mereka

Saturday, October 6, 2012

Tawakkal (part 1)



Matanya melingas ke pergelangan tangan. Dah pukul 9.30 ni, sempat ke nak sampai. Pukul 11.00 dah nak kena masuk balik. Gumam hati Nadia. 

Dikerlingnya mata ke kiri, Alin kelihatan khusyuk menconteng sesuatu di buku. Matanya beralih ke hujung sekali, raut wajah Mira gelisah, seakan memikirkan sesuatu. Macam orang hilang anak pulak aku tengok dia ni. Sempat lagi hati Nadia buat lawak yang tak berapa nak jadi.

Kereta bergerak perlahan, sungguh kalau jalan kaki pun lagi laju. 

'’Ana rasa ada accident kat depan tu,’’ Ujar Haikal selaku pemandu malam itu. ‘’Sempat ke kita nak sampai ni Sham? Dah setengah jam ni kita sangkut kat sini. Takde jalan lain?’’ Hisham selaku co-pilot dilihat dengan hujung mata.  

‘’Takde dah, yang aku tau nak ke KLIA lalu sini la kalau dari PJ, insha-Allah kita serah je kat dia.’’

KLIA. 
Dentinasi mereka malam tu. Tak pernah buat kerja luar alam, redah keluar dengan brothers, walaupun nisbah mereka 2 : 3. Walaupun ada surat tak rasmi dari lecturer, atas alasan nak hantar senior fly ke luar Negara. Memang pecah rekod antarabangsa Nadia malam tu. Demi sebuah ukhuwwah digagahi juga. Sampaikan kelas Ustaz Zarif malam itu dipontengnya.

‘’Emm, agak- agak kita sempat ke sampai sebelum pukul 11.00?’’ Suara Mira memecah hening.

‘’Insha-Allah ana rasa sempat, sikit lagi kat depan tu exit ke highway dah tak jam. Doa banyak- banyak ye’’ tenang Haikal menjawab. Ingin menenangkan kami barangkali. 

Matanya melorot pada lampu- lampu jalan.

 Macam ni rupanya KL waktu- waktu malam

Dipandangnya pada kenderaan yang bergerak kalah kura- kura berlari. Sabar je la hati…

15 minit kemudian Perodua Kelisa Silver itu Berjaya meloloskan diri dari kesesakan lalu lintas. Bukan saja menyesakkan jalan, menyesakkan dada makhluk yang berada di dalam kereta itu juga.

Alhamdulillah. Berjaya jugak. Senyum tipis terukir di hujung bibir. Alin dan Mira dipandang sekilas.

Kereta terus meluncur membelah jalan. Nadia melihat meter, 
140 k/m… 160 k/m..
Ya Allah. Lajunya! Patut rasa lain macam je. Rabbi yasir wala tu asir.apasal laju sangat ni.

‘’Lepas ni masuk simpang kat depan tu. Lagi 500 meter tu Kal, jangan laju sangat.’’ Rendah suara Hisham menutur. Mira keruh aja wajahnya sejak setengah jam yang lalu. Riak muka yang tak dapat dibaca.

‘’Mira ok tak ni, lain je Nadia tengok. Takut tak sempat jumpa Kak Rin eh?’’ soalkan perlahan, tidak mahu didengari dua mereka di hadapan.

‘’Tu la Mira ok tak? Lain je Alin tgk.’’ sampuk si Alin yang tenang sejak dari Mahgrib tadi. 

‘’Takdela Mira risau sebenarnya. macam tak sempat je nak balik sebelum pukul 11.00 ni. Dah la kereta ni laju sangat. Takutt… emm lupakan lah.’’

‘’Insha-Allah takda pape. Kita doa banyak- banyak ok. Mungkin Haikal bawak laju sebab nak kejar waktu. Percaya kat Dia. Doa banyak- banyak!’’ kuat tangan Mira digenggam. Seakan semangat di dalam diri Nadia disalurkan sedikit pada temannya.

Dirinya juga risau. Siapa yang tak risau. Kalau jadi apa- apa macam mana?

Ya Allah permudahkanlah urusan kami. Sampaikanlah kami ke tempat yang ingin dituju. Selamatkanlah perjalanan kami. Berikanlah kami ketenangan hati. Allahumma solli ‘ala Muhammad…

Zikir- zikir membasahi bibir Nadia. Kelihatan Mira juga begitu. Alin dengan riak tenangnya mengenggam tafsir Jingga yang dibawa.

Diserahkan segala- galanya pada Sang Pencipta. Hati- hati  itu terus bergantung padaNya.
Semoga tiba di destinasi dengan selamat…

****************************

Wednesday, October 3, 2012

kecelaruan jiwa

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt.

Its being a long time I've never drop any post here. 
Not because of lack of idea, I've thousand things to write here, loads of memory that I couldn't put here 
but I would like to remain here, as I never know how long the memory could last fresh in my medulla oblongata :P

I just because of TIME.
Yeah I could say that this semester is TRIPLE busy than before.
Though I just have 3 subject this sem, 2 core and 1 uni requirement, 
but the 'busyness' are triple.

Yeah its all because of the society thingy.
Alaaa some would said "sape suh join, pegang lagi jawatan." etc etc.
People's mouth could never shut. Not to blame them, or blaming myself. 
But certain people will know why I'm in the society.

[3:104]
Tired? YES. Sometimes I feel like I've lost my time for myself, for my school friends, for my hobby.
Most of it was dedicated to the society life. Yes, to be honest, I've loads of ample time, but yeah its all for the society.

REGRET? NEVER!!!!
Never blame the fate, never blame Allah.
He know best for me. Yeah sometimes I felt down, its normal to human being.
But today I just don't know why,
the memories kept popping to my minds.

The highschool life, Convent BM, SAKBA, Netball, Handball, Tok, Tok Ayah, Yayah...
 All out of sudden!
The memoris make me realise, time can never be back.
We can't find time, but try to 'make time' - Sarah's quoted.

It is a waste if I couldn't plan my life wisely.
I never regret to devotee my teenage time for the societies.
We have only one chance to live, use it wisely.\
Use it fully.
Use it hardly.
No matter how hard is it.
But NEVER against the shariah~


"Life without problems is problem."

********************************************************************

Why a la you  soo fast? I feel like wanna say "Hey bro, wait la, we're just at N, you're already Z."
Time never wait aite? Huh my new 'enemy' in class. I'll try to beat him, okayy. 4 flat to go!
~jiwa kacau, tolong la bangun,sedar, jangan aa macam nii
*please don't try this at class
3/10/12
Library 2nd floor
Mathematics II
Lost of mind.