mereka

Monday, January 31, 2011

dilema


Assalamualaikum.!

Haih penat harini..! Seharian tak lekat kat umah. Tolong maksu, mcm2 lah.
Erm, Sabtu dan Ahad lepas aku pegi PISA sbb ada Karnival Jom Masuk U!
Right now im totally confuse, mess and sort of lah.!

Antara MEDIC, PHARMACY, PHYSIOTHERAPY. 
Which one do i need to choose? And which one suite me best???
Arghhh thinking of this can drive me damn much crazy!!

Dear fellas, I need ur help! Friends!!! Any suggestion???? 
I love Bio and Chemistry. But i don't think so that im okay with
MEDIC, see? 'Mengalah sebelum berjuang'..
Wake up Nabila!!

I need strength and decision.!
Ya Allah, Kau permudahkanlah jalan hidupku.
Tunjukkanlah pilihan yang terbaik untukku.

Ahhh satu lagi hal.! 
Antara ASASI, MATRIKULASI. Yang mana satu?
Idaman kalbu???? Oh pening3..
Aku buntu, rasa macam nk nangis.
Rindu SPM year :(

Aku harap jalan yg aku pilih nanti takkan buat aku menyesal.
The best for me is the best for my parents and the best for Islam.


P/S: ermmm, blogger lain ada pendapat bernas???????????? saya bingung!
Jangan jadi macam ini ya :)


Friday, January 28, 2011

SAJA- SAJA #contest Kami Post Comey#

Assalamualaikum.!

Aku join contest nie suka- suka jer. tak reti pown ^__^
Contest ni dibuat oleh empunya blog amNI dIaRy ! Tengok2 lah eh :)
Syarat- syarat Amni nie senang jer..! Scroll down di bawah

______________________________________________________________________________

1~macam biasa korang kenalah follow blog ni dulu..tp kalau tak nak follow pon takpe..taknak paksa-paksa..tapi susahlah bila update nanti..so,lebih baik followlah

2~taip 1entri mengenai contest ni..dan jangan lupa ambik banner di atas dan letakkan didalam entry tersebut..sidebar kan contest ni di blog anda..dan link kan ke blog ini!!

3~korang mesti menghantar gambar kepunyaan korang sendiri..gambar tersebut mestilah ada ANDA bersama MEMBER-MEMBER ANDA...pose anda bebas..

4~korang mestilah membuat ayat yang paling simple tentang "kenapa anda join contest ni..
CONTOH:::saya join sebab suka_suki jee...

5~tag contest kepada 4 rakan blogger korang ye..

6~mencari seorang pemenang:hadiah berupa handset Apple iphone

Macam best tgk hadiah dia kan? Dpat ke tak bukan kesah ape, yg penting cuba^^
Ntah la nie bajet comey laa sangat :)
contest ini ditaja oleh



lepas tu up load pic yang bajet chumil lak konon- kononnya =P

 NIE LA PIC YG 'AGAK BOLEH' LA.. HEHE YG PENTING KM HAPPY N ENJOY.!

say join sebab KAMI COMEL.! ^____^

tag kawan kawan 

tikah yana
miera
jaja
tinot
aifa
nuha
farah
ayu
najla
saya duduk berbaju putih :)




Thursday, January 27, 2011

*Behind the scene of Alejandro-Lady Gaga*


ASSALAMUALAIKUM W.B.T



OOPPSS.!! Sorry bukan untuk nak syok2 post video nie. Aku pun tahu lah ini original version ka tak.!
Aku bca blog kak Falia Shazana (falia shazana) pasal2 artikel ni so curi2 ambik untuk dikongsi bersama.!
SOrRY kak ambik tak bg tahu =) 

ENJOY IT!

Pesanan to Alejandro.... Baca sampai abis yek...
Assalamualaikum.. Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni. Insya-Allah.. Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati. Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release. Banyak kontroversi tentang video ni. Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah..Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka. Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..
Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik. Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web. Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati. Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah keweb nihttp://mistisfiles.blogspot.com/ and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal ..Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..
Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video. Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda.
Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi danbeberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkinmengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salahsatu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memeganghexagram sebagai tahanan berbaris.
"I know that we are young.And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore, Alejandro."

Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam danmembawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah.. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hatibiasa biasatapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang samamacam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus).. Google untuk baca lebih lagi ..
But I just can't be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .. Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro?
Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - TheAll-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifatsejati dari kekuatannya.
Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang 'control' dia. Atau senang kita guna istilah dia adalah 'mind-control slave' .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna.
Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : "Stop,please, just let me go, Alejandro" .Sebaik saja diasebut "Alejandro" Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandromerujuk kepada tuhan bukan manusia.
"She hides true loveEn su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, Around you."
Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan..
Selepas sahaja lirik tu... Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula.. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian(Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?
(Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)
Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas.. Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagiagama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untukmenghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..
Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan ..
" In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (...) Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Thereforeit has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of whitemagic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed." - Manly P. Hall
Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan.Dont bother me, Dont bother me,Alejandro (merujuk kepada tuhan)
Don't call my name , Don't callmy name, Bye Fernando ..I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka.
Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakandalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih.. Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer..
I'm not your babe I'm not your babe, Fernando. Waktumenyebut perkataanFernando, Gaga membuat simbol tangan macam tu(yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaranKristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tubuat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri.Kita yang kena solve apa makna dia..
Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gagadah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyisambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :
" Don't call my name,Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "

Dan di akhir video ...Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan? Insya-Allah pasti ..
Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam.. bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae. Jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spirituallain. Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam? Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...
Cik Gaga ni membawa bersamanya semuaagenda illuminati dan taktahu la macam mana ramai yang boleh terpukaudengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragudengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhentimendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga.Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebutLa-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai.Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan iahanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah kami dari tipu daya syaitan dan sekutu nya.. Amin ya rabbalalamin. Sumber asal: vigilant citizen :)

p/s: Apa pendapat korang semua? actually aku dah lama tau pasal benda nie n for sure ramai yg tahu pasal Lady Gaga punya kontrovesi ni dan dia dikatakn salah satu pengikut Illuminati (laknatullah!!).
Any komen? Pandangan? Pape nak share tekan butang 'post a comment' supaya comment disitu tak zero. hahaha.
Kepada semua muslim di luar sana, dulu aku suka lagu Lady Gaga nie, n mesti ramai gak yg suka lagu2 dia sbb laen dari yg laen kan? Rupa-rupanya ada udang disebalik mee yang kita tak tahu.. Masya-Allah!!
Lepas2 aku dapat tahu tu mmg aku tak layan langsung apa2 berita pasal Lady Gaga ni. Korang? Bila lagi? =)
Sekian, Salam....! 

Tuesday, January 25, 2011

Fitrah manusia


Assalamualaikum :)

Erm hari nie ntah nape tetiba aku nak blogging pasal tajuk nie.
Heran kan? Apasal aku nak bagi tazkirah percuma lak.. Sape laa nak baca :P
Oklah tak kisah la sapa nk baca ke tak janji aku puas ati sembang sensorang. 
Dey macam gila sudah -.-

Oklah manusia nie aka kita semua termasuk aku ada satu habit yg tak dapat diubah oleh sesapa pun walaupun diri dia sendiri. Habit apakah? Ya habit itu ialah
SUKA SGT PADA BENDA- BENDA YANG MAHA CANTIK DILIHAT, COMEL DITENUNG, HENSEM DIPANDANG DAN SEUMPAMANYA.
Termasuklah si penulis ni sendiri. keh3. Kenapa aku ckp camtu. Tarak pecayakah??
Ok ada ka org dalam dunia ni tak pandang kalau tiba2 Ratu cantik dunia lalu sebelah dia dgn muka
lawa disebalik make up dia?? Even pak imam yg pakai serban pun sah toleh gak sikit.!
Cayalah ckp aku itu hukum karma alam. FITRAH MANUSIA yg takde sapa pun ada power nak ubah!

Hati kita senang sanagt cair bila tgk benda2 yang indah. Contoh macam tgk kucing yang comel, teddy bear yang gebu2, baby yang sweet, tgk wanita yang lawa, lelaki yang macho.
Kalau benda tu tak menarik mata memandang memang tak akan toleh dah ah pastu!
Kan3 btoi dak? Macam ada pepatah Inggeris sebut, first impression is important (ada kena mengena ka?)

Nak jaga hati kita nie mmg payah.! Sebab syaitan laknatullah tu slalu bertenggek ja kat tangkai hati kita. Of cos la kita tak nampak.! Tengok hadis ini :

"sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.ketahuilah,itulah hati."

Daging yang dimaksudkan tuh of cos la hati kita. Hati yg aku maksudkan nie bukan hati kita (liver tu) yg bleh nmpk kalo kita bedah badan kita tapi lebih kepada benda abstrak! Yang kawal tindak takduk kita, pergerakan kita. Sebab tu la ada pepatah Melayu sebut 
ikut hati mati, ikut rasa binasa!

Allah mengangkat martabat hati bilamana DIA tidak mlihat kepada luaran fizikal atau warna kulit manusia,tetapi ALLAH melihat kepada hati..ALLAH melihat kepada kejernihan hati hamba2NYA.sebagaimana firman ALLAH yang bermaksud..

"sesungguhnya beruntung orang yang menyucikan jiwanya dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotori jiwanya."

So kita ada otak, ada akai, jadi tepuk dada tanyalah hati! Eh eh tanya iman.! Hehe. Dalam dunia serba serbi canggih nie mmg kita suma mudah ja lupa (termasuk la aku skali, ain't not perfect!)
So, muhasabah diri tu penting gak1 Sekali skala kalo blogging nie, jenguk2 la kat blog yg suka tulis nasihat, pengajaran, kisah2 nabi ka. Ehe nak nasihat konon.! Tapi mmg aku suka tau baca benda2 cam nie! 
Dun play play ah..! 

Sedih aku dgq cita kawan kesayangan aku sorang tuh.! Dia skang ada kat kem PLKN Kuala Nerang, Kedah. Kisah dia tak rumit mana bagi aku, dia TERkawan dgn sorang laki yg gentlemen kat sana, TERsuka lak kat laki tu, alih alih TERtau yg laki tu playboy dan dia TERtipu. Aku takleh nak salahkan dialakan. Mmg fitrah manusia. Hehehe cam takde modal tak abih2 ayat tu ja aku guna!!
So my dear friend.! Chill bebeh.! Bukab dia ja lelaki yg ada! Lagipun we're just 18! Tak cukup 18 lagi pun!

Jom kempen ramai2! ^_^

Alah macam ustazah la plak! Tapi takpe, asalkan bila aku blogging ada gak aku wat bende yg berfaedah. Kan3?

p/s : kalau ade silap dan salah cek susun sepuluh jari mohon maaf na :)
saya manusia biasa! Okeh mau mandi dan sholat.!! 
adios amigo, salam

Sunday, January 23, 2011

comelnya dia

nie aku ambik dari fb adik ku, Nabil Cool.. comel kan3?


WEEEE..!



Holla suma.!! Dia tegur saya.!!! YAY sukanya. 
Huhu gembira bukan kepalang. Aisah whats going on to me??
Am I mad?? Yes I think so!!
ASTAGFIRULLAH HAL 'AZIM Istighfar2 Nabila Huda..Sabar2.
 Life is too long to predict what is going to happen next.!
TAPI..... apa2 pun
Saya suka.!!! GAGAGA. abaikan post ini :)

from HIM we came,to HIM we back




muhasabah diri itu penting!


P/S: semua manusia ada hati dan perasaan. bergantung kdp cara masing2 bagaimana nak handle perasaan
sendiri. :D
salam

Saturday, January 22, 2011

MAMPUKAH KITA??

ASSALAMUALAIKUM.!

Post kali nie khas utk kaum hawa sahaja : )
Mari kita renungkan ramai2..!


1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.





2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara!

Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best kan ???



3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”



4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku. Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke.. Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan..". Isk,isk..tak layaknya..



5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go.



Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi. Wassalam.




P/S: MasyaAllah.. Stakat ni aku tak mampu nak laksanakan semua yg aku post kat atas. Yang lain???
         Mampukah kita? Seriously im not that good or alim.. Sekadar untuk dibuat renungan bersama..
        Tepuk dada, tanya iman :)
        Sekiann.. wasalamu.