mereka

Sunday, October 30, 2011

PUASA SYAWAL N PUASA QADHA'







DIKONGSI DARI LAMAN



Pendahuluan


Puasa 6 hari di bulan Syawwal adalah termasuk di dalam ibadah puasa Tathawwu’ (amalan ketaatan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah). Kebanyakan ahlil ilmi mengatakan sunnat berpuasa 6 hari di bulan Syawwal termasuklah Ibn Abbas, Thaus, Sya’bi, Maimun bin Mahran, Ibn Mubarak, Imam Syafi’e, Imam Ahmad, Ishaq dan lain-lain[1].

Imam Nawawi mengatakan: Hadith ini (iaitu hadith Abu Ayyub al-Anshari di bawah) jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam Syafi’e, Imam Ahmad, Daud dan ulama yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari (di bulan Syawwal)[2].

Puasa ini seolah-olah seperti ucapan selamat jalan (taudi’an) kepada bulan Ramadhan dan boleh menampal (jabran) kecacatan yang mungkin berlaku dalam puasa fardhu tersebut[3].

Sesungguhnya puasa selama 6 hari di bulan Syawwal mengandungi pahala yang sangat besar sekali. Ini adalah berdasarkan hadith daripada Abu Ayyub al-Anshari, sesungguhnya Rasulullah bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
Mafhumnya:Barang siapa berpuasa Ramadhan kemudian mengikutinya dengan puasa 6 hari di bulan Syawwal, maka baginya pahala seumpama mengerjakan puasa sepanjang tahun[4].

Sebahagian ulama menafsirkan, mengerjakan puasa sepanjang tahun ini merujuk kepada ganjaran kebajikan yang ada pada puasa wajib di bulan Ramadhan dan puasa sunnat di bulan Syawwal ini. Ini lebih jelas disebutkan di dalam hadith daripada Thauban, daripada Rasulullah, sesungguhnya Baginda bersabda:

مَنْ صَامَ سِتَّةَ أَيَّامٍ بَعْدَ الْفِطْرِ كَانَ تَمَامَ السَّنَةِ، مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشَرَ أَمْثَالُهَا
Mafhumnya: Barang siapa berpuasa enam hari selepas Eidul Fitri (Hari Raya Puasa), adalah (seolah-olah mencukupkan puasa) sepenuh tahun. Barang siapa yang melakukan satu kebajikan, maka baginya (digandakan) sepuluh kebajikan sepertinya[5].

Oleh kerana itu, puasa sebulan di bulan Ramadhan seolah-olah berpuasa 10 bulan (atau 300 hari kerana 30 hari x 10), dan puasa 6 hari Syawwal seolah-olah berpuasa 2 bulan (atau 60 hari kerana 6 hari x 10) yang menjadikan jumlahnya setahun (atau 360 hari dan setahun mengandungi 360 hari)[6].

Di dalam hadith lain daripada Ibn Umar berkata: Rasululullah bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ وَأَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ خَرَجَ مِنْ ذُنُوبِهِ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ
Mafhumnya: Barang siapa berpuasa Ramadhan dan mengikutinya dengan puasa 6 hari di bulan Syawwal, keluarlah dosa-dosanya (sehingga dia menjadi bersih dari dosa) seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya[7].

Waktu dan perlaksanaannya
Imam Nawawi berkata di dalam Syarah Muhazzab: Telah berkata Ashab kita (iaitu ulama’ Syafi’iyyah): Dan disunnatkan puasa enam Syawwal itu berturut-turut pada awal Syawwal dan jika dicerai-ceraikan dia (iaitu puasa itu) atau dita’khirkan (dilewatkan) dia daripada awal Syawwal nescaya harus[8].

Ibn Mubarak memilih awal bulan dan beliau mengatakan jika bercerai-cerai harus[9].




Afdhal
Imam Nawawi berkata di dalam Syarah Muslim: Telah berkata Ashab kita: Bermula yang afdhal bahawa puasa ia enam hari berturut-turut mengiringi hari fitrah (iaitu bermula dari 2 Syawwal)[10].

Qadha’ puasa dan puasa sunnat Syawwal
Mengqadha’kan puasa bulan Ramadhan adalah sesuatu yang wajib. Jika ia dilakukan secara berasingan (separated) dengan puasa sunnat Syawwal, maka ia jelas difahami akan bolehnya. Persoalan timbul apabila ia dilakukan sekali gus (combined) dengan puasa Syawwal dalam bulan Syawwal. Para ulama’ khilaf mengenainya.

1) Imam Syamsuddin al-Ramli[11] mengatakan:
ولو صام في شوال قضاء أو نذرا أو غيرهما أو في نحو يوم عاشوراء، حصل له ثواب تطوعها كما أفتى به الوالد رحمه الله تعالى تبعًا للبارزي والأصفوني والناشري والفقيه علي بن صالح الحضرامي وغيرهم، ولكن لا يحصل له الثواب الكامل.
Maknanya: Dan jika seseorang berpuasa pada bulan Syawwal secara qadha’ atau nazar atau selain keduanya atau pada hari seumpama hari 'Asyura`, hasil baginya (dia mendapat) pahala puasa sunnat hari tersebut seperti mana telah difatwakan oleh ayahku (iaitu ayahanda Imam al-Ramli iaitu Imam Syihabuddin al-Ramli) kerana mengikut fatwa Imam al-Barazi, al-Ashfuni, al-Nasyiri, al-Faqih Ali bin Sholeh al-Hadhrami dan selain mereka, akan tetapi tidaklah hasil baginya pahala (puasa sunnat) yang sempurna[12].
Rumusan:
1- Jika puasa qadha’ atau nazar dilakukan pada bulan Syawwal atau hari Asyura, orang tersebut akan mendapat juga pahala puasa sunnat hari yang dia berpuasa itu (dia akan mendapat pahala puasa sunnat bulan Syawwal atau puasa hari Asyura).
2- Walau bagaimanapun, dia tidak akan mendapat pahala puasa sunnat yang sempurna.

Pendapat Imam Syaikh Ramli ini diikuti oleh ramai ulama termasuk ulama di dunia Melayu. Di sini, dinukilkan pendapat mengenainya seperti yang termaktub di dalam 3 kitab Jawi besar dalam fiqah di dunia Melayu yang menjadi rujukan oleh kitab-kitab fiqah lain.

2) Kitab Sabil al-Muhtadin (di alam Melayu dikenal dengan kitab Sabilal Muhtadin), karangan Al-Alim al-Allamah Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari. Beliau menulis:
(Soal) Jika seorang puasa qadha’ atau nazar atau lainnya di dalam bulan Syawwal, adakah hasil baginya puasa sunnat Syawwal atau tiada? (Jawab) Kata Syaikh Ramli di dalam Nihayah: Hasil baginya pahala sunnat Syawwal, jika tiada diqasadnya mengerjakan puasa sunnat Syawwal itu kemudiannya (selepasnya)[13]. Dan jika diqasadnya mengerjakan dia kemudian (selepas) daripada umpama qadha’ itu, maka tiadalah hasil baginya pahala sunnat Syawwal kerana diqasadnya akan yang demikian itu jadi sharif (pemalingan) daripada menghasilkan dia daripada puasa Syawwal, maka pada ketika itu hendaklah dikerjakannya puasa Syawwal itu kemudian daripada qadha’ umpamanya, jika ada lagi tinggal bulan Syawwal. Dan jika tiada, maka sunnat mengqadha’ dia pada bulan Zulqaedah[14].

Rumusan:
1- Jika dia puasa qadha’ atau nazar tanpa sebelumnya ada niat puasa sunnat Syawwal selepas puasa qadha’ atau nazar itu, dia akan mendapat pahala puasa sunnat Syawal. Jika dia ada niat seperti itu, maka dia tidak mendapat pahala sunnat Syawwal.
2- Oleh kerana jika dia sudah berniat berpuasa sunnat Syawwal selepas puasa qadha’, hendaklah dia berpuasa sunnat Syawwal tersebut dalam bulan Syawwal itu juga.
3- Jika bulan Syawwal sudah selesai, maka sunnat dia mengqadha’kan puasa sunnat Syawwal itu di bulan Zulqaedah.
2) Di dalam kitab Bughyah al-Tullab li Murid Ma’rifah al-Ahkam bi al-Showab, Syaikh Daud bin Abdullah bin Idris al-Faththoni, beliau menulis:
(Dan jika ada) padanya puasa qadha’ atau nazar atau lainnya, maka jika ada niatnya hendak puasa sunnat Syawwal itu kemudian daripadanya, maka tiada hasil sunnat Syawwal serta qadha’ atau nazar itu. Dan jika tiada seperti ia niatkan serta qadha’ atau nazar, sunnat syawwal, hasillah pahala keduanya, atau tiada diniatkan puasa sunnat Syawwal serta qadha’ atau nazar itu, lepaslah tuntutannya, yakni tiada dituntut puasa sunnat Syawwal lagi. Demikianlah disebut pada Mudabaghi tempatnya. Hasilnya itu, jika tiada diniatkan puasa Syawwal itu kemudian daripada qadha’ atau nazar…[15]

Rumusan:
1- Jika dia ada berniat untuk berpuasa sunnat Syawwal selepas puasa qadha’ atau nazar, maka dia tidak mendapat mendapat pahala sunnat Syawwal, cuma mendapat pahala puasa qadha’ atau nazar sahaja.
2- Jika dia berniat puasa qadha’ atau nazar sahaja, maka dia mendapat pahala puasa kedua-duanya (pahala qadha’ atau nazar dan pahala puasa sunnat Syawwal).
3- Jika dia tidak berniat puasa sunnat Syawwal ketika melakukan puasa qadha’ atau nazar, maka dia tidak dituntut untuk menunaikan puasa sunnat Syawwal.

3) Kitab Al-Bahr al-Wafi wa al-Nahr al-Shafi, karangan Syaikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathoni. Beliau juga menukilkan pendapat Imam Ramli dalam tulisannya:
(Tanbih) Jika puasa ia di dalam bulan Syawwal itu akan puasa qadha’ atau puasa nazar atau lainnya, nescaya hasil baginya pahala sunnatnya atau puasa ia di dalam umpama hari 'Asyura` akan puasa qadha’ atau puasa nadzar atau lainnya nescaya hasil baginya pahala sunnatnya, seperti yang difatwa oleh Syaikh Ramli Kabir (yakni ayahanda Imam ar-Ramli) mengikut ia akan Syaikh Barazi dan Syaikh Ashfuni dan Syaikh Nasyiri dan al-Faqih Ali bin Shalih al-Hadhrami dan lainnya. Tetapi tidak hasil baginya pahala yang sempurna yang diperaturkan atas yang mathlub (yang dituntut dalam hadits)[16].
Rumusan:
1- Seperti rumusan pada qawl (pendapat) perkataan Imam Syamsuddin al-Ramli dalam Nihayah al-Muhtaj di atas.

Natijah:
Daripada perbincangan para ulama’ (di dalam kitab-kitab yang telah disebutkan di atas), dapat diambil panduan hukum iaitu:
Seseorang mendapat pahala puasa qadha’ dan pahala sunnat puasa 6 Syawwal walaupun tidak sempurna pahala sunnat puasa 6 itu, sama ada – semasa puasa itu – berniat qadha’ sahaja atau niat qadha’ serta sunnat puasa 6 sekali gus, dengan syarat dia tidak berniat terlebih dahulu untuk puasa 6 Syawwal selepas berpuasa qadha’ itu. Ini adalah pendapat Imam al-Barazi, al-Ashfuni, al-Nasyiri, al-Faqih Ali bin Sholeh al-Hadhrami, Imam Syihabuddin al-Ramli (Syaikh Ramli al-Kabir) dan anaknya Imam Syamsuddin al-Ramli (Syaikh Ramli al-Shaghir), termasuklah sekumpulan ulama mutakhir seperti Imam al-Khathib al-Syarbini, Syaikh Arsyad al-Banjari dan Syaikh Muhammad bin Ismail al-Fathoni dan lain-lain.

Penutup
Beberapa perkara yang boleh dinyatakan di dalam persoalan puasa qadha’ Ramadhan yang disertakan (combined) dengan puasa sunnat 6 hari di bulan Syawwal antaranya:
1) Ia adalah antara perkara khilaf di kalangan para ulama’.
2) Kebanyakan para ulama mengatakan seseorang mendapat pahala puasa qadha’ dan pahala sunnat puasa Syawwal dengan syarat dia tidak berniat terlebih dahulu untuk puasa 6 Syawwal selepas berpuasa qadha’ itu. Justeru, boleh menggabungkan puasa qadha’ dan puasa sunnat Syawwal sekali gus.
3) Terdapat juga sebahagian ulama yang berpendapat hanya mendapat pahala qadha’ sahaja dan tidak mendapat pahala sunnat 6, jika hanya berniat qadha’ dan tidak berniat puasa sunnat. Walau bagaimana pun, jika dia berniat qadha’ serta sunnat sekali gus, maka tidak sah dan tidak mendapat pahala untuk kedua-dua puasa tersebut. Ini adalah pendapat Imam Nawawi dan Imam Asnawi[17]. Ada juga ulama yang mengatakan dia hanya mendapat pahala qadha’, tidak mendapat pahala sunnat, melainkan jika ada niat puasa sunnat itu. Ini adalah pendapat Imam Ibnu Hajar al-Haitami[18].
4) Bagi pandangan al-Faqir- setelah merujuk kepada panduan pendapat para ulama dan masyaikh di dalam kitab dan perbincangan mereka-, jika bulan Syawwal masih panjang, adalah lebih baik menunaikan puasa qadha’ dahulu dan selepas itu menunaikan puasa 6. Ini adalah kerana mengikut kaedah:
مَا أَكْثَرَ فِعْلاً أَكْثَرَ فَضْلاً (Apa-apa yang banyak dibuat, maka banyak pula fadhilatnya). Ia juga sebagai suatu ihthiyath (berhati-hati) memandangkan ada pendapat yang tidak membolehkan menyertakan sekali kedua-dua puasa ini. Jika bulan Syawwal sudah di penghujung, maka menggabungkan di antara puasa qadha’ dan sunnat Syawwal adalah baik. Wallahu a’lam.
4) Berusahalah bersama-sama agar kita tidak terlepas untuk menunaikan puasa 6 hari Syawal ini sebagai taqarrub (untuk menghampirkan diri kepada Allah) di samping ganjaran yang besar seperti yang disebut di dalam riwayat hadith.

والله أعلم بالصواب

(Petikan Teks daripada Al-Fadhil al-Ustaz Muhadir Haji Joll, UIAM- muha_71@hotmail.com)

Monday, October 17, 2011

too late dear!!!

ASSALAMUALAIKUMM!

Oh aku dah lupa gila2!! Disebabkan facebook yg terlalu up to date aku dah lupa my pals birthday!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
HAPPY BELATED BIRTHDAY 
ARIANI BT RUSLI
!!!!
So sorry weh aku wish mu lmbt!
All da best in your journey of becoming loyar burok! Ahahaha
Jangan lupa aku nahh!
*Can we share my stupid crash story again walaopon da jaoh ?:)
May Allah bless you always~~~~


I LIKE TO 'KACAU' YOU KAN3? *MISS DELPHINUS 1 :'(


#BITAWFIQWANNAJAHFIDUNIAWALAQIRAAH##

Saturday, October 15, 2011

the most wasted year?


Hari ni tetiba aku terpikir, dalam banyak-banyak tahun aku hidup, tahun ni kot yang paling2 aku rasa banyak masa terbuang gila-gila =='.

KENAPA?
Sebab aku rasa lepas habis je SPM, ramai umat manusia yang seangkatan sibuk ber-online (termasuk la aku sekali).
24/7 balik2 orang yang sama, mmg sah semua nak qada' balik time2 blajaq dulu, otak hempas pulas dok pikir tuk jawab SPM. Pastu baru la ada segelintir yg p cari keja, aku masuk bulan 1 baru terhegeh2 mencari keja. Tu pun takat 2 bulan, malas.
Ada yang rajin tu parents hantar p kelas BI, ARAB, MEMASAK dan MEMANDU.
Aku p driving school saja. Tapi kalo pikiaq balik dari segi jasmani memang taksihat sebab dok keja makan+tidoq+tv+online saja, riadah2 memang takde maknanya deh ^____+.

ROHANI??
Tepuk dada tanya iman lah. Aku sendir dah takdak al-mathurat 2 kali sehari, yaasin waktu maghrib, dhuha pagi2. Pas Subuh komfem tido tak hengat dunia. Bangun2 dah dekat tengah hari (buruknye prangai).
Bila aku pikir balik, nak masuk U prangai cenie ka??
Alhamdulillah, Allah puts me at the rigt place for me.
IIUM has taught me everything.
Kalau kat SAKBA dulu, bukan tak diajar, aku yang tak apply. Bila ada kat U, baru aku sedar ap yang aku praktik kat skolah dulu banyak yg tak ikhlas lillahi ta'ala. Semua tu skadar nak buat apa yg ada dlm praturan skolah. When life's getting older, masuk U baru mata hati bukak seluasnya (hiperbola).

Sekadar renungan untuk diri sendiri sebenarnya, tp sapa baca, rasa ada muhasabah diri tu, baguih laa :)







Thursday, October 13, 2011

Hebatkah kita bila MARAH??


 Artikel ni aku ambik sempena rumate aku, SARAH SHAFINAZ MD HISHAM share kat FB.

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT MERENUNG ^_^v


"Sob3.. akak tolong la adik,, adik sakit nie.." rintih sedih seorang adik kpada kakaknya
" Kau x payah nak mngada la,, pergi masuk kelas nuhh,, kau kan ada kelas!!" tengking si kakak..
  Kakaknya sudah bosan dengan perngai manja adiknya." Ayah!.. Ayah! " mgadu si adik walaupun ayahnya tiada di sisi" Ayah kau ada kat Mekah la,, x usah nak mengada2 la." blas si kakak.
             Namun, si adik yang kecil itu terus meminta belas simpati drp si kakak untk menemaninya.. Hanya kakaknya tempat dia bermanja skrg krn kedua- dua orng tuanya berada di Tanah Suci pada thun ini. Sikap adiknya yang menangis dan mendesak menyebab slot sedih dua beradik itu mjadi pusat prihatian murid2 di blok A.. Natijahnya.. syaitan sudah melompat2 dan mnguasai seketul daging dalm hati si kakak itu.. Lantas.. " pang!! " sekilas shaja tangan si kakak itu mndarat di pipi adiknya.           
              Tiba2 tangisan si adik mjadi berganda kuatnya.. Tanpa disedari, adegan ini telah lama di perhatikan oleh seorang murid lelaki di situ.. Mimik muka si lelaki itu mjadi keruh dengan kekasaran si kakak itu..        
             " Eh, awak nie tak kesiannkan adik sendiri ke??," tegur si lelaki itu kpada si kakak itu..
Lalu dipangku si adik yang comel itu di ribanya.. tanpa disedari si lelaki itu turut menitiskan air mata melihat jasad yang tidak bersalah ini diabaikan.. Dibelai si adik itu dan dihapuskan air mata si adik itu dengan sehelai kain.Malangnya,, kakak itu menggalkn tempat kejadian dngn perasaan yng marah tanpa rasa bersalah.. dan kebanyakkan murid di situ mentertwakan si lelaki itu.



                                       *********************************************************

Renungkan n tanya balik diri kita :
1. layakkah kite mnghukum orng yang tidak thu apa2 dan tidak sedar akn salahnya sedangkn yang layak mghukum adlh Allah??
2. sanggupkah kita mnjadi pemerhati kpd kejman umat sendiri sedangkan ia melibatkn saudara mara kita sendiri??
3. hebatkah itu bila kita boleh mngasari org lain apbila marah??
4. knp kite perlu mmndang sinis terhdp org yng melakukn kbaikan??
5. adakah dosa kmu sesama mnusia itu mudah dihapuskan?? sedangkan dlm diri mnusia itu ad persaan dendam kesumat.. 

renung2kn n sama2 kite muhsabah diri kite.. 

  1. Rasulullah Saw bersabda :Orang kuat itu bukanlah yang menang dalam gulat tetapi orang kuat adalah yang mampu menahan nafsu amarahnya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
  2. Dari Ibnu Mas’ud ra Rasulullah Saw bersabda : “Siapa yang dikatakan paling kuat diantara kalian? Sahabat menjawab : yaitu diantara kami yang paling kuat gulatnya. Beliau bersabda : “Bukan begitu, tetapi dia adalah yang paling kuat mengendalikan nafsunya ketika marah.” (HR. Muslim)
  3. Al Imam Ahmad meriwayatkan hadits dari Anas Al Juba’i , bahwa Rasulullah Saw bersabda :Barangsiapa yang mampu menahan marahnya padahal dia mampu menyalurkannya, maka Allah menyeru pada hari kiamat dari atas khalayak makhluk sampai disuruh memilih bidadari mana yang mereka mau.” (HR. Ahmad dengan sanad hasan)
  4. Al Imam Ahmad juga meriwayatkan hadits dari Ibnu Umar, bahwa Rasulullah Saw bersabda :Tidaklah hamba meneguk tegukan yang lebih utama di sisi Allah Swt, dari meneguk kemarahan karena mengharap wajah Allah Swt. (Hadits shahih riwayat Ahmad)
  5. Al Imam Abu Dawud rahimahullah mengeluarkan hadits secara makna dari shahabat Nabi, bahwa Rasulullah Saw bersabda :Tidaklah seorang hamba menahan kemarahan karena Allah Swt kecuali Allah Swt akan memenuhi baginya keamanan dan keimanan.” (HR. Abu Dawud dengan sanad Hasan)
  6. “Dari Abu Hurairah ra, bahwa seseorang berkata kepada Nabi Saw : berwasiatlah kepadaku. Beliau bersabda : jangan menjadi seorang pemarah”. Kemudian diulang-ulang beberapa kali. Dan beliau bersabda : “janganlah menjadi orang pemarah(HR. Bukhari) .

P/s :  adaptasi drp kisah sebenar yang berlaku pada 11 Oktober 2011
        semoga apa yg dibaca ni bagi muhasabah sikit pun jadila buat kita bersama :)

Tuesday, October 11, 2011

Balik Kampung!


Hoho im at kampung now. Haha kampung la sangat! My nenek's house is not located at REAL kampung pun, just a small town, next to UiTM Pmtg Pauh, U okay. Hehehe. Im having fun here, eat nasi with 'sambal belacan.
OMG sooo maliciousss ^______^

MOOD : I need some books to read to overcome my boredom, suggestion please? hahaha
*top one is mine, middle-syahirah, below-sarah ;)

Monday, October 10, 2011

boredom

Assalamualaikum..

I'm bored, but still keep smiling. Trillion thanks and hug I would like to give to
NURUL FAIZNANI BT ZOLKIFLI
for your memorable post about our beloved dorm yeah :)
nani 3rd from down:)


Kebosanan melanda aku lagi, haihh cpt laa IPTIM oii, cek tak larat duk saja ja :D






***huggles to faiznani***mOre Act THan WoRDs: deLPhINUs 1

mOre Act THan WoRDs: deLPhINUs 1: it's new story about my dormmates DELPHINUS 1 FORM 5 (2010) since this semester break i do hav plenty of time to do such this memorable thi...

Thursday, October 6, 2011

peaceee!!

ASSALAMUALAIKUMMM


Just wanna say very sweet,happy,chessy,big,huge,gorgeous THANKYOU TO 
miss 
for your sweet wishes in your entry, really appreciate it Bhor (heeee)

WISHING YOU

All the best in your final examination! Im done but do pray for my result too yeah!!

****bittawfiqwannajahfiIMTIHAN****

XOXOXO




Wednesday, October 5, 2011

HomeSweet Home


Heyya! Its good to have at home now. 

Im havin fever yesterday (rindu CFS?) aha thats what 
my Abah told me. Urmm nahh maybe i miss my roomate, my class, my daily activities, bla3.
So sorry bloggy i dont have any idea to post about lately. huhhhh.
Just lately i love this cutie girl,


impossible
price tag
just the way you are



P/S : do you have any idea what should i do during this 3 months??