mereka

Tuesday, November 29, 2011

Syukur



Belum terlambat untuk aku ucapkan
SALAM MAAL HIJRAH 1433

Kajian sejarah menunjukkan kebijaksanaan  keputusan Saidina Umar Al-Khattab mengangkat peristiwa Hijrah sebagai permulaan kalendar Umat Islam dan bukannya pemilihan 'birthday' Rasulullah SAW.

Hikmahnya :

Beliau tak mahu didik umat Islam fanatik mengkagumi peribadi individu  berlebih-lebihan pada kadarnya. 

sumber : Sis Najihah, Trainee LG


Syukur pada Allah aku masih ade pluang untuk bernafas di Buminya untuk tahun yg baru yg menjelma ni. Banyak benda jadi kat aku seminggu ni. Aku dah hilang mood untuk bermuka buku, emosi remaja terganggu dan paling teruk bolg ni di-removed secara tiba-tiba. 
So, IM BACK!
 

Sehingga bertemu lagi, sayonara!

Tuesday, November 22, 2011

hip hip hoorayy

                                                                               VS

Alhamdulillah Mas menang ke atas Ina dgn agregat 5-4 dengan sepakan penalti 4 mata dan 1 gol! Ibu segala emas milik KITA!!!!

SIAPA dia di mata aku

KHAS untuk dia

Dia manusia biasa,
Namun hebat di mataku,
Hebatnya bukan kerana rupa..walau dia punya,
Bukan kerana ramah..walaupun itulah dia.

Dia hebat kerana jujurnya dia,
Sopannya tak kira masa,
Senyum tak lekang dari bibirnya,
Kuatnya dia tegakkan agama,
Walau kelilingnya maksiat belaka.


3.55 pm,
AEON JUSCO PERDA.

Sunday, November 20, 2011

20.11.2011


A.S.A.L.A.M.U.A.L.A.I.K.U.M.

Lawakan tarikhnya? Bukan senang utk semua nak rasa special pada tarikh tu kan.
Hehehe kepada KAWAN2 yg dah salah anggap ap yg spesel date ni, bek buang cpt apa yg hangpa pikiaq sebab...
HARI INI HARI KELAHIRAN ABAHKU YG KE-44

Selamat ulangtahun Kelahiran buat ayahandaku,
Abdul Halim Bin Abdul Malek


Biya doakan semoga Abah panjang umur, bertambah rezeki, sihat sentiasa dan bertambah iman.
Moga Abah bertambah bahagia selalu, dan sentiasa berada dalam lingkungan rahmah-Nya.
Thanks for everything ABAH!

YOU'RE THE BEST!

Tuesday, November 15, 2011

ASSALAMUALAIKUM...alhamdulillah

Haa tajuknya pun dah memberi salam. Jawab jangan tak jawab. Menjawab salam itu adalah suatu kewajipan. Baca belog rumate saya ni, Syahirah Tahir (cahaya bongsu)

Kali ni aku (back to normal) nak kongsi tentang sedikit kisah transformasi diriku selepas bergelar seorang pemegang title 

AKU BUDAK


*SEKADAR BUTTON BATCH AKU BELI KAT SKOLAH*

Hmm.. bila masa aku jadi budak SBP? Mcm mana tergerak hati nak masuk SBP?
Aku mula menjejak kaki ke Sekolah Berasrama Penuh- SM Sains Kepala Batas, iaitu salah sebuah SBP terbaru yg mula beroperasi pada April 2009 (1st batch la ni).
Maknanya aku masuk masa form 4, tu pun dah sekerat taun kot. Huhu.



DILEMA
Bila surat sampai, aku tak tahu nak buat pa, terkejut, geram, happy, sedih, takde prasaan semua dalam satu.
Sayang nak tinggal skolah lama, sayang dgn jawatan, kefemesan, keaktifan dalam sukan dan mcm2 lah. 
Dalam surat tu km diberi tempoh seminggu tuk pikir semada nak terima or tak. Kalu pas seminggu tak p daftar, kira tak maulaa. Tiap2 hari aku ubah2, fikiran. Everyday aku istikharah, cari petunjuk. Tapi semuanya takde hasil yg bg aku puas hati.

MOVING FORWARD
Eceh macam trademark phoenix plak 'moving forward'. Keh3. Masa hari yg ke 5 baru aku btul2 dapat jawapan- p SBP. 
Nak tau pasaipa? Semua ni sebab ayat ustazah Amirah, yang ngajar aku masa form 3.
"Nabila, stazah nak tnya, kamu tak terima tawaran p SBP sebab kamu takut nak tinggal jawatan2 kamu ka? Kamu takut hilang semua yg kamu ada skrg? Benda tu takkan kekal lama, stakat kamu disini, kat sana kamu akan nmpk dunia ni lagi luas sebenarnya, lagi ramai yg lebih baguih drpd kamu"

Those words make me realise that 
If you think you're the best, there's THE GREATEST.
Pada saat tu, aku amik keputusan tuk trima ja tawaran tu. Baik buruk semua blakang kira. Rezeki, takdir semua Allah dah tunjukkan aku jalan. 
Allah Maha Mengetahui. Alhamdulillah, disinilah bermula titik perubahan ketara bagi diriku.
To be continued...


IKLAN,

Sukan SEA ke-26, Palembang, Indonesia


Ayoo semua kita bagi support kat atlet Malaysia. Tak lama, 11-22 November 2011 ni ja. Hehehehe aku bab2 sukan memang laju daripada biasa.
Nak tau pungutan pingat terkini n berita pasai Sukan SEA ni bleh la jenguk blog nabil potter.

sekian bertemu lagi di alam fantasi

Friday, November 11, 2011

date start

A.S.S.A.L.A.M.U.A.L.A.I.K.U.M.

Hope that everyone is in the pink of health =)
Hari ni sangat unik, mendamaikan, menceriakan, mengharumkan err sebab...
~ 11.11.11 ~
Cantikkan tarikh ini??
Mesti ramai pasangan nak kawen masa tarikh ni.
Mesti ramai ibu mengandung nak beranak tarikh ni.
Mesti ramai orang nak post status fb/twitter tarikh ni.
Mesti ramai nak update blog hari ni =D

Bermula hari ini, saya akan cuba update belog tentang pengalaman, sejarah saya di hari yang lepas sesuai dgn nama belog ini. Ilham muncul sekitar pukul dua semalam.


Kita hanya mampu melihat yang general, Allah yang akan mengspesifikasikan sesuatu perkara.
                                                                               -NabilaHuda
Special bagi saya hari ini...,,,
Saya kerja part time!
Bukan kat The Store mcm dulu dah,
tapi kat Aeon Jusco, Bandar Perda. :)


Tak sabar nak tunggu
20.11.2011
Special date of someone special......


.COMING SOON.


Tuesday, November 8, 2011

Layan - tension punya kerja


naseb badan

ASSALAMUALAIKUM


Perghh hari ni memang sungguh mencabar keimanan n kesabaran aku bawa kereta.
WHY?

Hari ni kami-aku,Ayuni,Nani,Imah,Bella,Zul n Ain Beyda da pakat nak turun SAKBA p kutip sijil SPM yg dah kluaq tu skali teman depa2 yg nak jmpa adik, 2 in 1. Semua pakat nak turun pagi, alih2 smpai kat  kul 12. Hari ni Mama guna keta pagi p bank etc.
 Dalam pukul 11.15 am aku pun gerak dengan perut yg beralaskan sekeping roti.

TOL BERTAM
Ayuni msg, "Nab, singgah kiosk naa, kat Biwana Cafe, kami lapaq tak b'fast".
 So okay laa lpaih tol Bertam aku pun heading p masuk kanan, sedangkan kiosk arah skolah which is kiri. Apa da wey lupa jalan, huuu tepaksa lap wat U-turn kat Pinang Tunggal. Habih masa ngn minyak kat situ.
Pendekkan cita tak jadi b'fast sebab takut lambat, kami heading p skolah. Aku text Bella, suruh trus p skolah.

SMS KEPALA BATAS (SAKBA)
Smpai skolah tup2 nmpak Sensei kat Pak Guard."Eh, ap Sensei dok wat dengan budak2tu kat sini? Sign kad outing ka? Ka tggu bdak2 yg lambat balik PBM nih?" Aku parking tepi, kluaq keta tgkSensei dok bersandiwara ngan Ayuni n Nani. Macam besa la Sensei dok ketuk2 kami. Rindu. Salam2 Sensei, adik2. Jmpak Pak Guard kesayangan kami tu. Truih p skolah. Malas nak cita, jumpa Abah la paling lawak, semua nama kluaq, Nani jadi Sue Hannani, aku bila masa p Jordan taktaw. Bella n Imah sampai lambat skit. Nak jadi cita, keta Bella rosak dpn skolah, minyak hitam habih. Satu lagi crita. Adoyaiii. Lebih kurang kui 3.30 pm kami pun blah dari skolah p kiosk Bertam balik nak p makan. Najla pun ada, bas AUCMS berenti hntaq dia dpan skolah. oh ya, Imah beli hamster, tapi mati beberapa jam berikutnya, dia tinggai dalam kereta, with no oxygen there,hebat dakk?? :P

KIOSK BERTAM
Lunch semua pakat jadi Minah+Mat Salleh. WESTERN FOOD. Order kemain punye lama, ayaq dah nak abeh dah pun, makanan baru smpai. Imah nak on diet la apala, habih gak chicken chop dia. Beyda hebat order 3 in 1 tuu, kenyang samapi esok rasanya. Bella smpai dua ayaq..kot?. Lain2 aku tak ingat. Tapi paling lawak bila Ayuni dok buli Nabi suh dia nek keta ngan Zul (mcm laki bini dah aih). Hehehe. Sembang punya sembang bergelak tak hengat dunia jam daah pukui 5.10 pm. Apalagi kami mau pulang.

SG PETANI
So seperti yg dijanjikan aku hntar Ayuni ngn Nani p Butterworth, kat Penang Sentral. Depa nak balik Changlun. Tetiba ntah mcm mana galak dok besembang aku TER-masuk p highway -->>>menuju ke Kedah.
Ok what the... Nab ng memang cari nahas, memang menjerit+gelak+tatawnakkataapala kami dah keta heading p KEDAH kott! Takkan den nak hantaq makcik dua itu smpai Changlun? Nowayy man mau berkandaq Mama Abah beletiaq. Pandai sungguh laa. Mau tak mau kena cari exit terdekat la which is SG PETANI SELATAN. Lebih kurang 5-6 km dari tol Bertam tadi :'(
Wohooo "Hebat la Nab pengalaman tu naek keta ngn kawan2 kat highway jauh mcm nie, manual plak ng bwk" Sort of ayat yg cik bertiga tu dok sembang. Smpai ja tol Sg Petani km pun masuk p u-turn kat mobile. Masa kat tol mana tah brother jaga tol tu habaq kain Imah tersekat kat pintu keta. HAHAHAHAHA.

BUTTERWORTH
Al kisah kami selamat tiba kat Penang Sentral, alhamdulillah. Ayuni ngn Nani turun, aku ngn Imah tunggu sat tgk kot2 la tiket bas depa takdak naya ja. Lpas Ayuni call,kata bas dia kul 7.00mlm, time tu dah kul 6.20pm dah km pun gerak p Tesco Extra Seberang Jaya nak hantaq Imah p kat keta dia. Sampai2 sana, Imah ajak teman p Pet Shop sat beli balik sekoq hamster ganti Tom yg dah selamat Beyda tanam kat pasu skolah. Ehehehe. Kami pun kelentong laa uncle jaga kedai tu kata hamster tadi dah bagi kat org bla3. Dpat sekoq yang baru, tp hamster ni bijak laa, dia ada instict yg mengatakan this girl is not a good caretaker for me, ahaha. Hamster tu takut kat Imah, goodluck pal!! Then nak balik kak Imah call tanya ada mana,suruh Imah p amik dia kat Perda. Imah tataw jalan exit dari Sbg Jaya. So aku yg konon2 terer nak tunjuk aa jalan kluaq. Alih2 sesat p masuk jalan mati. Terpaksa reverse dowhh. Masa reverse tu, aku buat terer mcm 10 taun bawak keta p reverse tak check side mirror betuii dan................BANG!!!! Side kiri blakang keta p hentam tiang letrik TNB. OMG abih la hng Nabila ngn Abahhhhhhhhhhhh.
Gila cuak aku time tu, cuba balik start enjin keta, kalu tak bleh mmg gulai la hang ngn Abah nnti. Alhamdulillah, keta ok lagi. Cermin lampu, bumper blakang memang pecah truk :'''''(
Pendek cerita, aku tunjuk jalan kat Imah km bpisah kat smpang. Aku heang balik rumah, Imah towards Perda. 

RUMAH
Mama dah taw sebab aku call Mama gtaw seksiap. Mama, Biya mntak maaf,huhu keta Mama dah truk mcm tu, sian Mama tak pasai2 kena jgk ngn Abah. Sorry bah, Biya tak senaja. Ada hikmah tu Abah. Pengalaman tu. Alhamdulillah sepanjang aku dapat lesen masa awai taun aku tak penah lagi excident, langgaq sapa2. It was totally my fault. Hurmmmmmm tgh tension, takut pa semua ni, naseb laa badan.

APA APA PUN, kau puas hati jumpak hmpa semua hari ni!! Thanks to Ayuni n Nani dari Kedah nuu, Zul jadi mangsa buli, thanks! Imah, Bella, Beyda n Najla for the great day! Memang banyak tempat aku lawat hari ni, fuhh.





Saturday, November 5, 2011

Salam Eidul Adha



Salam Aidil Adha..
Salam Pengorbanan..
Doakan semoga semua jemaah haji tahun ini mendapat haji mabrur..
AMIN!!!


Tuesday, November 1, 2011

ISABELLA : perbandingan antara ISLAM dan KRISTIAN

ASSALAMUALAIKUM WBT


Cuti 3 bulan ni bosan kalau kita tak isi dengan benda2 berfaedah kan?
 Baru2 ni lepas aku dah usha2 buku ni dekat sebulan akhirnya buku ni selamat gak ada kat dalam tgn aku :)
Tajuknya : ISABELLA


Tentang penulis : Maulana Muhammad Saeed Dehlvi

Seorang penulis elahiran Pakistan. Beliau telah menghasilkan berbagai karya novel, artikel ilmiah mahupun menulis di media maasa. Beliau ni seorng yang amat bagus tentang Injil dan Al-Quran dengan sangat baik. Salah satu novel beliau yg terkenal ialah ISABELLA, sebuah novel sejarah yang ditulis berdasarkan pengkajian antara Islam dan Kristian. Novel ini pada mulanya ditulis dalam bahasa Urdu sebelum diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuklah bahasa Melayu. 
Sayangya, tak banyak aspek kehidupan beliau diketahui secara jelas, mungkinkah beliau low profile??

SERBA RINGKAS MENGENAI NOVEL NI

Keraguan Isabella terhadap agamanya bermula dengan perbincangan mengenai surat Saint Paul untuk jemaahnya di Rom. Dalam suratnya, St Paul mengatakan hukum-hukum agama itu satu kutukan. Sejak itulah beberapa pertemuan diatur antara orang-orang Islam dan golongan paderi-paderi Cordova bagi membahaskan isu tersebut. Isabella dan rakan-rakannya turut hadir mengikuti perdebatan itu dengan penuh minat.

Pertanyaan demi pertanyaan diajukan kepada paderi-paderi Cordova dan kebanyakan jawapan mereka tetap sama. Saya petik salah satu perbualan dalam Novel Isabella:

"Saya telah katakan bahawa semua ini adalah perkara-perkara ghaib ketuhanan. Tuhan berbuat apa saja yang dikehendakiNya" - Paderi Peter

"Jikalau agama tuan hanya berdasarkan kepada keghaiban ketuhanan sahaja, kenapa tuan jemput kami ke sini, menghabiskan masa tuan dan juga masa kami dengan sia-sia saja?" - Umar Lahmi

Topik perbahasan tidak sekadar membahaskan isu surat St Paul semata-mata tetapi berlarutan kepada topik-topik lain antaranya penebusan dosa, ketuhanan Jesus, bantahan Al-Quran terhadap Injil yang palsu dan kebenaran kerasulan Nabi Muhammad SAW.

#Sangat menarik untuk membaca setiap perbahasan tue dan tentunya anda dinasihatkan untuk tidak skip ayat-ayat dalam novel Isabella walaupun hanya satu ayat. Nanti tak faham apa2 pun. Dan boleh dikatakan di setiap muka surat mesti trdapat ayat2 daripada Al-Quran dan Bible yg telah diterjemahkan ke bahasa. Kalau nak cari boleh la tp Bible jgnla kalau iman di dada masih tak kukuh :)

P/S : Ana sendiri belum habis membaca novel ni, jadi sesapa yang berminat bolehlah bergegas ke kedai buku berhampiran sprti
MPH, POPULAR, SYARIKAT ADAM, HASANI DAN BANYAK LAGI.
Bahasa jiwa bangsa :)









bella vs billa



Hello there, Im just out of mood to do blogging. The exciting of writing is no more. I just dont know why.

Well today
1.11.11
is the date of birth of my deary friend
FATIN NABILAH MOHAMAD

selamat hari lahir sygku Bella!
sorry takde hadiah kt U
dan dont worry takde lagi prank bday mcm tahun lpas smpai demam2
hanti punya pasai, hehehehehe

UHIBBUKIFILAHHH

:)