yang terbina hasil pentarbiyahan Islam dan juga praktikal amal Islam yang disebatikan dengan kehidupan seharian. Kempen Bi'ah Solehah (BSC)yang dikelola oleh badan tertinggi di CFSIIUM tak lain tak bukan FSCC in-colaboration dengan society- society lain kat sana.

Ok fullstop pasal definisi bi'ah solehah, rasanya semua faham kan.Rasanya program BSC yang saban tahun tu boleh dikatakan berkesan jugak di bumi CFS, tapi dari sudut praktikalnya masih boleh di'edit' dan diperbaiki.

Persoalan yang otak aku 'generatekan' ialah bagaimana/sejauh mana kempen tu berkesan sehingga mampu dibawa ke suasan luar kampus, dan kata mudah di rumah kita sendiri?

Senang untuk mereka yang dilahirkan dalam keluarga 'benar- benar Muslim'. Apa yang aku nak kata, bukan senang untuk aplikasi pada sebuah keluarga yang 'biasa- biasa saja'. Bukan senang tapi boleh, cuma 'pengorbanan dah usaha' lebih dari orang lain.

Jujur aku katakan duduk di rumah dengan kondisi tidak 'sekental' di kampus memang senang nak goyah pendirian. Segala benda yang kita 'tanam' sebelum cuti susah untuk aplikasi 100% di rumah. Maka beruntunglah mereka yang dilahirkan dalam 'baitul muslim'.

JANGAN MENGALAH

Aku banyak muhasabah diri sorang- sorang sebelum tidur. Ya kita memang perlu muhasabah diri. Bagusnya Allah jadikan aku susah untuk tidur malam, masa yang sangat pelik. Pelik kerana otak aku sangat aktif 'berfikir' pada waktu malam. Sebab tu banyak entri aku buat waktu malam T.T

Jenuh aku fikirkan, aku putuskan untuk tidak bekerja sepanjang cuti ini, inshaAllah aku tolong mak buat dadih dan hantar ke kedai- kedai. Dulu masa zaman aku tingkatan 5 mak aku 'aktif' berniaga kecil- kecilan. Bolehla, tak banyak mana tak dapat la lepas duit poket. Yang penting yakin rezeki itu datang dari Dia.

InshaAllah saki baki cuti yang tak seberapa banyak aku nak tolong 'mangsa PMR dan SPM' tahun depan. Adik dan sepupu aku. Ajar yang kecik skali tu mengaji. Lepas dah timbang tara, mungkin tak perlu kerja kot. Dengan 'homework' society yang belum habis dibuat, surat- surat sponsor yang nak dilancar lagi. So tak payah la nak kerja. Banyak lagi 'kerja' yang perlukan khidmat aku.

Semoga Allah redha. 
Semoga apa yang aku hajatkan mampu aku lakukan.
Tangan yang menaip itu lebih dekat dari tangan yang membaca.

Mohon doa kawan- kawan.

Peace!

 *walau kami suka gaduh aku tetap kakak, depa tetap adik*
*KAMI TETAP SAUDARA*

I'm moderate. I do what I think the best, what I feel I can do. I am nobody without HIM
 Mata masih cerah, aduhhh.

Wednesday, November 28, 2012

Membaca Itu Jambatan Ilmu

Bismillah..
Salamualaykum wbt, Selamat Sore!

Cuaca sungguh baik hari ni, mood pun ok, alhamdulillah penantian 4 hari berbaloi akhirnya! Apa yang berbaloi? Aha story begins now.

Lebih kurang masa 21 Nov 2012 hari tu aku terjumpa website beli buku online.



Itulah dia Kedai Buku Online PTS.
Niat di hati hanya ingin melihat- lihat buku, sekarang ni alhamdulillah minat membaca timbul balik. Alih- alih tengok ada promosi "Karnival Buku Online" dari 20 Nov 2012- 30 Nov 2012. Yang menariknya penghantaran percuma ke seluruh negara kalau kita beli buku RM25.00 ke atas. Nampak macam terlambat plak promote  kan sebab tinggal lagi dua hari. Aku berpegang pada prinsip 'better late then never' :D

Jadi tanpa membuang masa dan tenaga terus aku membelek- belek senarai buku yang ditawarkan. Buku yang aku pilih adalah di senarai ni.



#PrayForGaza

Kenapa mesti tajuk pasal Palestin? Keran umum sedia maklum akan keadaan di bumi berdarah itu sekarang. Alhamdulillah walaupun kita tau Israel bersetuju untuk melakukan genjata senjata setelah usaha yang dilakukan oleh Dr. Morsi, tapi jangan nak berharap sangat pada Musuh No 1 Islam tu. Teringin sangat- sangat nak beli bukunya apatah lagi ada dikaun 20%, free delivery pulak.




Buku 1. Gadis Kecil di pinggir Gaza- lepas aku dapat pegang buku tu tadi baku perasan yang ada sticker pada kulitnya bertulis "setiap pembelian buku ini, RM1 akan disumbangkan kepada tabung Amal Palestin". Alhamdulillah dapat juga aku buat sumbangan pada saudara kita kat sana.

Buku 2. Salahudin Penakluk Jerusalem- hasil nukilan penulis sejarah terhebat, Pak Latif. Beliau pernah datang ke Pusat Asasi UIAM untuk bedah buku terbarunya Kamal Artatuk. Sangat mengujakan. Aku pada mulanya ingat nak beli buku berkenaan Constantinople atau Sultan Muhammad Al- Fateh, sebab MEDCY ada bagi sikit 'homework' untuk adik- adik LG, jadi seniornya kenalah juga lebih tahu. Takkan nak jadi ketam mengajar anak- anaknya berjalankot? Tapi mungkin tak da rezeki, tiada yang berkenan dihati. So, aku pilih buku ni sebab nak tahu sejarah berkaitan Jerusalem atau kita kenal dengan nama Palestin sekarang.

Macam mana nak order? 
Sonang ja, nanti kat tepi senarai buku tu ada icon "add to cart", so bila dah berkenan klik pada ayat tu, ikut arahan selanjutnya. Kita ada 2 pilihan, boleh nak sign in atau pun sekadar guna email. Bagi aku nak memudahkan cara aku guna email saja. 

Payment method dan segala bagai pun tak susah mana, hanye perlu ikut arahan yang dia suruh.  
Ikut arahan :)



Nanti bila dah siap semua, dia akan emailkan pada kita invoice, status tu akan jadi "delivered" bila kita dah buat payment dan email/faks bukti pembayaran. Macam aku buat Transfer from CIMB akaun, jadi aku scan slip sebagai bukti dan email, lepas tunggu email reply dia akan cakap dah terima, tengah proses. Dalam kurang 5 hari barang anda pun sampai. Senang kan?

Bestnya ialah, jimat masa, tenaga, minyak dan jugak duit :)

Selamat mencuba!

Jangan jadi generasi bijak IT untuk bersosial saja, gunakanlah 'bijaksana' itu ke arah kebaikan.
Jadilah generasi yang berilmu, macam mana? Dengan membaca!

Iqra'!

Tuesday, November 27, 2012

Masa.Usia.Matang?


Assalamualaikum wbt...
Rat dee sawat, atau dalam bahasa ibunda kita selamat malam. Bahasa negara jiran kita, Thailand baru aku jumpa semula setelah aku mengodek almari buku di rumah, mencari buku- buku nota yang masih boleh di pakai. Aku temui buku pink yang tertulis 
"My English Jurnal". Buku yang mesti kami ada dan tulis apa- apa sahaja berkaitan hidup kami di SAKBA semasa 'zaman SPM' dulu. Tugasan yang diberikan oleh guru BI kami. Sapa masih ingat, Tikah Yana? Amirah? :)

Jam di skrin laptop telah menunjukkan lagi 10 minit pukul 2.00 pagi. Aku memang ada masalah susah tidur. Walaupun bangun awal, jadi 'part time housekeeper' mata aku ni masih terang benderang. Mungkin dah terbiasa sebab di CFS jarang sekali aku tidur sebelum jam 12.00 malam. Waktu 'standard' mata layu dalm pukul 1.00 pagi ke atas. Kenapa? Tanyalah budak- budak UIA yang kaki society, kaki study. Mesti faham :)

Apa pulak kali ni ya, otakku ligat berfikir waktu- waktu sebegini. Disebabkan rasa bosan menerjah diri tadi, lantas link blog ini aku tekan. Sekali enter homescreen di paparan. Aku jenguk ke 'blog archive' lantas membaca '6 post pertama aku' sebagai seorang blogger.

Kelakar. Lawak. Ketawa, gelak dan senyum. Kalau Abah nampak tadi sah dia kata anak sulungnya dah putus wayar.

Dari sebuah penulisan yang ala2 budak 15-17 tahun tengah 'high' di zaman sekolahnya. Siapa yang kenal dengan aku sejak zaman UPSR-PMR-SPM, mesti tahu yang gayaku bukan lah seperti Miss Malaysia-wanna-be. Bukanlah jugak gadis pingitan, bukan juga Cheer-leader type. 

I am in the type of Boys must-be-scared.

Apakah? Ya aku jenis 'ganas' dulu. Sangat ganas, sebenarnya lebih kepada moderate. Tidaklah sampai membuli orang kan.

Sedangkan seorang warden asrama melabelkan aku 'ibu mithali'. Apa motif sehingga kini aku tidak tahu.'Garang tapi penyayang' ke Abah? Opss saya bukan nak masuk bakul dan angkat sendiri, tak mampu begitu. 

Bila usia meniti masa, perlahan- lahan aku lebih kenal akan diri sendiri. Daripada tak suka masuk dapur menjadi seorang yang suka berada di dapur. Dari seorang yang gila ADIDAS, NIKE BILLABONG sekarang alhamdulillah menerima jenis- jenis selayaknya untuk seorang remaja muslimah.

Berbalik kepada penulisan tadi, ada pada satu 'post' aku katakan tujuan asalnya aku ber-blogging hanyalah sekadar suku- suka. Ya itulah pemikiran standard seorang remaja biasa- biasa, yang masih mentah akan perihal hidup. 

Satu ketika dahulu aku tidak pernah menghayati apa tujuan utama pengciptaan manusia di bumi. Sekadar teori mudah aku pakai. Belajar>ikut kata orang tua>balas jasa dan yang penting tidak langgar undang- undang Allah. Sekadar aku pakai, tidak aku hayati sedalam- dalamnya.

Kata Allah :

Tidak Aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadat kepadaKu ( Al-Dzariyat : 56)

Dan,(ingatlah,wahai Muhammad)ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi".( Al- Baqarah : 30)

Allah susun kronologi hidup aku cantik sekali. Kemah keming bak kata orang Terengganu. Jika satu masa dulu pernah timbul penyesalan aku kerana memilih UIAM sebagai gedung menimba ilmu, pasti akan lebih aku menyesal jika aku tidak berada di tahap ini hari ini.

Mana mungkin aku akan rajin merenung 'love letter' Allah, membaca artikel- artikel Islamik, muhasabah diri, dan perubahan diri paling ketara adalah dari sudut bacaan. Ya aku paling malas untuk membaca buku selain dari terpaksa kerana atas tuntutan akademik, buku- buku seram atau pun novel Melayu zaman sekarang.

Dibesarkan dalam atmosfera 'biasa- niasa saja' dalm bab- bab agama. Apa saja dengan yang sunat kalau yang wajib pun cukup- cukup makan? Allahuakhbar. Bersyukurlah, nikmat yang selalu kita lupa.

Alhamdulillah for everything. He knows best.

~Permulaan hidup yang baik tidak menjamin pengakhiran di dunia yang baik. Allah boleh terbalikkan bila- bila masa. Yang seperti 'malaikat' boleh menjadi 'syaitan bertopengkan manusia' dan yang seperti 'dajjal' boleh menjadi 'sebaik- baik manusia' dengan hanya sekelip mata. Pohonlah husnul khatimah dariNya.
Tetapkanlah hati kami Ya Allah




*sedangkan jalan itu berliku, inikan pula 'jalan kehidupan'*

Rindu zaman forum, habis ayat berbunga kalah Romeo keluar. Bahasa jiwa bangsa ;D

Monday, November 26, 2012

nampak ringan, tapi sebenarnya..

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum wbt.

Salam maghrib semua!

Huh apa ja la aku nak buat time2 maghrib ni, g solat tu! Apa kaitan maghrib dengan tajuk? Ermmm.. 
Ada bagi yang faham cerita. 

Rutin harian budak tengah cuti, aka kakak kepada adik2 mestilah menjadi part time 'suri rumah'. Tak kurang juga menjadi part time 'sarjan'. Kenapa?

***********************************************************
Ceritera 1

"Nadzim! Mandiiiiiiiiiiiiiiiiiii.!"

"Satlaaa.." Santai saja dijawabnya.

Seminit.. dua minit.. tiga minit. Kepala jenguk ke depan. Aik....

"Adik! Pi la mandi cepatttt! Nak tunggu tengah hari ka?!" Rasanya cukup sebulan kalah staff sarjan suara aku. Orang sebelah pun mesti dengar. 

Ceritera 2

"Abg Ngah dah smayang dak g?" Tanya si kakak.

"Dak g.." Mata di TV.

"Pi la cepat smayang, satgi kalut2 takdan nak p kat Cu". Tangan lincah memotong bawang. Nasi tengah masak. Okey panaskan minyak dulu.

***********************************************************

Motif? Nampak senang je nak suruh yang tu yang ni. Kalau nak senang tak payah nak suruh, pandai- pandai la hidup kan, dah besar. Tapi satu hari pasti aku akan ditanya, bukan disini, tapi disana.

Apa peranan aku sebagai anak? Sebagai kakak?

Bukan setakat peranan aku seorang mahasiswa, bukan sekadar seorang rakyat, bukan sekadar seorang hambaNya.

Keluarga, ya keluarga kadang- kadang kita lupa peranan kita pada mereka. Mengajar adik Alif Ba Ta. Menolong adik dalam kira- kira. Bla bla bla. Nampak senang hakikatnya tak sama.

Kehidupan di universiti tak sama macam di rumah. Kondisinya tidak sama. Kita tidak berada dengan golongan yang 'satu tujuan' dengan kita. Apakah maksud?

Ya budak berumur 9 tahun, otaknya hanya fikir main main dan main. Seorang remaja 14 tahun, hanya fikir mahu berseronok, TV, K-pop, jumpa kawan. Itulah aku jugak dulu (kecuali untuk K-pop)

Jangan paksa, tapi pujuk, suruh. Kadang- kadang perlu guna kuasa veto seorang kakak. Hahahahaha.

Diriwayatkan oleh al- Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW berkata :
Semua kamu adalah gembala. Semua kamu bertanggungjawab terhadap rakyatnya.



Learning process is not as easy as ABC, 123 DoReMi.

Wednesday, November 21, 2012

main masak- masak

Api disederhanakan. Kacau..kacau..kacau dan kacau.. Semakin perlahan gerak tangan. Titis peluh menbasahi muka. Semakin 'lebat' nampaknya.

'Apasal lagi susah nak kacau ni, ni dah macam masak dodol!'

"Jim! Pastu kena buat apa?" Teriak si kakak.

"Yang no 2 tu ka?" Sambil tercari- cari bait ayat di skrin laptop.

Pertanyaan dibalas dengan anggukan.

"Cepatla!" Panas di hati pun dah sama panas di periuk.

"Satukan... semua... bahan..., kacau sehingga semuanya.... larut dan... tapiskan. Masak sebentar... diatas api sederhana.... dan sentiasa.. kacau..." Satu persatu dibacanya, maklumla budak 9 tahun.

'Api sederhana, patutla api terpadam! Mana tak liat!' Cepat- cepat api buka semula.

Macam ni lah kerja orang jarang masuk dapur, apa nak jadi. Ish ish ish. Harapnya kuih talam gula merah tu menjadi.

Kuih talam gula merah Angry Bird kata Nadzim. Mai mana angry birdnya? 
Ntahla.

Malu bertanya sesat jalan, malu mencuba sendiri kempunan.

Peace! ^-^ v
  
**************************************************************

bijak merancang masa

Assalamualaikum wbt
Salam zohor!

Sedar tak sedar dah nak hampir sebulan pun cuti.
Apa ja dah berjaya aku buat?
Tepuk dada tanya diri!

Perancangan untuk saki baki cuti yang tinggal :-
-Balik kg Tok Nek (musim durian :D)
-Lancarkan surat2 sponsor (by hook or by crook, tak cuba tak taw)
-Baca buku2 yg belum habih. Stakat ni 2 baru habeh, Travelog Budak Mentah baru dapat alhamdulillah, menaikan semangat yg kian jatuh waktu cuti :)
-Tambah koleksi buku :)
 -Tambah list resepi masak (satu kemestian bila duduk rumah, bila the only daughter, cincai2 pun kena masak!
-Kerja?

Alhamdulillah sejak masuk CFS minat membaca tu timbul balik, sejak akhir2 ni mood menulis datang lagi. Idea dah ada sejak satahun lepas, bakal tunggu masa untuk otak keluarkan ilham, tangan ketuk keyboard.
Allah bagi nikmat, kita guna dgn hemat :)

Take note! :-

Pesta Buku Pulau Pinang 2012


Tarikh: 01 Dec - 09 Dec • 10.00 Pagi Hingga 9.00 Malam
Tempat: Perpustakaan Negeri Seberang Jaya
Pesta Buku Pulau Pinang 2012 Anjuran Bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang dan Syarikat Adam
*Selamat Hari Lahir buat abah dari kami!*
20/11/1967
moga selalu dibawah lindunganNya..
Plan ur holiday wisely,
Sinichi Kudo

Friday, November 2, 2012

Cuba Untuk Tetap Istiqamah (CUTI)

Assalamualaikum Wbt

Sebelum cuti, dah buat checklist waktu cuti.
Nak baca buku2 yg bersepah kat rak, asyik dok tmbh buku, ilmu di dada tak jgk tambah -.-
Nak istiqamah mathurat, khatam quran (inshaAllah doakan), cari sponsor, keja utk Islam bla3....

Bila cuti------> Banyak, terbengkalai! -_____-

Urghh memang susah untuk istiqamah, dgn takda external force yg paksa, takda kelas or anything yg wajib.
Tension jgk bila macam ni.

Dan benarlah manusia ni bila sorang2 cepat down, ibarat seekor kambing hitam terlepas dari kawanannya, mudah untuk serigala ''menerkam''.

Ada cadangan untuk betul2 CUTI bukan sekadar cuti?
Tabahla hati : /

PHOBIA

 Assalamualaikum wbt.
Tetiba angin malam ni nak cakap pasal menda ni----->PHOBIA

Kenapa? tepuk dada tanya diri sendiri *takda point

Kalau ikut definion skema phobia is...

A phobia (from the Greek: φόβος, Phóbos, meaning "fear" or "morbid fear") is, when used in the context of clinical psychology, a type of anxiety disorder, usually defined as a persistent fear of an object or situation in which the sufferer commits to great lengths in avoiding, typically disproportional to the actual danger posed, often being recognized as irrational. In the event the phobia cannot be avoided entirely, the sufferer will endure the situation or object with marked distress and significant interference in social or occupational activities.

(Sumber Mr Wikipedia, masehh :D)

Kalau ikut jargon aku sendiri, phobia is fobia. Takut. Fear. Frighten. Bla3. Make is simple la kan,hehe.
Fitrah manusia Allah ciptakan kurang serba serbi dari segala aspek.
Dan tidak kurangnya aku sendiri.
Phobia aku setakat aku dapat discover ada dua paling ketara.

 *http://susukocak.blogspot.com/2011/08/cacing.html*
1. CACING
 *sgt mggelikan, mcm mana boleh pgg? baru tgk pun dah pacak bulu roma. haih
 
OK dalam selama 19 tahun hayat aku akui bnda alah ni memang tak dapat disangkal lagi mampu buat aku menurunkan air mata takpa disuruh : /
Over kan sampai nangis? Tapi nak buat mcm mana dah aku fobia pada haiwan comel ini *comei la sgt

Dan teringat kau satu kisah masa di bangku persekolahan, kalau tak salah time form 5, tgh berhimpun kat dataran mendengar leteran cikgu kepada kami kami yg bakal menduduki SPM. Tika itu baru sudah gerimis pagi, ku ingat lagi sambil duduk bersila di atas lantai dataran, selepas ku amati permukaannya, aku melihat
seperti untaian tali sedang 'menari2' di lantai. Lantas fokus mata dizoomkan lagi dan rupa2------>
CACING!
 Cacing2 kecil barangkali selepas hujan,keluar ingin mencari udara *kot

Lantas dudukku bertukar posisi,dari bersila sudah menjadi bertinggung *sgt tak sopan,seb bek duk blakang
Aku sudah tidah betah, melihat cacing2 kerawit seakan2 suka melihat muka cuak aku. Menari2 mereka ya,
aku bilang pada Nuha "weyh, bila cikgu Zambri nak stop ckp ni,aku nk bangun! Tgk tu weyhhh."
Nuha suruh aku sabar,katanya cacing tu tak kacau orang, bukannya dekat kawasan kami duduk pun (memang laa tapi jarak 3 kaki tu pun DEKAT kot dgn aku)

Perghh ucapan cikgu aku rasakan bagai setahun lamanya, tidak betah aku disitu, mula mengubah posisi, 
ku lihatpada cacing2 itu 
'Aish awat mcm dok kui mai sini nihh'
Terasa mahu bangun, dan lari sekarang juga. Rasanya peluh dingin mula membasahi badan, nadi mula turun naik gentar.
Satu..dua..tiga.. dan
MENANGIS.

Lawakkan? Lol.

Bayangkan betapa anti aku pada haiwan comei ni sampai setiap kali masuk bilik air/tandas dimana2 pun aku akn tengok sekeliling lantai. Dan kalau ada, siaplaa aku mandikan dengan air sabun or worst,semburkan dgn sabun botol. Heh dia pun mahkluk Allah. 
Dei dalam badan hng pun ada tu bnda alah ni,kalau dia takda tak baik jgk la sistem penghadaman hng!!

Yeye aku taw, tapi maaflah keturunan cacing sekalian, aku memang ada masalah dgn kamu.

 *http://madammondoq.com/2012/01/ibu-danish-dan-darah/*


2. DARAH

What? Why? Do not ask those questions. Yeah I know taking bio science stream but havin' fear with blood? Can't understand more.
Ok balik pada jargon asal, yes aku ada phobia teruk jugak satu ketika dulu dengan darah.
Disebabkan darah lah aku dapat gastrik *4 hari tak lalu makan
Tapi tapi tapi jangan salah paham, setakat setitik dua sikit2 tu tak kesah la, aku phobia melihat dalam kuantiti yg banyak. Mana kata tidak sesuai untuk aku berkecimpung dalam bidang perubatan lebih lebih lagi menjadi seorang doktor. Itu pasal kot aku tak brapa nak berkenan nak jadi doktor, berkenan kat doktor tu mgkin :P

Tapi rasanya semakin meningkat dewasa rasa phobia pada darah ni dah boleh adapt slow slow kot. Tak seteruk phobia aku yang pertama tadi. Hieshh.

SO, APA MORAL STORY??

Moralnya? Lupikirlasendiri :D

Sebagai hambaNya, ce kita reflek balik diri kita, takdak yang lengkap kan? Allah bagi rasa gembira, sedih, suka, GELI , berani , TAKUT dsbgnya pada kita. So, takyah nak bangga diri sangat laa kan.
Dan Allah tak ajar manusia erti putus asa. Lawanlah rasa takut itu, hakikatnya takut pada yang utama, Sang Pencipta (aja2 fighting against cacing!)

Last but not least 
[2:216]

Till then, wallahu'alam..


 *ihsan youtube, jmpa di http://susukocak.blogspot.com/2011/08/cacing.html


mood bercerita tiba lagi,
maaflah jargon bcmpuq aduk,
bila mood sastera join sekaki,
beginilah jadinya.
Tepi katil,0137am
rumah,cuti sem







Thursday, November 1, 2012

SAYA BENCI PERASAAN INI

Salamullahialaikum

Perasaan itu, datang lagi tanpa diundang. Saat aku melihat gambar gambar di muka buku, ia datang lagi. Aku benci! Tolong pergi jauh jauh. Sudah bukan takdir aku. Pergi!

Memang Allah aturkan aku di sini, di bumi MALAYSIA, bukan di sana.

FUHH AYAT JIWANG JIDDAN.
Ehm blog dah tumbuh sesawang. Em apakah tajuk? Nak cakap apa? Sebenarnya nak cakap saya cemburu melihat rakan rakan yg bertebaran di bumi asing menimba ilmu, sedangkan saya masih di cerok bumi tercinta tanah air.

Cemburu. Serius.
 Kesal? Marah pada takdir?
Sebentar (sedang berfikir)

Tidaklah sampai tahap itu, cuma perasaan itu datang sekali sekala.
Ya aku insan biasa, nama pun manusia. Penuh dengan cacat cela.
Oh cmna nak bagi this feeling go away (keluaq dah bahasa sebenaq)

Perlukah untuk masih berharap? Adakah pintu2 harapan masih terbuka?