mereka

Wednesday, March 21, 2012

SPILL out!

Salam Alaik.

LONTARKAN!
Jika tidak ia meracun.
Kau ada aku dan mereka,
BEBASKAN!
Jika tidak ia mengamuk.

KELUARKAN, BEBASKAN, LONTARKAN
apa yang kau rasa

Kerana Allah itu Maha Adil,
jika kena pada tempatnya.

-0148am
KC703
Sebelah cik Sarah
nak tido

Friday, March 9, 2012

alhamdulillah *take a breath

Assalamualaikum..!
Yuhu saya kembali,, tapi tak tau nak cakap apa??
Nak update apa pun tak tahu, tapi saya dah pasang niat nak tajdid niat buat blog bukan untuk lagha2 je *insyaAllah masih mencuba

Disebabkan 'thoriq shabakatil maklumati dauliyyah' (internet) saya sloww, maka mood untuk bercerita pun sgt2 lah kurang. Alhamdulillah ari ni tanggal 8 March 2012 selesai lah satu amanah saya pada diri, keluarga, Islam dan sebagai hambaNya. APA YANG JADI???

EXAM DAH ABISSS!!!!!
So? Does that make a big different huh?? Yea pada saya sangat2. 2 minggu sebelum exam pun dah sibuk macam lipas kudung tak cukup tangan (hiperbola2)

'Verily after each difficulty there is relief'
(Insyirah;94:6)

Saya nak cerita sikit pasal sepotong ayat ni yang mana saya sgt suka guna untuk muhasabah diri, tajdid niat n especially nak bagi diri redha n betul2 ikhlas bila mana saya dalam kesusahan.
Hidup as a student kat CENFOS ni boleh diklasifikasikan kepada beberapa golongan. 
a) Golongan yang study 24/7----> 4 flat
b) Golongan yang belajar tapi juga aktif ber'aktiviti di CENFOS ----> cari pengalaman, baiki diri, cari ilmu Allah, latih diri nak masuk dunia 'maincamp' yg lagi mencabar dan lain2

Golongan2 tadi tu saya yang labelkan tanpa diselidiki terlebih dahulu, dari perasaan saya sendiri saja :
(natural Inspiration- Hidayah Al- Ilham Al- Fithri^^)
Nak kata kat sini dalam daily life tiap2 manusia tu tipulah kalau Allah tak uji kita walau sebesar zarah pun.
Kalau tak tu cek balik mesti ada salah kat mana2. 
Jadi kita yang manusia biasa yg imannya kadangkala naik turun perlu tau cara nak kawal rasa give up@ mengeluh ngn ujian Allah @ yg sewaktu dengannya. 

"La yukallifullahu nafsan illa wus 'aha...." 
(Baqarah;2:286)
 'Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dgn kemampuannya..'
HOLD TO THIS VERSE WHENEVER YOU FEEL DOWN..

Okla tu sekadar perkongsian n peringatan untuk diri sendiri gak!

Maka apabila engkau telah selesai (daripada suatu urusan), tetap berkerja keraslah (untuk urusan yang lain)'
(Insyirah;94:7)

Nenek saya slalu pesan kalau rasa terbeban, susah jaa amal surah Al- Insyirah ^^

**************************************
Ustaz Muhadhir bin Haji Joll  as-Sanariyy berkata:

“Para masyaikhku telah menasihatkanku beberapa perkara:

“Ikhlaskan niatmu dalam menuntut ilmu kerana sukar bagi hati untuk dimasuki cahaya jika di dalamnya ada sesuatu yang dibenci Allah.”

“Sucikan hatimu dari kekotoran maksiat kerana hati yang kotor tidak dapat menerima rahsia-rahsia ilmu dan kurniaan Allah.”

P/S : Bahasa jiwa bangsa * semangat patriotik tengah kuat malam.